in

#throwback 2: Cafe Racer Kontot Bagai Pinang Dibelah Rizuan !

Kacuk punya kacuk, gua pun tak tau nak panggil motor apa nih? Kalau melihat kepada enjinnya, enjin jenis thumper melintang dari spesis Kapcai. Barangkali Honda ex5 atau Honda Wave/Dream. Mungkin juga Honda oldskool dari kedai potong. Tapi rekabentuk langsong tidak menampakkan ia sebuah jentera jenis underbone.

Bila dilihatkan akan fairing kepala, kewujudan tangki minyak dan seat sungkit belakang, tenyatalah yang raider ini mahu menjadikan motornya sebuah cafe racer. Tapi beliau True Kapcai Raider, Kapcai pun bole bikin cafe racer nohh! Mungkin kos agak tinggi untok menghasilkan sebuah cafe racer yang menggunakan enjin 500cc ke atas, jadi enjin kapcai pun bole la bole datang kepadaku la Nohhh! Lagi jimat, Lagila pulak penggunaan aksesori dikacuk dengan aksesori Ego atau Mio yang sememangnya bersepah-sepah di negara Thai ini. Aksesori Honda pun banyak dijual, Thailand kan negara yang mengagongkan Honda.

Untok cover line enjin melintang, beliau modifikasi meletakkan oil kulenn (Oil Coolant). Takdolah nampak rompong sangat di bahagian perletakkan enjin itu.

Manakala bahagian cat ni gua mushkilisme, lupa pulak nak perhati betol-betol, design carbon look metalik kuning dan bahagian casis di celop dengan krom. Gua rasa banyak duit habis ni, nampak ja cam simpel-mimpel Rompel.

Layankan ajelah! yang penting motor Kapcai Kafe racer ni lain dari yang lain serta manthopp.. kalau kat Malaysia dah tentu kena viral tiktok nohhh!

Apapon Teroskan Rock N Ride Nohhh !

Notaediter: Ini artikel lama Majalah Kapcai versi cetak, dan kini diupload semula di versi online sebagai rujokan generasi alam maya. Harap Maklom.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

#throwback 1 : YAMAHA SR500 CAFE RACER NAK RACE JOM AHHH!

SKOOT RT3 250cc TERHOTTT DARI WMOTO!