in

SKATE SKOOT MINI BIKE DARI PANTAI SEPAT KUANTAN!

Raider kita dari Kuantan Pahang yang bernama Asyraf Ahmad ni adalah bakat2/kaki Kastem (Customizer) yang agak menarek untok kita kasi Up. Dengan menggunakan bahan2 kitar semula, baru2 ini dia berjaya menghasilkan sebuah jentera menggunakan enjin mini bike 2 stroke. Ciptaan kali ni sebenarnya adalah berpandukan kepada skuter kayoh kaki (permainan kanak2), tapi dia kasi lebeh gila,dia buboh enjin teros! Dah tak payah nak kayoh dengan kaki dah heh!

Ciptaan terbaru ni dibina dengan besi paip 3 inci. Bahagian depan jugak dibuat/dibentok sendiri, cuma T Bracket saja yang dia beli yang siap dah. Bracket tu adalah Bracket Mini Bike jugak. Enjin sememangnya enjin Mini Bike, dan dia menggunakan beberapa part2 dari mini bike untok menyempurnakan jentera itu.

Idea untok bikin jentera ni datang dari pemerhatiannya di Youtube, dan disebabkan minat yang memang mendalam ke arah Kastem, makin mudahlah dia melaksanakannya seorang diri. Jentera yang belom diberi nama lagi oleh Asyraf ni boleh pederas sekitar 60KM/J Gua cakap Lu! Oh ya, sebelom Gua lupa, Asyraf sebelom ni pon dah pernah bikin Kastem dah, antara yang dia pernah buat adalah sebuah Motor Cart pakai enjin RXZ Padu RM69K, dan jugak sebuah Kapcai BMX.

Untok bikin jentera Skuter pakai enjin Mini Bike nih, kos yang diperlukan adalah sekitar 1K. Kalau nak tempah memang boleh kontek sangatlah. Raider2 yang tinggal di area Pantai Timor, bulehlah open tempahan Skuter Mini Bike ni Nohhh! Hmmm..tak sedap pulak nama Skuter Mini Bike nih. Kita panggil Skate Skoot Mini Bike lah Nohhh!

Kontek Asyraf di nombor ini kalau berminat nak tempah : 0199174677

Rock N Ride Nohhh!

What do you think?

Avatar

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

DUA JENTERA TERBARU DARI SYM DI ZAMAN NEW NORMAL: MAXSYM 500TL & SYM VF3i 185 LE ABS !

LEONCINO 500 BERWAJAH BARU!