Suzuki Malaysia menambah koleksi motorsikal baharunya dipasaran tempatan dengan melancarkan tiga model baharu serentak sempena Malaysia Autoshow 2024 yang diadakan di MAEPS Serdang Selangor Darul Ehsan. Tiga model baharu tersebut ialah Suzuki GSX-S1000GX, Suzuki GSX-8R, dan Suzuki V-Strom 800.
1. SUZUKI GSX-S1000GX
Suzuki GSX-S1000gx, telah dinobatkan sebagai ‘the supreme sport crossover’ mendapat perhatian di peringkat global kerana kemampuan serba boleh dan estetika yang agresif, model ini menggabungkan teknologi terkini dengan kemampuan menguasai jalan raya dan keupayaan pengembaraan tulen, meletakkannya sebagai juara dijalanraya. Suzuki GSX-S1000GX adalah sebahagian daripada siri GSX-S yang sudah terkenal ditambah dengan beberapa ciri ciri baharu dan fungsi termaju, memberikan prestasi ke tahap superbike dengan keselesaan tunggangan optimum, ketersambungan dan perhatian terhadap perincian, persediaan suspensi motorsikal memastikan keselesaan semasa mengambil selekoh tajam dan lasak ketika melalui tunggangan dilaluan luar bandar.
Ciri Ciri Menarik SUZUKI GSX-S1000GX:
-Sistem elektronik terkini Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S)
-Suzuki Drive Mode Selector Alpha Smart TRL (Traction, Lift & Roll Torque)
-Active Damping Control, Suzuki Road Adaptive Stabilization
-Automatic Rear Suspension
-Ride-by-Wire Electronic Throttle
System
-Bi-directional Quick Shift System
-Smart Cruise Control
-Slope Dependent
-Suzuki Easy Start System dan Low RPM Assist.
Tambahan baharu yang menjadi tarikan utama GSX-S1000GX ialah sistem Suzuki Advanced Electronic Suspension (SAES), di mana GSX-S1000GX menjadi model Suzuki yang pertama menerima ciri tersebut. Dikawal secara elektronik, sistem tersebut melaraskan redaman suspensi berdasarkan input yang berkaitan seperti kelajuan motosikal, permukaan jalan dan juga brek. Suzuki GSX-S1000GX turut dilengkapi dengan Suzuki Intelligent Ride S
Spefikasi Suzuki GSX-S1000GX:
Tinggi – 1,350 mm
Jarak dari tanah – 155 mm
Tinggian tempat duduk – 845 mm
Berat – 232 kg
Enjin – 993cc, 4-lejang, 4-silinder, DOHC penyejukkan cecair
Nisbah mampatan – 12.2 : 1
Sistem bahan api – sistem suntikan bahan api
Transmisi gear – 6-kelajuan
Suspensi hadapan – USD, spring gegelung, jenis pautan berkembar
Suspensi belakang – spring gegelung tunggal
Brek hadapan – Abs Brembo cakera berkembar
Brek belakang- Abs Brembo tunggal
Saiz tayar hadapan – 120/70zr17 tanpa tiub
Saiz tayar belakang – 190/50zr 17 tanpa tiub
Muatan tangki – 19.0 l
Enjin oil – 3.4 liter
Kuasa – 152hp pada 11,000rpm dan tork 106Nm pada 9,250rpm
Harga – RM RM89,900
(tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans):
2. SUZUKI GSX-8R
Suzuki GSX-8R adalah motorsikal dalam kategori “Sport bike” direka untuk keselesaan tunggangan jarak jauh serta kestabilan pada kelajuan tinggi Dari segi penampilan, GSX-8R tampil lebih garang dengan fairing penuh di bahagian hadapan, bersama penghadang angin dan rekaan lampu hadapan unik
Ciri Ciri Menarik SUZUKI GSX-8R:
Suzuki Traction Control System (STCS)
Bi-directional Quick Shif
System
Low RPM Assist
Suzuki Easy Start System
Skrin TFT LCD lima inci berwarna penuh
Lampu LED depan belakang dan lampu membelok(signal)
Suzuki Intelligent Ride System (SIRS)
Suzuki Drive Mode Selector (SDMS)
Suzuki Traction Control System (STCS), pendikit elektronik ride-by-wire
Penukar pantas quickshifter dua arah
Easy Start System
Low RPM Assist
Clutch Assist System (SCAS)
Hendal clip-on untuk disesuaikan dengan kedudukan menunggang sebuah sportbike.
Spefikasi SUZUKI GSX-8R:
Tinggi keseluruhan – 1,135 mm
Jarak dari tanah – 145 mm
Tinggi tempat duduk – 810 mm
Berat – 205 kg
Enjin – 776cc, 4-lejang, 2-silinder, penyejukkan cecair,
Kuasa – 82 hp @ 8,500 rpm, 78 Nm @ 6,800 rpm
Top speed – 220 Km/j
Sistem bahan api – sistem suntikan
Transmisi gear – 6 kelajuan
Suspensi hadapan – USD jenis SFF-BP Showa
Suspensi belakang – gegelung tunggal Showa
Rim hadapan – aluminium, 17 inci tayar 120/70 depan
Rim belakang – 17 inci, tayar 180/55
Brek hadapan – Brembo cakera berkembar 310 mm
Brek belakang – Abs Brembo cakera tunggal
Muatan tangki 14 liter
Minyak enjin – 3.9 liter
Penggunaan petrol – 23.8 km/l
Harga – RM 53,800
(tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans)
3. SUZUKI V-STROM 800 (Harga Asas RM54,800)
Suzuki V-Strom 800 merupakan sebuah motorsikal “Adventure Touring” yang menawarkan dua gaya tunggangan dalam satu motorsikal kelajuan (agresif) dan keselesaan untuk tunggangan jarak jauh.
Ciri Ciri Menarik SUZUKI V-STROM 800:
Skrin TFT LCD 5 inci berwarna
Pot USB
Lampu hadapan, lampu belakang dan lampu signal jenis LED
Penghadang angin boleh laras
Suzuki Intelligent Ride System (SIRS)
Suzuki Drive Mode Selector (SDMS)
Suzuki Traction Control System (STCS)
Pendikit elektronik ride-by-wire,
Penukar pantas (quickshifter) atas dan bawah
Easy Start System
Low RPM Assist
Clutch Assist System (SCAS)
Spesifikasi SUZUKI V-STROM 800:
Enjin – 776cc baharu, 4-lejang, 2-silinder selari, dengan penyejukkan cecair, DOCH
Kuasa – 82 HP pada 8,500 rpm, 78 Nm pada 6,800 rpm
Transmisi gear – 6 kelajuan
Fork hadapan – USD jenis SFF-BP Showa
Suspensi belakang – Showa boleh laras
Brek hadapan – cakera Brembo berkembar 310 mm, 4 piston
Brek belakang – cakera tunggal Brembo
Rim hadapan – aluminium 7 jejari 19 inci
Saiz tayar hadapan – 110/80R19
Saiz tayar belakang – 150/70R17
Muatan tangki – 20 liter
Harga – RM 54,800
(tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans)
Comments
Loading…