in

RK-TAKASAGO CHAIN PILIHAN TERBAIK RAIDER MOTO GP

 

RK adalah satu jenama rantai motorsikal yang terkenal di dunia dan menjadi pembekal rantai motorsikal untuk kegunaan pasukan MotoGp 2019 termasuk Marq Marquez dan Jorge Lorenzo dan beberapa pelumba lain yang bertanding dalam Moto2 dan Moto3 seperti Vietti Celestino, Foggia Dennis yang berlumba untuk pasukan Sky Racing Team VR46 dan turut juga diguna oleh pasukan Sky Junior Team VR46 1.

RK-M Malaysia merupakan antara pengeluar rantai yang terbesar diMalaysia dan menjadi pembekal utama kepada motorsikal motorsikal seperti Honda dan Yamaha. RK-M mengeluarkan beberapa jenis rantai motorsikal mengikut keperluan pengguna seperti untuk kegunaan harian, kegunaan perlumbaan dan kegunaan tahan lasak dan jarak jauh (touring)

Pada perlumbaan MotoGp 2019 di Sepang, RK-M turut membuka sebuah booth pameran dan jualan barang-barang RK-M. Booth RK-M yang mempamerkan berbagai bagai jenis rantai seperti 0 Ring, X Ring, XW Ring, U Ring, RX Ring dan lain lain. Rantai rantai RK dan RK-M dikeluarkan oleh RK-M dikilangnya yang terletak di Seberang Jaya Pulau Pinang. Booth pameran RK-M mendapat sambutan hebat dari peminat-peminat MotoGp yang hadir menyaksikan perlumbaan MotoGp Sepang yang berlangsung selama 3 hari berturut-turut. Beberapa orang pelumba Moto3 dan Moto2 turut berkunjung ke booth RK-M untuk bertemu dan bergambar dengan peminat MotoGp tempatan.

Kejayaan Marq Marquez menjadi juara MotoGp 2019 turut menjadi kebanggaan dan menaikkan lagi nama RK Takasago Chain dikalangan peminat dunia permotoran kerana RK Takasago menjadi penaja rasmi rantai motorsikal yang digunakan oleh pelumba pasukan Repsol Honda dari Sepanyol itu.
Doakan Covid19 cepat tamat dan kita boleh sambung perjuangan dan minat kita dalam dunia permotoran semula. Amin…

#RKTakasagoChain_Malaysia

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

HEADQUARTER BARU CARDINALS RACING KINI DILANCARKAN!

KAPCAI GPX POPZ 110 AKHIRNYA MASOK MALAYSIA!