in

SYM JET X 150 dan SYM RX4 BAKAL DILANCARKAN AWAL 2021

Maxsym TL 500 Akan Masok Kedai Disember 2020 dengan Harga RM 35,888 Oyeahhh!

Sempena pelancaran digital SYM Global baru-baru ini dengan tema ‘Limitless’ yang menjangkaui imaginasi, MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. dan SYM Taiwan telah bersetuju untuk memperkenalkan dua model skuter baharu iaitu SYM Jet X 150 dan SYM Jet 4 RX di pasaran Malaysia.

Jet X 150 yang merupakan tunjang utama untuk JET Series, akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2021, dan hasil evolusi skuter klasik SYM, Jet 4 RX akan dilancarkan pada suku kedua tahun yang sama (2021). Jet X 150 ini mempunyai spesifikasi unik seperti sistem penghidupan enjin tanpa kunci, janaan kuasa enjin 149.6cc, tangki bahan bakar 7.5 liter, dan meter digital LCD.
Buat masa ini, Bahagian Perancangan dan Pembangunan Produk sedang melakukan pengujian ketahanan dan seterusnya akan membuat proses kelulusan (VTA) dari Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Skuter ini juga dilengkapi dengan empat pilihan warna yang menarik yang akan diumumkan semasa pelancarannya tahun depan.

Sementara itu, Jet 4 RX adalah model dengan enjin 124.6cc yang pasti mencuri perhatian kerana penggunaan dual rear suspension, dilengkapi dengan layar LCD dan pengecas USB Quick Charge 2.0 yang jauh lebih pantas daripada USB biasa. Ia juga mempunyai Anti-Lift Engine Hanger System (ALEH) yang berfungsi untuk pembahagian sama rata dengan berat enjin untuk penunggangan yang selesa.

Tidak dilupakan adalah skuter maxi generasi terbaru SYM, Maxsym TL 500 yang merangkumi pengendalian motorsikal luar biasa serta memiliki kemudahan yang sempurna. Sememangnya ini merupakan skuter yang dinanti-nantikan sejak pelancarannya pada Mei yang lalu kerana seni reka dan bentuk yang menarik.

Kini, penantian berakhir apabila Pengurus Besar Operasi MForce Bike Holdings Sdn. Bhd., Encik Asri Ahmad mengumumkan bahawa Maxsym TL 500 akan mula diedarkan ke semua pengedar sah pada penghujung bulan Disember tahun 2020 ini. Skuter ini mempunyai pelbagai pilihan warna; “Matt Black”, “Matt Blue”, dan “Grey” dengan harga yang ditawarkan pada RM35,888.00 tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

Teros Rock N Ride Bersama SYM!

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

WMOTO TAMPIL DENGAN JENTERA CRUISE 250 V TWIN!

GALERI BASIKAL TUA YANG PERTAMA DI PERLIS!