in

SYM VF3i PRO 185 KINI DIPASARAN! V3 SUDAH MARI!

Akan Masok Kedai Start 15 Oktober 2020 Ni Dengan Harga 9,338 Nohhh!

Setelah mendapat sambutan yang memberangsangkan semasa pelancaran VF3i 185 LE pada Mei yang lalu, MForce BikeHoldings Sdn. Bhd. mengeluarkan edisi terkini VF3i 185 Pro atau V3 yang mempunyai  warna baharu iaitu merah, biru dan gold atas kehendak pasaran.

Pengurus Besar Operasi MForce Bike Holdings Sdn. Bhd., Encik Asri Ahmad, berkata VF3i 185 Pro dikeluarkan untuk memenuhi permintaan pasaran di samping mengekalkan ciri-ciri hebat seperti janaan enjin 4-lejang 183cc dengan penyejukan cecair serta mampu mencapai kuasa setinggi 19.7hp pada 9,000 rpm dan 17.4Nm tork pada 7,500 rpm. Selain itu, sistem brek anti-kunci (ABS) kekal ditampilkan dalam edisi ini untuk tunggangan yang lebih selamat. VF3i 185 Pro turut memiliki tangki bahan api terbesar dalam kelas kapcai iaitu 7 liter untuk perjalanan yang lebih jauh. Ia juga dihadirkan bersama enjin suntikan bahan api dan dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.

Penampilan cahaya DRL yang terang dan speedometer dengan reka bentuk yang bergaya baru disertakan di edisi Pro ini. Ia turut melepasi piawaian Euro serta ketinggian tempat duduk 790 milimeter demi memastikan keselesaan penunggang.

Model terbaru gaya elit ini ditawarkan dengan harga jualan yang mampu milik, RM9,338.00 tidak termasuk insurans dan cukai jalan. VF3i 185 Pro akan berada di premis-premis pengedar SYM di seluruh Malaysia bermula 15 Oktober 2020.

Pembeli VF3i 185 Pro atau V3 juga boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

Spesifikasi Teknikal:

Jenis Enjin:
SOHC, 4 Lejang, Silinder Tunggal,
Sejukan Cecair
Gerek & Lejang:
63.5 x 57.8 mm
Sesaran:
183 c.c.
Kuasa Kuda Maksimum:
14.7 kW pada 9,000 r/min
Tork Maksimum:
17.4 Nm pada 7,500 r/min
Nisbah Mampatan:
11.1:1
Transmisi:
6 – Kelajuan
Minyak Pelincir:
Pelincir Daya
Jenis Klac:
Basah, Cakera Berbilang
Sistem Bahan Api:
Suntikan Bahan Api Elektronik
Pematuhan EURO 3
Sistem Penghidup:
Penghidup Elektrik
Sistem Pencucuh:
Full Transistor Ignition
Suspensi Hadapan:
Cabang Teleskopik
Suspensi Belakang:
Suspensi Tunggal dengan Gegelung
Spring Teleskopik

Brek Hadapan:
Cakera Tunggal 250mm ABS
Brek Belakang:
Cakera Tunggal 200mm ABS
Tayar Hadapan:
90/80- 17 (Tanpa Tiub)
Tayar Belakang:
120/70-17 (Tanpa Tiub)
Jarak Roda:
1290 mm
Kelegaan Tanah:
150 mm
Berat:
124 Kg
Kapasiti Bahan Api:
7 Liter
Bateri:
12V7Ah (Maintenance Free – MF)

What do you think?

-2 points
Upvote Downvote

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

AKADEMI HAS CUSHION BAKAL DIBUKA?

PASANGAN PENCINTA 2 RODA SKUTERMANIA !