in

RIDE UKHUWAH ARC SEPANG KE CAMERON HIGHLAND

Pada 19 hingga 20 Oktober 2019, satu ride telah diadakan oleh ARC Sepang setelah lama menyepi kerana masin-masing sibuk dengan urusuan sendiri. Ride ini juga diadakan untuk menyatukan kembali ARC Sepang di mana ada ahli-ahli berada di luar kawasan sebelum ini. Taujihad adalah daripada Ketua Pemuda Pas Sepang dan konvoi di ketuai oleh Ketua ARC Sepang merangkap Pengarah ARC Selangor iaitu saudara Zaidi.

Seramai 24 orang rider telah bersama dalam ride ini. Ride bertolak dari Jejantas Sg Buluh melalui laluan Simpang Pulai. Penginapan di sana ialah di Marina Chalet di Kg. Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highland. Pelbagai aktiviti diadakan antaranya sessi suai kenal dan kuliah Maghrib oleh Unit Tarbiyah ARC Sepang. Kuliah subuh turut disampaikan oleh vokalis kumpulan Teja.

 

Hari terakhir diisi dengan persiapan pulang dan sessi bergambar kenang-kenangan. Perjalanan pulang pula melalui laluan Sg Koyan dan ride singgah ke Lemang To’Ki untuk menjamu selera sebelum pulang semula ke Sepang. Menurut ketua ride, Zaidi berkata, semoga aktiviti ride ini dapat diadakan selalu walaupun masing-masing sibuk kerana dengan adanya ride seumpama ini dapat mengukuhkan lagi ukhwah diantara ahli insya Allah.

‘Come Ride With Us’

What do you think?

Avatar

Written by Ghani Arafatz

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Suzuki Inazuma 750

TTS Queen Riders Malaysia Burger Warna Warni