Suzuki V-Strom 250 SX kini sudah berada diatas jalanraya di Malaysia merupakan sebuah model baharu siri V-Strom yang dihasilkan oleh syarikat motorsikal Suzuki di Jepun. Model jenis kembara, sukan pelbagai guna ini boleh di tunggang dengan selesa dalam semua keadaan cuaca dan jenis permukaan jalanraya samada jalanraya biasa atau laluan “off road”.
Walaupun dihasilkan sebagai sebuah motorsikal untuk pelbagai kegunaan namun Suzuki V-Strom 250 SX mampu beraksi dengan baik dan cemerlang ketika ditunggang di atas highway atau jalanraya Persekutuan. Suzuki V-Strom 250 SX menggunakan enjin jenis SOHC dengan penyejukan minyak, 249cc, 4-lejang dan 1-silinder mampu menjana kuasa sehingga 27 kuasa kuda!
Suzuki V-Strom 250 SX adalah pilihan terbaik dalam kategori motorsikal yang sama kelas dengannya untuk semua golongan yang sukakan kepada gaya tunggangan yang ranggi, lasak dan lincah.
Ketika di atas hiway V-Strom 250 SX mampu memecut pada kelajuan sehingga 150 Kmj dilaluan mendatar dan lurus. Dengan memiliki berat sekitar 167 kilogram V-Strom 250 SX mampu bergerak dengan stabil tanpa bergoyang ketika memintas kenderaan berat atau ketika mengambil selekoh dengan kelajuan tinggi (140kmj) di atas hiway atau berselisih dengan lori lori besar di laluan biasa.
Reka bentuk dan bahan yang digunakan untuk tempat duduk juga sangat selesa. Tiada sebarang masalah rasa sakit pinggang atau kebas bontot walaupun menunggang sejauh sekitar 200 kilometer tanpa henti dari Kuala Lumpur hingga Ipoh (muatan tangki 12 liter).
Walaupun tidak memiliki fairing seperti motorsikal sport bike, penunggang V-Strom 250 SX tidak merasa panas atau berbahang di bahagian kaki ketika berhenti dalam keadaan enjin masih hidup terutamanya ketika berhenti di lampu isyarat (traffic light).
Kedudukan penunggang yang menegak dan hendal yang tinggi juga membantu penunggang merasa selesa ketika melakukan tunggangan pada jarak jauh namun bagi penunggang yang agak rendah akan menghadapi sedikit kesukaran ketika berhenti kerana ketinggian tempat duduk (835 mm) agak menyukarkan sedikit untuk menjejakkan kaki ke tanah apabila berhenti, tapi ini bukanlah menjadi masaalah yang besar bagi peminat motorsikal V-Strom yang pasti akan merasa seperti sedang menunggang ala ala motorsikal R 1200 GS Adventure 😁.
Seperti biasa, apabila menunggang pada kelajuan yang tinggi dan kerap memulas full throttle, penggunaan bahan api akan menjadi lebih banyak berbanding dengan cara tunggangan yang santai. Penggunaan bahan api untuk Suzuki V-Strom 250 SX adalah sekitar 24 kilometer seliter jika menunggang pada kelajuan 130 – 140 Kmj (sekali sekala full throttle) dan sekitar 35 kilometer seliter jika menunggang pada kelajuan sehingga 110 kilometer sejam menunggang di laluan persekutuan (Ipoh – Kuala Lumpur).
Ketika melalui laluan jalan “dalam” Ipoh – Kuala Lumpur, penunggang akan dapat merasai nikmat sebenar kuasa 27 kuasa kuda yang dimiliki oleh Suzuki V-Strom 250 SX, kerana V-Strom 250SX mampu beraksi lincah untuk menyelit dan memotong kereta dan lori kecil atau besar dihadapannya (jangan tiru aksi merbahaya ini) 😁.
Kedudukan motorsikal yang agak tinggi memudahkan penunggang untuk melihat dengan lebih jelas keadaan kenderaan yang datang dari arah hadapan sebelum memintas kenderaan di hadapan.
Penggunaan sistem Abs pada bahagian hadapan dan bahagian belakang roda Suzuki V-Strom 250 SX memberi keyakinan tambahan kepada penunggang untuk melakukan brek mengejut jika berlaku kecemasan.
Apa tunggu lagi? Dengan pantas lah meng’order’ sebijik Nohhh!
Comments
Loading…