in

#throwback 1 : YAMAHA SR500 CAFE RACER NAK RACE JOM AHHH!

Yamaha SR500 adalah cetusan idea Atsuhi Ishiyama (otai design motor Jepun). Rekabentuk bercitarasakan Eropah dan digayakan dengan enjin thumper. Thumper bermaksud enjin single silinder. Motor berkuasa 500cc dengan satu sistem silinder dah tentu merupakan mekanisasi yang ringkas tapi agak gedabak la. Bayangkan kalau kickstart, boleh patah tulang betis…Kalau Rizuan Kedah takpe la..dia kan gagah…

Yamaha mula buat motor ni pada tahon 1978 menembusi pasaran Amerika dan Eropah. Dengan design rekabentuk dan enjin yang simple tapi menarik dan tertarik kau memang debom ini, SR500 seringkali menjadi tumpuan raider cafe racer, street trackers mahupun bobber serta Rizuan Kedah.

Termasoklah motor siam yang gua ambil semasa Pattaya Bike Week ini… sentuhan classic cafe racer, dari warna asal hitam kelabu di tukar kepada gold, pearl dan kombinasi hitam.

Kalau rujok spek yang gua sertakan dibawah ni, dah tentu lu orang dapat perasan yang ia menjalani satu proses Pemurtadan yang banyak.

Lepas tu dengan sentohani kosmetikasi klasiki, bontot cafe racer dan fairing depan klasik dan yang paling penting seat kulit hand made yang membuatkan ia lebih klasik lagi mengklasikkan nohhhh!

Satu lagi info menarik dan tertarik kau memang debom ialah SR500 pernah memasoki Ralli Dakar dan menjadi champion. Jentera ini agak trending jugak di pasaran motorsikal dunia sebab ianya telah dijual sehingga tahon 1990.

Bak kata pepatah Nepal, motor ini, memang tak lapok dek hujan, kalau letak tengah hujan dan berpanas tu mungkin lekang la, kalau tak mahu lekang sila tutop dengan kanvas heh! Kalau Ghani takpalah! dudok rumah flet yang dibawahnya boleh parking motor. Cuma masalah budak-budak nakal yang sering tutop spekok minyak…Emmpiii !!! Kejadian ditutop spekok memang benar berlaku dan dah Terkantoi sekali bila Lie Panjang naik motor Demak DTM Ghani pergi bersiar-siar dengan awek, motor mati di tengah jalan. Sian kena menolak…Emmmpiii ! (Ini kisah lama dulu lah. Sekarang Lie Panjang pon dah berkahwin dan beranak pinak dah..Amin…)

Maklumat lanjot Pasai Motor Nih :
Nama owner: Link Nonthaburi
Bengkel : K2 Custom
Model : Yamaha SR
Kapasiti : 500cc
Saspeshen depan : MID-USA Springer
Absober belakang : YSS RC 306 TL
Rim depan : UAM 16 x 3.50 (spoke 80)
Tayar depan : Vee Rubber Twin MT90 B16 MC 72H
Rim belakang : UAM 16 x 16.6 (spoke 40)
Tayar belakang : Vee Rubber Twin MT200/60 B16 79H
Caliper depan : Yamaha TZM
Caliper belakang : JMR
Handle : JMR Drag Bar
Riser : JMR 3 Dome Head
Trotel clamp : Single cable
Tank Minyak : JMR Mustang 2.2 Gl 1 cap
Headlignt : JMR Springer Headlight
Taillight : JMR Black Sparto
Grip : JMR rubber grip
Seat : Sumber kerjatangan vanich
Spoket depan : JT sprocket
Spoket belakang : JMR 48T
Rantai : Asahi 530 Gold X- Ring

Notaediter : Ini adalah stori lama yang pernah disiarkan didalam Majalah Kapcai bertahon2 dahulu. Ianya disiarkan semula didalam versi online sebagai bahan rujukan pencinta Kastem!

What do you think?

Avatar

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

PANTHER GAMMA CONVERT CHICHAK

#throwback 2: Cafe Racer Kontot Bagai Pinang Dibelah Rizuan !