in

TEST RIDE MODENAS DOMINAR D400 V2

Ohoiii… Persembahannya Amat Diluar Jangkaan Nohhh!

Hari ini Abah berpeluang menunggang Motorsikal Modenas Dominar D400 V2 yang baru sahaja dilancarkan dan telah dipertingkatkan seiring dengan keadaan semasa bagi menarik minat peminat motorsikal yang berkuasa sederhana.

Abah memulakan ride hari ini mengikut laluan yang telah diatur lebih awal untuk memudahkan perjalanan. Dengan enjin 373cc DOCH dan teknologi DTS-i penyejukan cecair, kemampuan Dominar D400 tidak boleh dinafikan. Sebaik melepasi Plaza tol Jalan Duta, Abah sudah dapat menikmati hamburan kuasa dan ngauman bunyi ekzos muncung berkembar dan kuasa 40Hp yang dimiliki oleh Dominar D400 V2.

Sepanjang perjalanan ride solo dari Tol Jalan Duta sehingga Plaza Tol Simpang Pulai, Abah dapat menikmati kehebatan dan kemampuan sebenar Dominar D400 V2.

1. KETIKA DI HIGHWAY

Pecutan yang dihasilkan oleh Dominar D400 yang menggunakan 3 palam pencucuh (3 spark plug) dari gear satu hingga ke gear 6 tidak mengecewakan. Rasa mantap dan padu Oyeahhh! Walaupun jentera ini memiliki berat sekitar 184 Kg, tiada masalah bagi Dominar V2 untuk memecut ketika mendaki bukit Lanjan, tak sempat nak masuk gear 6, Abah sudah berada diatas puncak bukit Lanjan pada kelajuan 150Kmj! Badan Abah terasa bagai disentap setiap kali apabila Abah memulas trottle dan masuk gear 😁😁. Mungkin inilah yang dikatakan kejutan budaya di Haiwey oh i dont together you every distance rock you like hurricane scorpions!

Kemampuan ketika memotong diatas Haiwey juga sangat baik. Walaupun ketika berada pada gear 6 dan berkelajuan 140Kmj namun Dominar V2 tetap menghenjut tangkas dan pantas untuk memotong. Dominar juga tidak terasa bergoyang ketika memotong kenderaan berat dan panjang dan juga tiada masalah ketika mengambil selekoh diatas Haiwey pada kelajuan 140Kmj.

Yang paling best bagi Abah hari ini ialah, buat pertama kalinya sejak menunggang motorsikal, Abah berjaya menunggang pada kelajuan 165 Kilometer sejam!
Ya! Top speed Dominar D400 V2 ialah 165Kmj tanpa “cut off”! Ini telah membuatkan mulot ini teros lancar berbahasa Perthlis three two i love You Hawa Rizwana!

Nota : Ada juga rakan lain yang berjaya memecut D400 V2 ni sehingga 177Kmj! (posisi tundok G).

Purata kelajuan tunggangan Abah ketika diatas Haiwey adalah sekitar 135 – 145 Kmj. Betol2 laju seperti lajunya Affendi Julaihi membawa bola secara solo di era 90an.

Penggunaan petrol ketika menunggang pada kelajuan 135 – 145Kmj ialah lebih kurang 29Km/Liter.

Abah singgah berehat di pekan Batu Gajah untuk menikmati sarapan pagi bersama rakan ketika di zaman persekolahan dahulu.

2. KETIKA DI LALUAN BUKIT

Perjalanan seterusnya dari Batu Gajah, Perak melalui Simpang Pulai untuk menuju ke Cameron Highland yang berbukit dan berkonar konar. Perjalanan mendaki Cameron Highlands bersama D400 V2 menjadi lebih menyeronokkan dan menyakinkan kerana kuasa yang dimiliki dan juga penggunaan fork USD menjadikan D400 V2 lebih mantap dan stabil disamping sistem brek ABS nya yang mampu membrek dengan cekap dan tepat ketika diperlukan.

