Semasa Perintah Kawalan Pergerakan mula2 dikuatkuasakan, sememangnya kita di Malaysia telahpon secara langsong memasoki alam baru yang dinamakan Norman Hakim. Mmmm..rasa macam silap tulis ja nih. NORMAL BARU! Yaaa..ini baru betol. Normal Baru ini adalah ayat2 yang selalu diungkapkan oleh PM Muhyiddin Yassin. Lepas tu ramai lah pakat dok guna ayat tu.
Dan, semasa PKP dijalankan, buleh dikatakan ianya memberi satu cabaran paling besar buat Raider2 Delivery kita. (Runner). Yelah, bila PKP dilaksanakan, kedai2, pasaraya mini dan bengkel2 telah diarahkan untok tutop operasi. Tutop kedai lah senang crita. Geng2 Raider Delivery ni, yang berjalan atas nama Grab Food, Food Panda dan yang sewaktu dengannya, adalah golongan paling terkesan ketika PKP. Motor hari2 berjalan (sebab nak hantar pesanan), rantai motor pulak dah longgar, Sproket pon dan buleh dibuat pisau, enjin pon dah mula bunyi kasar sebab minyak hitam dah out dated kat dalam enjin. Semua harus ditukar, tapi nak tukar macamana kalau kedai dan bengkel2 semua tutop?
RK South Asia Sdn Bhd amat tersentoh hati dan perasaan bilamana ada satu gambar yang viral menunjokkan rantai motor geng Abang Delivery diikat dengan cable tight untok meneroskan perjalanan. Ni semua akibat kedai spare part tak bukak sedangkan Pesanan wajib dihantar tepat pada masanya. Mengambil sikap kemanusiaan dan mengagumi semangat Abang Delivery kita yang bertungkos lumos dimasa PKP, RKM dan rakan2 seperjuangannya telah membuat satu kerja amal dengan memberikan beberapa barangan secara free kepada Abang Delivery.
Antara yang diberikan sebagai penghargaan kepada mereka adalah :
1)RK-428KLO Seal Chain Kit
2)RK 428 Front and Rear Sprocket
3)RK limited Edition Cubprix T-Shirt
4)RK Washable Face Mask
5)Alpinestars Reef Glove ( By : Alpinestars Malaysia )
6)Shoei Arm Sleeve ( By : Shoei Malaysia )
7)Gesel Heinz 10w40 Fully Synthetic Lubricant Oil ( By : Sinar Puncak Sdn Bhd )
Pada mulanya RKM telah membuat beberapa pesanan, tapi yang turon pergi hantar makanan kat dorang tu adalah Grab Car. Miss Target lah mula2 tuh. Dorang cuba buat pesanan lagi hinggalah pesanan mereka itu dihantar oleh Abang Delivery dengan motor. Yesss! Akhirnya target sudah mari. Cabaran kedua pulak adalah untok meyakinkan Raider2 Grab Food ni bahawa barang2 yang hendak diberikan itu adalah betol2 nak bagi free punya. Bukan nak prank atau nak main2kan perasaan Abang Delivery. Bayangkan, sikap sebenar Raider2 Delivery kita yang tidak mudah2 nak terima offer. Respek sama Raider2 semua!
Setelah betol2 diyakinkan bahawa ini memang RKM punya projek untok kurangkan beban serta menghargai jasa baik Raider2 Delivery, barulah dorang percaya dan menerima dengan hati gembira walaupon sebelom tu tersimpan sedikit rasa ragu2 kot2 kena Prank. Dan, sebelom memberikan barangan2 dan servis jentera dorang tu, RKM juga telah mengikoti SOP PKP yaitu menjaga jarak, test suhu badan penerima dan jugak cuci tangan dengan hand sanitizer.
Semoga aktiviti penoh kebaikan ini diteroskan dari masa ke semasa. Respek kepada semua yang terlibat!
#TerimaKasihDeliveryAbang #RKTakasagoChain #RKMalaysia #PaduRK
Comments
Loading…