in

SUZUKI VSTROM 800DE (RM60,800) & SUZUKI GSX-8S (RM 50,800) KINI RASMI DIPASARAN MALAYSIA!

Kedua-dua jentera ini didedahkan pada mata umom pada EICMA 2022 di Milan Itali pada 2022 lepas. Boleh dikatakan kedua model ini adalah enjin terbaru Suzuki untok segmen 800cc, dibina dengan enjin Parallel Twin, dengan chasis boleh tanggal serta ringan untok dikendalikan.

SUZUKI V STROM 800DE:
Jentera ini pasti akan mendapat lebeh sambotan sebab ianya dibina dengan berkiblatkan Dual Purpose, kelehatan lebeh berunsor pengembaraan dan kehadirannya dipasaran Malaysia waktu ini amatlah tepat. Yelah, Raida2 di Malaysia semenjak dua menjak nih memang dilanda demam ‘Edvencher’, hinggakan jentera Kapcai pon dimodifikasi menjadi sebuah jentera ala2 ‘Edvencher’. Tak caya tanya lah V Cher. V Cher tu motor Honda C70 dia pon dimodified ‘Edvencher’ dah Nohhh! Padahal ride kat dalam Felda Puron aja. Pi la ride jauh sikit, lajak la ke Jengka 20 pon dah Ok dah heh!

Jentera ini dibina dengan karektor kembara, ‘on road dan off road’ dengan SIRS (Suzuki Intelligent Ride System) dimana buleh dikatakan banyak perkara berasaskan elektronik. Dilengkapi ABS depan dan belakang, tapi ABS belakang buleh di’switch off’ bila tak mau guna. Yang syok adalah, sistem SIRS pada jentera VStrom 800DE ni sangat efishen, tak perlu nak stop motor kalau nak tukar mode tunggangan even nak off ABS. Motor tengah dok jalan pon buleh switch pada mode yang kita mahukan. Meter TFT di jentera nih pon best sebab ianya dihiasi dengan warna rasmi Suzuki ( Biru, Puteh, dan Merah).

Jentera ini dipasang dengan tayar bersaiz 17 inci di belakang, manakala depan dipasang dengan saiz 21 inci. Ya… ramai dok komen bahawa tayar size 21 tak sesuai untok ride On Road sebab akan ber’ombak’ bila motor dalam kelajuan tinggi. Tapi dengan sistem dan teknologi serta kepakaran jurutera Suzuki, jentera ini stabil masa tengah speed pada kelajuan 195kmj. Inilah yang dikongsikan pada kami oleh seorang wartawan permotoran pada hari jentera ini dilancharkan. Sebenarnya pehak Suzuki telah membawa DUA orang wakil media permotoran Malaysia ke Itali utok ‘test ride’ motor nih. Depa berdua telah test sejauh hampir 300KM, menggunakan jalanraya dan jugak jalan off road. Maka, dihari jentera ini dilancharkan, Hezeri (Careta) dan Amir (NST) telah berkongsi pengalaman masing2. Kata depa berdua lagi, jentera nih terasa ringan walaupon nampak macam berat. Dan jentera ini jugak membuatkan mereka jadi macam raider Pro masa test bike nih, walaupon sebenarnya mereka berdua hanyalah raider biasa macam kita2 nih jugak. Maksodnya, keupayaan dan prasarana yang dipasangkan kat jentera nih telah membuatkan mereka rasa amat konfiden yang akhirnya membuatkan depa tetiba rasa macam pro rider Nohhh!

Jentera ni dibahagian saspenshen menggunakan Fork depan dari jenama Showa, dan Monoshock belakang jugak guna jenama Showa. So, memang takyah nak sembang panjang lah bab saspenshen yang semestinya kocok2 nyawa ingker oyeahhh! Antara yang best lagi kat jentera nih adalah Windscreen depan buleh adjust, 3 Mode (Sport, City, Jalan Basah dan jugak G untok jalan berbatu-Offroad). Selain itu, ia dilengkapi sistem Quick Shifter untok perjalanan lebeh lancar Nohhh!

Datang dengan dua warna, Champion Yellow dan Glass Mat Mechanical Grey, jentera ini dujual pada harga RM 60, 800.

SUZUKI GSX-8S:
Jentera nih lebeh kepada Street Fighter/Naked Bike. Sama cc dengan VStrom 800DE yaitu 776cc DOHC, Parallel Twin dengan Suzuki Cross Balancer System, 83HP 57.5 Torque. Jentera ini pasti menjadi pilehan buat Raider yang berjiwa ‘Kelajuan dalam Iman’. Frame chasis jentera nih jugak buleh ditanggalkan, dan ianya lebeh pendek sikit jika dibandingkan dengan Vstrom 800DE.

Muffler ekzos jugak agak menarek pada jentera ini, dan menurot jurutera Suzuki (Mr Akira), depa ambik masa agak lama untok design dan finishing part ekzos nih. Ianya mengikot stendet Euro 5 dan bunyinya amat shahdu walaupon dalam keadaan stendet. Tapi Gua yakin dan amat percaya bahawa, kalau jentera ni dapat kat tangan Raida Malaysia, ianya tidak akan bertahan lama, paling lama mungkin sebulan kot? Lepas tu menjerit la ekzos tuh Nohhh haha!

Part2 dan sistem lain, kebanyakkannya hampir sama dengan Vstrom 800DE, dan model ini datang dengan 3 warna pilehan yaitu Pearl Cosmic Blue, Pearl Tech White dan Metallic Mat Black/Glass Sparkle Black. Ianya dijual murah sikit dari model Edvencher yaitu RM 50,800.

Teros Rock N Ride Bersama Suzuki !

Suzuki V Strom 800DE

 

Suzuki GSX 8S

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

‘LONCING’ TRIUMPH STREET TRIPLE 765 BARU !

HELI WORK: BENGKEL ‘SPESHELIS’ BENELLI RFS 150i DI LEMBAH KLANG.