in

SPD RACING : TIM KAPCAI SUPERBIKE PENANG MAI !

Raja Pemusnah Motor Standard Menjadi Superbike

Sebelom ni ada satu tim modifikasi motor kapcai, yang sangat viral di media sosial. Dengan memfokuskan tayar besar/tembon sebagai trademark, Tim tersebot berjaya menjadi satu branding yang mempunyai jutaan followers. Alhamdulillah, itulah rezeki.

Hari ini, rata2 modifikasi yang pakai/pasang tayar size besar, akan secara automatik digelar Geng Tayar Besar oleh orang2 yang melehatnya. Bagi kami di Majalah Kapcai, branding ataupon refleksi sebegitu adalah satu kejayaan yang amat padu buat pengasasnya. Ianya boleh diumpamakan seperti panggilan masharakat umom terhadap Mee Segera. Kalau Mee Segera, letaklah jenama apa pon, tetap dipanggil Megi. Kalau Ubat Gigi, letaklah jenama apa pon, orang ramai akan panggil Colgate. Motor pon sama, letaklah jenama apa pon, tetap dipanggil Kapcai oyeahhh! Buatlah modified kat bengkel mana pon, kalau pakai tayar besar tetap orang akan panggil Geng Tayar Besar! Demikianlah adanya…

Okay kita teros ke Pulau Pinang, sebab kat sana ada satu kedai modifikasi yang sangat pakar dalam bidang ‘memusnahkan’ wajah stendet kilang menjadi seolah2 sebuah superbike mini. Memperkenalkan… Bengkel SPD Racing ! Mungkin lepas ni, jentera2 yang keluar dari kedai ni akan mendapat gelaran baru pulak kot. Bukan apa, kedai ni dia punya specialty adalah menukar jentera Kapcai menjadi Superbike (outlook luaran). Mungkin buleh digelar sebagai TKS, Tim Kapcai Superbike Oyeahhh!

SPD Racing kalau dilehat gambaran di depan kedai, ianya sama saja macam kedai2 aksesori motorsikal yang lain. Suasana kat bahagian dalamannya pon biasa2 saja. Tapi sebenarnya, ada tersembunyi sesuatu yang sangat ‘mengerikan’ kat dalam kedai nih. Sebab apa mengerikan? Heh… Sebabnya semenjak beroperasi kira2 tiga tahon lalu, bengkel nih dah berjaya ‘memurtadkan’ lebeh 50 buah jentera Kapcai menjadi beraneka jenis mini superbike oyeahhh!

Menurot owner SPD Racing yaitu Brader Harden Ng, Kedai yang berlokasi di Simpang Ampat Penang tu hanya memfokuskan modifikasi kat jentera Kapcai saja. Kebanyakkan jentera yang masok ke situ untok dibuat pembedahan plastik adalah daripada jenama hot tempatan yaitu Yamaha Ysuku dan jugak Honda RS150. Kepada owner2 motor selain Ysuku dan RS150 janganlah dok kecik hati pulak. SPD Racing tak kisah apa pon jenama jentera Lu Orang, kalau nak modifai bawak saja motor tu ke kedai depa. Bagitau saja konsep apa yang nak dibikin, InshaAllah akan direalisasikan oleh Tim SPD Racing. Jangan risau, di SPD Racing, ada 5 orang pomen yang sangat hensem dan pakar dalam bidang modified nih. Nak tukar Demak Evo Z jadi Suzuki Hayabusa pon buleh Nohhh!

Kebanyakkan aksesori dan part2 untok tujuan modifikasi jugak dikastem sendiri oleh SPD Racing (Custom Made). Sebab itu, jangka masa untok menyiapkan sesebuah modifikasi akan makan kira2 Dua ke Tiga bulan jugak. Kenapa lambat? Lambat tang nak cipta aksesori tu lah. Custom made ni memang sendiri mau ingatlah. Harganya? Haha..tang harga ni pon kena sendiri mau ingat lah jugak Nohhh!

Sebagai sebuah kedai yang melakukan hanya modifikasi kat jentera kapcai saja, dah tentu ramai yang ingat proses bikinnya tak renyah dan mudah saja kan? Sebenarnya, modifikasi menukarkan kapcai menjadi sebuah jentera iras2 superbike adalah satu kerja seni yang amat mencabar. Segalanya memerlukan penelitian yang padu dan tepat, lebeh2 lagi kat bahagian bahagian teknikal. Bukan boleh suka2 aja nak pasang swing arm atau part2 lain, tak kena gaya motor akan lost control pada kelajuan tinggi.

Menurot Harden Ng, dalam banyak2 jentera yang datang buat modifikasi di bengkel dia, ada sebijik Honda RS150 yang dibikin betol2 spec bangsawan. Honda RS150 itulah yang paling tinggi kos modifikasinya, dianggarkan mencecah kira2 lebeh RM40k!

Buat masa nih, bengkel SPD Racing telah menerima dan membuat banyak tempahan modifikasi dari geng2 kapcai dari serata negeri. Walaupon beroperasi di Pulau Pinang, ramai customer datang dari luar Penang jugak. Dari perkembangan ini, terbuktilah bahawa hasil kerja SPD Racing yang berkualiti dan amat menepati citarasa customer, telah mendapat kepercayaan dari Masharakat Modifikasi Malaysia.

Kepada yang berminat nak bikin atau nak buat Kapcai Lu Orang jadi macam Superbike, bolehlah kontek brader Harden Ng di talian : 018 4075 098.

Selamat Maju Jaya Buat SPD Racing. Kalau ada yang nak melawat SPD Racing, ini adalah alamat kedai mereka :

SPD Racing
No.42, Lorong Tangling Indah 3,
Taman Tangling, 14100,
Simpang Ampat,
Pulau Pinang,
Malaysia.

Nota : Covid 19 maseh berleluasa, bersama kita menjaga sesama kita, amalkan SOP dengan ketat !

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

ECU GEN 2 TERKINI DARI TUNEBOSS KINI DILANCHARKAN!

PERKAHWINAN TERLARANG BMW HP4 DENGAN YZF R1