Sebagai aktiviti panas injin dan Panas Panas Lagey maka sebuah acara perhimponan mini Motoria telah diadakan di Tanjong Karang baru2 nih.
Event ni buleh dikatakan event selit celah2 aja, sebagai memeriahkan event utama yaitu Karnival Familia Madani Tanjong Karang. Senang crita, event utama adalah event kerajaan Madani, dan ada lah sikit ruangan untok diselitkan acara himponan motor, maka Mamat Kapar selaku Chip Retromania pon bikinlah satu event selit kat situ.
Gua sampai tapak event sekitar jam 11 pagi, suasana masa tu agak suam2 kuku kucing. Tapi masa ‘on de wey’ kesana melalui lebohraya WCE, ada la terserempak dengan geng2 Retro yang sedang ride menuju ke Tanjong Karang. Ada geng Suzuki Jipang, ada jugak geng RD dan yang sama mazhab dengannya.
Kat tapak event sebenarnya agak mengejotkan jugak sebab tak sampai setengah jam Gua jalan2 tengok kawasan sekitar, tengok2 area event himponan Motoria dah mula padat. Geng2 Retro pon makin ramai yang masok ke tapak event. Tapak event ni memang tak luas, jadi kita buleh tengok sendiri lah pertambahan motor2 yang masok parking kat situ.
Masok jam 12 lebeh, tapak acara dah mula sendat. Tak sangka lah dengan promosi yang gitu2 aja, tapi sambotannya diluar jangkaan. Mungkin ramai dah tak sabar2 nak turon event Retromania yang sebenar tapi tarikhnya lambat lagi, maka kasi turon lah sapot event pemanas enjin ni dulu Joyyeahhh!
Gua tak tunggu sampai petang sebab ada acara lain yang haros dihadiri, so Gua memBelah sekitar jam 1 petang gitu dan pada ketika nak memBelah tu pon maseh ramai yang berpusu-pusu ke tapak event. Ini satu signal yang baik untok penganjoran Retromania 2024 yang bakal diadakan di Stadium Kuala Selangor pada tarikh 28 & 29 Disember ini Nohhh!
InshaAllah jumpa di Retromania Kuale Selangor!
#retromania
#retrobike
#klasik
#classicbike
[/vc_column_text]
Comments
Loading…