Salam dan selamat posa untok semua Raida!
Dua tiga hari ni kecoh kat Fesbuk pasai Tim Motor pakai nama band Rock n Metal. Paling viral sekarang ni Tim Megadeth Racing. Takpa, Gua sedang menyiasat untok cuba mendapatkan maklumat Tim tersebot. Nanti kita Review Nohhh!
Sebelom kita review Tim Megadeth, ada baiknya kita imbas kembali atau flash back ke tahon 80an. Ditahon 80an pon sudah ada sebenarnya Tim2 motor yang guna nama band Rock atau Metal sebagai nama Tim motor dorang. Antaranya adalah Tim Loudness. Tim Loudness ditubohkan sekitar tahon 1986, dikepalai oleh Si Bob (Brader Bob sekarang ni sudah berusia 50an, dan bertugas sebagai Frontliners yang padu).
Sebenarnya, yang menjadi isu di media sosial berkenaan Tim motor pakai nama band nih adalah, adakah Tim2 motor tersebot tahu jenis muzik atau lagu2 dari band yang dorang pileh sebagai nama Tim motor dorang? Misalnya Tim Iron Maiden Racing (ni Tim yang agak femes jugak nih), adakah semua raider2 dalam Tim tu peminat band Iron Maiden? atau adakah hanya sekedar syok tengok logo band tuh, nampak macam best sebab ada gambar tengkorak, teros ambik buat nama Tim Motor? Gitu?
Bagi Gua sendiri secara peribadi, Gua takdak hal langsong lah kalau Tim Motor nak buboh nama band sebagai nama Tim Motor dorang. Kalaupon ahli2 Tim tu haram langsong tak kenal line up band, apatah lagi lagu2 dari band tersebot. Band2 yang dipileh nama sebagai nama Tim Motor tu bukannya band yang bersifat rahsia mahupon Underground tahap kerak bumi, band2 tu semuanya sudah terlalu femes didunia nih. Paling hebat adalah, branding sesuatu band tu sebenarnya, dan yang paling menonjol dah tentulah logo sesuatu band tu. Maknanya, apabila logo sesuatu band tu menarek perhatian dan menjadi kegilaan ramai, branding nya sudah mencapai sasaran lah. Sudah menjadi kelaziman manusia, mereka akan tertarik dengan sesuatu yang indah di pandangan mata. Bila dah tenguk logo Iron Maiden nampak indah dan unik, maka teroslah depa ambik buat nama Tim Motor. Lagu2 band camna? Heh..Macam Gua tulis tadi lah, manusia ni kebanyakkannya jatoh hati dengan mata, bukan dengan telinga. Yang jatoh hati dengan telinga ni adalah manusia2 berjiwa seni ataupon dia ditakdirkan tidak dapat melehat semenjak azali. Mungkin harini Tim2 yang pakai nama band nih hanya minat logo, mana tau lepas nih akan minat pulak lagu2 band tu, dan paling pellar bila Band tu pulak nanti bergabong dengan Tim Motor bikin Bikeweek! Sunggoh Memelarkan jika ini terjadi nanti. Kita yang minat band tu pulak yang kena keluar duit beli T Shirt Event sedangkan depa buat duit sama2. MP!
Okay, mari kita baca sikit interview pendek yang sempat Gua tanya kat Brader Si Bob selaku ketua ataupon pengasas Tim Motor Loudness, semoga bermanfaat dan bermaklumat.
S: Bila Tahon Ditubohkan Tim Loudness ni Bro?
J: TAHUN DI TUBUHKAN 1986
S: Siapa pengasas atau ketua Tim Loudness?
J: Ketua Tim SI BOB LOUDNESS
S: Motor2 yang join Tim ni campor2 atau sejenis brand saja?
J: ASALKAN MOTOR AJE..(CAMPUR)
S: Ahli peringkat awal penubohan, dan jumlah ahli terkini.
J: PERINGKAT AWAL KEBANYAKAN ADA PERTALIAN SAUDARA DAN KAWAN2 YG RAPAT KHASNYA YANG LEPAK DI PORT DAYA BUMI/DORAI/TABUNG HAJI LAMA DAN MERUPAKAN GROUP YG CLEAN.SEKARANG KIRA DAH RAMAILAH “LOUDNESS FAMILY”
S: Aktiviti sepanjang Tim ditubohkan.
J: AKTIVITI ADALAH BANYAK BERSIFAT KEKELUARGAAN DAN PERSAHABATAN TAK KIRA DGN MANA2 GROUP MOTOR KECIL ATAU PUN BESAR..SEMUA KAMI KAWAN.
DAN LOUDNESS JUGA ADALAH SUPPORTER KUAT UTK EVENT RETROMANIA.
S: Kenapa pileh nama Loudness? Minat band n lagu Loudness kah? Atau sekadar minat Logo Loudness matahari terbit tu saja? Atau kedua dua sekali?
J: OK..NAMA LOUDNESS NI DIPILEH SEBAB:
1.BAND ROCK DARI JEPUN (Motor kami banyak dari Jepon)
2.MINAT LAGU2 DIA
3.LOGO DIA PUN MEMANG UNIK
4.LAMPU BLAKANG MOTOR DULU KITA DRAW DARI DALAM LOGO LOUDNESS.
5.PASAL MOTOR2 KAMI DULU2 PUN ASALNYA DARI JEPUN.
6.LAGU HEAVY CHAINS/SHADOW OF WAR/SO LONELY/NEVER CHANGE YOUR MINE ADALAH MENJADI SIULAN SEWAKTU ERA 80AN DULU.
Okay, itulah serba sikit mengenai Tim Loudness yang telah bertapak di Malaysia semenjak tahon 1986 dulu2 lagi, dan maseh kekal aktif hingga kini. Dan rupa rupanya Tim ni memileh nama Loudness bukan hanya sebab logo band tu sehidong hidong, tapi jugak sebab sukakan lagu2 dari band Loudness Nohhh!
Okay, nanti kita interview geng atau Tim Motor Iron Maiden Racing pulak Nohhh! Tungguuuu!
Comments
Loading…