Mendapat hantaran satu poster event yang agak ringkas, bertulis siam (tapi ada la jugak yang bertulis omputeh sikit2). Poster ni dihantar oleh Bang Jaq (Presiden Club Antique Motor Kulim-CAMK) melalui aplikasi Wassap kira2 dua bulan sebelom acara berlangsong. (Acara adalah pada 22 Jun 2024).
CAMK, sebuah kelab berkiblatkan motor klasik (Honda C70) memang ghairah lah kalau event2 klasik lagu tuh. Bang Jaq selaku presiden kelab awai2 lagi dah kompom nak turon sapot. Lagipon buat kat wilayah Pattani Thailand, lagi lah dia karan nak pi Nohhh!
Gua pada awalnya (masa dapat poster event ni) agak suam2 aja. Maklomlah buat kat area Pattani pulak tu, memang kurang bagi perhatian la sangat. Iya lah, area Pattani, Yala dan Narathiwat memang Gua tak pernah sampai dan pergi lagi, paling2 pon area Chana (Chenok) saja. Makna kata, kot belah pantai timor wilayah selatan Thai memang Gua tak pernah pi dan memang tak pernah ada rasa nak pi. Sebabnya dah tentulah faktor keselamatan. Sebot aja Pattani, teros teringat bom, pistol dan segala macam lagi lah ancaman keselamatan.
Tapi, bilamana Bang Jaq kata nak pi sapot, ada la 15 buah jentera klasik dari Kulim yang nak pi katanya, Gua teringat nak bagi kelab CAMK mencoba terai test satu minyak hitam/pelincir yang makin mendapat perhatian. Jenama minyak tu ialah HYO. Gua secara peribadi dah lebeh 2 tahon dah dok pakai (cuba terai test) minyak tu, dan memang senmperrr lah! Jadi Gua kontek management HYO, bagitau ada satu tim motor klasik nak ride pi Pattani, dan mintak depa sponser minyak dan jugak beberapa merchandise. Dipendekkan cerita, Alhamdulillah HYO setuju sponser CAMK untok ride pi Pattani tu Nohhh!
Gua pulak, bila pikiaq2 sendirian, dok kata dalam hati apa salahnya mencuba, dan dalam masa yang sama jugak mencabar diri sendiri untok menjejakkan kaki ke Pattani. Akhirnya, Gua lepas sembang2 dengan bini Gua, kami akhrinya setuju untok ride pi Pattani Darussalam Joyyeahhh!
Tim CAMK akan masok Pattani melalui Betong (pengkalan Hulu, Perak), manakala Gua yang ride dari Perlis ni, kami plan masok ikot Bukit Black Wood lah. Tiba hari yang dirancang, kami pon bergeraklah menuju ke Pattani. Laluan Gua adalah dari Bukit Black Wood, Dannok, Krongek, Chana/Chenok dan seterosnya melalui haiwey persisiran pantai menuju teros ke Pattani. Sebagai seorang yang festaim masok ke area Pattani, memang agak berhati2 dan cering bulu ketiak jugak. Tapi bila dah betol2 masok ke wilayah Pattani, kegentaran yang selama ini berumahtangga dihati sirna begitu saja, bahkan nye jadi syok la pulokkk! Dia punya haiwey cantek, jalannya takdak lobang2 besaq ataupon yang mengancam, kalau ada pon lobang2 manja gitu aja. Paling best takdak jumpa plaza tol Nohhh!(Jarak dari Perlis ke tapak event lebeh kurang 250KM).
Kami sampai di Taluban, dalam daerah Sai Buri tempat dimana event tu akan dijalankan. Event dibuat di tepi pantai, dia punya suasana lebeh kurang macam pantai2 di Terengganu gitu lah. Memang best Gua cakap Lu! Cuma di area pekan Taluban ni, rest house atau chalet agak kurang. Kami jumpa la satu resort, Saiburi Resort kalau tak silap, harga satu malam 600BHT. Tak pikiaq panjang, tidoq situ lah malam tu. Masa on wifi kat resort tu, ada satu wassap dari Bang Jaq. Dia memaklomkan bahawa grup CAMK terpaksa patah balek Malaysia disebabkan dua anggotanya terbabas di area Betong. Aduhaiii… Apa buleh buat, dah ditakdirkan. Nasib agak baik untok dua orang Raida tersebot walaupon salah sorangnya mengalami patah bahu. Sebagai ketua yang bertanggongjawab, Bang Jaq mengambik tanggongjawab untok membatalkan ride depa ke Pattani. Baguih tindakan Presiden CAMK ni, dia takmau teroskan perjalanan sebab hati sudah tak syok. Dia kata, takkan kita nak teroskan ride, pi dok bersantai syok2 di tapak event sedangkan ahli kita cedera dan tak dapat join event tu. Respek sama Bang Jaq Nohhh!
