in

TERKINI: BENELLI VZ125i EDISI KHAS (N1) DENGAN HARGA RM5838.00

MForce telah mengeluarkan varian terbaru Benelli VZ125i Edisi Khas (N1) yang telah mengalami perubahan dari segi grafik dan warna. Harga jualan edisi kali ini ialah RM5838.00, tidak termasuk pendaftaran dan cukai jalan.

Direka oleh pasukan reka bentuk Benelli, penampilan VZ125i menarik perhatian dan mengujakan. Penggayaannya yang diperkemas adalah dinamik dan tiada batas seperti yang sering dilakukan oleh Benelli. Penampilan Benelli VZ125i ini jauh lebih menarik dan mengujakan dengan tiga pilihan warna terbaru iaitu Yellow, Red Brown dan Light Blue.
Skuter ini digerakkan oleh enjin 124cc, 4-lejang, silinder tunggal dan SOHC dengan bantuan sistem pacuan akhir CVT. Ia mampu menghasilkan hantaran kuasa 8.4Hp pada 7,500rpm dengan tork maksimum 9.2Nm pada 6,000 rpm.

Bahagian hadapan dikemaskan dengan lampu utama LED, lengkap dengan DRL yang terang. Panel paparan meter digital menunjukkan meter kelajuan, takometer, paras bahan api dan semua maklumat mudah dibaca walaupun dalam gelap. Dengan sekali imbas sahaja, anda dapat melihat informasi yang diperlukan.

Kemampuan untuk menyerap segala hentakan dengan baik disumbangkan dengan sistem suspensi hadapan jenis teleskopik dan penyerap hentak tunggal Kayaba (KYB) di belakang. Ia sememangnya akan menjadi sebuah penunggangan yang jauh lebih selesa lebih-lebih lagi semasa di atas laluan yang kurang rata.

Menambahkan lagi ciri keselamatan pada skuter ini adalah brek cakera yang dipasang pada tayar hadapan yang menawarkan kuasa pemberhentian yang lebih tepat. Selain itu, Benelli VZ125i Edisi Khas (N1) mempunyai sistem kunci magnetik anti-kecurian yang dapat mengurangkan kadar jenayah kecurian motosikal dan meningkatkan keselamatan pengguna motosikal itu sendiri.

Benelli VZ125i Edisi Khas (N1) adalah skuter yang cukup sesuai untuk kegunaan harian dan santai kerana tangki bahan apinya yang berkapasiti 4.9 liter. Di bawah tempat duduk pula, turut disediakan port USB untuk mengecas gajet anda dengan lebih selamat. Sebagai tambahan, terdapat tempat penyangkut yang terletak di belakang fairing hadapan yang memudahkan penunggang untuk menyangkut barangan atau pun beg. Di ruangan kokpit, model ini turut dilengkapi dengan ruang kecil yang mampu memuatkan barang-barang kecil seperti telefon dan powerbank.

Benelli VZ125i Edisi Khas (N1) kini boleh didapati di pasaran, dan anda boleh mendapatkannya segera di semua premis pengedar sah Benelli. Dengan pembelian motosikal ini, anda boleh menikmati waranti pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan sejauh 20,000 km (mana-mana dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti dalam talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

BOKS TERBARU GIVI : ATLAS B33NM dan ATLAS B45NM

WMOTO EFSUKU KINI DIPASARAN MALAYSIA!