in

RIDE AMAL RXZ GENERAL MALAYSIA

10 November 2019 (Ahad): RX-Z General Club Malaysia Negeri Perak telah membuat satu program sumbangan amal kepada mangsa kebakaran iaitu En Syed Ahmad Sadat Bin Syed Zamari .

En Syed dan isteri beliau mempunyai 4 orang cahaya mata. Menurut laporan pihak bomba kejadian ini berlaku akibat lintar pintas di dalam bilik kejadian ini berlaku ni Hulu Bercham,Ipoh.

RX-Z General Club Malaysia Negeri Perak telah berjaya membuat kutipan sebanyak RM 540.00 kepada en Syed . Wang ini telah diserahkan di tempat kejadian.

Dalam program ini pihak Persatuan Gerak Pantas Bota juga turut memberi sumbangan berupa kelengkapan dapur.

Warga RX-Z General Club Malaysia Negeri Perak dan Persatuan Gerak Pantas Bota harap dapat meringankan beban bagi En Syed sekeluarga…

15 Disember 2019: Rxz General Club Perak serta kerjasama Rxz General Club Penang dan Kedah telah menjayakan satu Program Ride Amal pada mangsa kemalangan.

Mangsa kemalangan iaitu Mohammad Hashimi b. Mohamad Juri Amnan yang terbabit kemalangan dipersimpangan lebuhraya di Bukit Merah,kemalangan ini melibatkan kereta myvi dan motosikal. Mangsa terlibat kemalangan ketika menyertai Event Bangsa Legasi Rxz di RTC Gopeng pada 23 November 2019 lalu.

Oleh itu, Admin Rxz General Club Perak telah membuat satu hebahan kutipan amal kepada mangsa kemalangan. Kutipan ini telah berjaya mengumpul sebanyak RM 300.00 hasil sumbangan dari rakan-rakan ahli dan sumbgan dari hebahan Facebook.

Tahniah buat saudara En Norhisyam selaku admin RGM Negeri Perak! Teros berbuat baik kerana berbuat baik adalah tuntutan agama. Amin…

 

What do you think?

Avatar

Written by Ghani Arafatz

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

CUB PRIX IMPIKAN LEBIH BANYAK LITAR LUMBA KEKAL

Karnival 2 Roda De UPM Bangi Bike Week 2019