Keesokannya, sekitar jam 11 tengahari Gua menuju ke tapak event. Disana, dikawasan tapak event suasana agak tenang, jentera klasik pon tak banyak lagi yang tiba. Paling mengejotkan, ditapak event terlihat wajah dan kelibat yang agak lama tidak ditemui. Nohhh! tanpa dirancang, Gua bertemu dengan beberapa rakan lama geng Raida dari Malaysia. Memang bergelak sakan kami dengan pertemuan yang tidak disangka-sangka itu Joyeahhh! Kat situ ada Bang E dan Paksu (geng Kampong Bakau Perlis), ada Zali (geng Chopper zaman awal pi Pattaya Bikeweek dulu2) dan tak lama lepas tu sampai pulak Brader Jasni, otai pebaik dan restoreshen jentera2 british dan Combi. Yang syok tuh, semuanya ride Kapcai Nohhh! Disamping nama2 yang Gua sebotkan tadi, ada beberapa orang lagi memba2 (baru kenal kat sana) yang ride ke situ, antaranya Brader Khairul/Kay yang ride Aveta Ranger Max Explorer 130 dari Subang Jaya, Geng Klasik dari Penaga Penang serta geng Klasik dari Kelantan. Respek!
Suasana ditapak event memang diluar dari jangkaan Gua. Walaupon jentera2 yang hadir tidaklah terlalu banyak, tapi vibe serta atmosfera tapak event tu amat2 healing lah bak kata Mat Qolid. Segala ancaman serta ketakotan yang selalu menjadi momokan selama ini ghaibulghuyub! Rupanya Pattani terlalu fantastikalisme! Ditapak event, Gua sempat bertemu dengan penganjor yaitu brader Syukur. Katanya ini kali ke 2 depa bikin event CFP nih. Pertama dulu dibuat di area bandar Pattani, dan kali ni dibuat kat tepi pantai ni pulak. Event ni matlamatnya adalah untok mengumpolkan dana bagi membantu anak2 yatim serta mereka2 yang kurang berkemampuan. Dan kata Syukur lagi, Pattani ni yang dok jadi bom atau tembakan tu, sebenarnya bukanlah hari2 atau seminggu sekali atau sebulan sekali. Dan kejadian itu pulak bukanlah melibatkan orang ramai. Ianya lebeh kepada dua pihak yang bermusoh saja. A tak puas hati kat B, maka jadi lah perlawanan antara dua entiti tu dan ianya tidak melibatkan pihak ketiga. Mudah cakap, depa punya hal, depa akan setel antara depa saja, yang takdak kena mengena memang tak terjejas apa2 pon. Ohooo.. gitu cerita dia.
Kami lepak kat tapak event sampai jam 6 petang gitu aja walaupon event itu akan lajak sampai malam. Malam nanti katanya akan lebeh best sebab ada band perform. Tapi kami terpaksa gerak awal sebab nak ride teros ke Hatyai, nak tidoq Hatyai keh keh! Setel salam semua kawan2, kami gerak menuju ke haiwey untok teros ke Hatyai yang jaraknya lebeh kurang 200KM Nohhh!
Apa yang Gua buleh rumoskan sebagai orang yang pertama kali menjejak kaki ke Pattani adalah, di sana amatlah diluar jangkaan. Jalannya best, makanannya murah! Ya.. Makanannya murah kalau nak bandingkan dengan belah pantai barat siam (Satun). Dan paling syok sekali adalah, kita seolah-olah sedang berada di Pantai Timor Malaysia. Semuanya buleh kecek Melayu, dialek ala2 mace Kelate gitu dehhh… Pi la tang mana pon, semua cakap Melayu. Suasananya jugak aman, Masjid ada dimana-mana saja. Kedai runcit pon setup macam kedai2 kat Malaysia, cuma harga minyak petrol saja yang mahai heh! Tapi orang sana tak heran sangat dah dengan harga minyak sebab dah terbiasa mahal semenjak sekian lama.
Overall, event Classic Friendship Pattani agak menarek untok kita (Malaysia) turon sapot ditahon2 mendatang. Gua secara peribadi insha Allah jika ada rezeki, pasti akan repeat lagi kesana untok explore tempat2 yang lebeh menarek Nohhh!
Comments
Loading…