Abah berjaya “mengawan”..ehhh.. “menawan” laluan yang menjadi pilihan ramai bikers berkuasa tinggi ini dengan bergaya dan juga berpuashati kerana mampu “melayan” konar monar disini pada kelajuan sekitar 100Kmj. Sebagai penunggang solo Abah perlu lebih berhati hati dan mengikut kemampuan sebenar ketika melalui jalan yang berkonar konar supaya perjalanan Abah lebih selamat dan tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
Abah singgah digerai menjual air kelapa laut afrika yang menjadi tempat persinggahan tetap setiap kali Abah berkunjung ke Cameron Highlands.

Perjalanan seterusnya menuruni Cameron Highlands menuju ke Sg Koyan juga agak menarik. Ketika melalui jalan ini, Abah mampu bergerak pada kelajuan sekitar 110 – 120Kmj kerana permukaan jalannya lebih baik dan tidak banyak sangat konar yang “tajam tajam”.

3. KETIKA DI LALUAN BIASA

Dari Sg Koyan sehingga ke pekan Raub, Pahang laluannya agak sempit dan banyak kenderaan menggunakan laluan ini. Dilaluan ini Abah dapat merasai keseronokan dan kepuasan sebenar enjin DOCH berkuasa 40Hp Dominar D400 V2. Sukar untuk menggambarkan kepuasan ketika memecut dan memotong kenderaan yang berbaris panjang dihadapan dan pada masa yang sama terdapat kenderaan dari arah hadapan yang meluncur laju. Laluan ini sesuai untuk mereka yang suka mencilok mencilok (jangan kecam ye, sekadar pandangan).
Hanya yang tahu sahaja dapat merasai kenikmatannya 😁😁.
Abah singgah disebuah petrol pump di Raub untuk mengisi petrol sebelum singgah sekali lagi untuk minum petang dan makan lemang To’ki di Bentong.

Perjalanan dari Bentong menuju ke Kuala Lumpur lebih menarik kerana laluan di Haiwey Karak adalah laluan yang lebar, berkonar konar dan ada juga yang lurus dimana penunggang boleh merasai corak menunggang yang berbeza beza seperti laju, berkonar, berbukit dan menurun. Semua disiplin dalam sebuah trek racing ada di Haiwey Karak ni Gua cakap Lu!

Alhamdulillah..Abah berjaya menghabiskan ride solo dengan selamat dan berasa sangat berpuashati dengan kemantapan dan keselesaan menunggang jarak jauh bersama motorsikal “Sports Tourer” Modenas Dominar D400 V2. Kepada yang sedang mencari cari jentera Sport Tourer yang padu dan laju dibawah harga RM15K, tak ada yang lain dah untok direkomendasikan melainkan Dominar D400 V2 ni Nohhh!

Nota Tambahan :

Jarak Perjalanan: 567Kilometer
Masa: 7.00 pagi – 7.00 malam
Petrol: RM47.00
Antara ciri yang telah dinaiktaraf untuk D400 V2 ini: Fork terbalik atau Upside Down (USD),
Kuasa dari 34hp kepada 40Hp.
Muncung ekzos berkembar yang mengeluarkan bunyi yang lebih padu.
Penyerap hentakan tunggal Nitrox di belakang yang boleh laras.
Paparan meter LCD dengan gabungan petunjuk kelajuan, jarak perjalanan, jam, serta tahap penggunaan bahan api, dan yang menariknya petunjuk gear diletak pada bahagian tangki petrol.

So..Jangan pandang Dominar D400 V2 dengan sebelah mata. Kalau nak merasa pakai motorsikal ala ala ‘big bike’ tapi mampu milik, padu dan mantop segeralah berkunjung ke pengedar sah Modenas untuk mendapatkan sebuah Dominar D400 V2.

Ada Dua warna pilihan:
Savanna Green dan Charcoal Black.

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

WARNA DAN GRAFIK TERBARU YAMAHA MT15 DAN MT25 KINI DIPASARAN !

MODENAS KASI WARNA SENMPERRR KAT PULSAR NS200 ABS PULAK !