in

RIDE SANTAI JABIL & WD RIDERS

Lepaskan Tenshen Bekerja Dengan Berkonvoi Oyeahhh!

Salam 2 roda kepada semua pembaca Majalah Kapcai. Pada 12 September 2020 yang lepas seramai 30 rider dari company Jabil dan WD Penang telah bergabung buat konvoi bermotor melehat keindahan alam maya.

Ride santai ini bertujuan untuk beramah mesra sesama rider yg terlibat. Ride ini bermula dari Penang-Sg Kelah-Cameron Highland dan balek semula ke Penang. Ride ini melibatkan semua jenis motorsikal dengan istilah lain tiada kroni janji 2 roda. Kata wakil dari group ini lagi iaitu saudara Alyf Bhai (takde kena mengena dengan Alif Satar mahupon kasot Aliph), ride ini jugak dilakukan bagi menghiburkan diri selepas penat bekerja, senang cite hilangkan stress la.

Alyf Bhai juga berkata dalam group ni juga ada yg berpangkat manager, supervisor, dokter, arkitek, loyer, ahli perniagaan import eksport, penulis syair, pelakon tambahan, bekas ketua Pengakap dan lain² tapi semua tu buang tepi oleh kerana luar tempat kerja kita semua adalah kawan dan mempunyai hobi yg sama !

Sepanjang perjalan alhamdulillah tiada sebarang masalah yg berlaku semuanya selamat pergi dan balik insyaAllah dilain hari mereka akan teruskan anjur ride macam ni lagi. Bagi Raida2 area utara yg nak join ride company macam mereka atau ride bukan company pun boleh, sila berhubung dengan saudara Alyf Bhai 017-4405384. Apa pun kepada rider diluar sana terima kasih kerana masih tetap setia support Majalah Kapcai yang sekarang ni menyambong perjuangan dalam media Online pulak.

Akhir kata dari mereka, ride tu ride jugak, keselamatan kena jaga jangan dok ride sampai abaikan keselamatan pengguna jalan raya yg lain. Ini dok selalu nampak ada grup2 lain (grup negara luar, kat Malaysia ni takdak lah camtu), dorang berkonvoi tu dah bagus dah, tapi boleh pulak buat aksi2 lucah melampau. Ada ka patot diaorang meniarap atas moto sambil buat macam Superman. Tak tengok ke video Superman terbang yang sempat dirakam baru2 nih? Tengah syok terbang, spendernya pelan pelan gelongsor dan akhirnya tercabot! Lucah tuuu! Bayangkan pulak geng2 Raida yang sedang Fly tu, mula2 seluar tercabut, pastu spender pulak ikot terFly. Bayangkan… Mujorlah kejadian Fly camtu hanya terjadi di Luar Negara. Alhamdulillah Raida2 kita di Malaysia semuanya Sopan Bin Santon. Nak keluar simpang pon tak bagi signal sebab taknak mengganggu penglihatan orang kat belakang. Alhamdulillah syukur kita tinggal di Malaysia nih…

Okay, pandu berhati² kerana ada orang tersayang menanti kita di rumah dan jom lihat gambar2 sekitar ride mereka hari tu Nohhh!

Rock N Ride!

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

PAKMAN TRUE RAIDA DALAM KENANGAN

WMOTO TAMPIL DENGAN JENTERA CRUISE 250 V TWIN!