in

SKOOT NOT DEAD… TEROS BERTAHAN TEROS RIDE !

VS Project Scootz Ride Setel Second Dose Oyeahhh!

 

Geng Skoot sebenarnya tak pernah pupus. Walau datang berbagai jenis motor dipasaran, mazhab Skoot tak pernah berubah. Umor saja yang lanjot, tapi semangat ber Skoot tak pernah malap dalam diri mereka. Ikoti sikit cerita aktiviti terkini dari geng Skoot Penang nih.

Salam kepada semua pencinta 2 roda. Pada Oktober 2021 yang lepas VS PROJECT SCOOTZ telah mengadakan 1 ride kecil-kecilan bersama ahli² yang complete 2 dose vaksin. Mereka mula berkumpul pada jam 3:30 petang bertempat di Padang Kota Lama Pulau Pinang.

Setelah semuanya sampai, tangkap gambar dulu untuk kenangan dan pada pukul 4 petang mereka bergerak meninggalkan Padang Kota untuk ride ke destinasi seterusnya. Dalam perjalanan ke Empangan Air Teluk Bahang, sebiji Skoot rakan mereka terbabas di kawasan corner area Tanjung Bungah. Bergelimpangan jugaklah suasana dipetang nan syahdu itu.

Kemalangan itu menyebabkan raider mengalami sedikit kesan calar balar dan Skoot pon rusak lah jugak. Tapi takdelah sampai total lost Nohhh! Setelah selesai uruskan mangsa, mereka meneruskan perjalanan mereka ke Teluk Bahang dan beberapa raider lagi menguruskan mangsa kemalangan. Kesian dan simpati sangatlah kat mangsa… Dah la lama tak buleh ride, tiba2 ter Eksiden lah pulak. Sabar dan tabah lah menghadapi ujian ini.

Setelah sampai disana mereka bergambar lagi untuk kenangan, dan pada pukul 6 petang mereka berpatah balik meneruskan ke destinasi terakhir mereka yaitu Gurney Drive. Setibanya disana mereka bergambar lagi, maklum la musim covid ni tak boleh nak buat aktiviti pelik². Masa tengah ride tu pun mereka masih menjaga SOP sesama sendiri walaupun dah complete 2 dose dan setelah bergambar mereka semua pun bersurai balik ke rumah masing², dan mereka memberi ucapan pada semua rider diluar sana jaga diri jangan terlalu seronok bila ride ramai².

Tambah2 pulak dah buleh rentas negeri nih, kena lebeh hati2 dan perasaan lah. Malang tidak berbau, sama jugak macam kovid, dia wujod tanpa berbau..tau2 sesak nafas aja. Mintak simpang jauh2 lah nohhh!

Akhir kata jaga SOP, semoga Covid-19 ni cepat berakhir dan kita semua boleh kembali hidup seperti dulu.
Aminnnnn.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

QJ MOTOR KINI DIEDARKAN OLEH MFORCE ! MAKIN MERCHIK !

HONDA GBO SPESHEL EDISHEN KALER ORI 1984