in

REVIEW RINGKAS AVETA SVR180. INI BARANG MERECHIKKK!

Aveta SVR180 adalah sebuah super kapcai yang baru sahaja dibawa masuk ke Malaysia pada bulan Julai 2022. Motorsikal ini di jangka mampu bersaing bersama-sama jenama supermoped yang sedia ada di pasaran tempatan kerana rekabentuknya yang menarik, moden dan sporty, mampu menarik peminat motorsikal generasi muda yang baru mula berjinak dengan dunia permotoran atau golongan pertengahan umur yang mahukan penampilan bergaya dengan motorsikal kapcai yang moden dan “berkuasa tinggi”.

Dengan enjin bersesaran 174.5cc dan kuasa kuda maksima yang mampu menghambur sehingga 16.8hp, Aveta SVR180 mampu meluncurkan “pick up” dengan pantas dan juga bergerak pada kelajuan tinggi (top speed 145Kmj). Di samping pecutan yang mengagumkan, Aveta SVR180 juga mampu beraksi dengan baik tidak bergoyang atau membuai ketika mengambil selekoh di laluan yang berliku-liku. Dengan penggunaan tayar standard jenama FKR yang dibekalkan, penunggang Aveta SVR180 pasti akan merasa lebih yakin ketika mengambil selekoh. Sistem brek SVR juga agak baik walaupun ia tidak dibekalkan dengan brek sistem ABS. Sekali lagi tayar akan memainkan peranan untuk memastikan cengkaman pada permukaan jalan raya lebih cekap dan tepat untuk keselamatan penunggang. Ketika melakukan brek mengejut pada kelajuan sekitar 100kmj, motorsikal Aveta SVR 180 masih mampu mencengkam permukaan jalanraya dan berhenti dengan baik, tidak “membuang” ke kiri atau ke kanan dan tayar juga tidak mengelunsur. Kedudukan menunggang juga agak selesa dengan seat yang tidak terlalu keras atau membongkok ketika menunggang.

Paparan meter Aveta SVR180 dilengkapi dengan paparan meter digital LCD berlatar belakangkan warna hitam dan yang paling menariknya ialah kaedah “touch screen” digunakan untuk mengoperasi paparan meter Aveta SVR180. Antara paparan yang terdapat pada permukaan meter ialah kelajuan semasa, trip perjalanan, RPM, aras petrol, penunjuk gear, suhu enjin dan beberapa maklumat lain untuk memudahkan penunggang.

Muatan maksima tangki sehingga 6.6 liter pasti memuaskan hati pemilik Aveta SVR180 kerana dengan tangki yang besar bagi sebuah kapcai, penunggang tidak perlu lagi kerap berhenti untuk mengisi petrol jika menunggang untuk perjalanan jarak jauh.

Ciri-ciri di atas yang ada pada motorsikal Aveta SVR180 adalah antara penyumbang kepada pembeli untuk membuat pilihan sebelum membeli sebuah motorsikal baharu.
Motorsikal Aveta SVR180 sesuai untuk dimiliki oleh semua golongan terutamanya golongan muda dan pertengahan yang sentiasa mahukan perhatian, kepantasan dan mengejar masa di dalam keadaan dunia yang serba pantas dan moden hari ini.

Spesifikasi Aveta SVR180 2022:

*Jenis enjin satu silinder DOHC dengan penyejukan cecair, 4 lejang
*Kapasiti enjin 175 cc
*Gear 6 kelajuan
*Kuasa maksima16.8 HP @8.500 rpm dan tork maksima 15.5 Nm 8.500 rpm.
*Bore × Stroke: 62 × 57.8 mm
*Sistem suntikan bahan api elektronik (EFI)
*Panjang 1,940mm, lebar 690mm, tinggi 1,055m dan jarak roda 1,288mm.
*Muatan tangki 6.6 liter
*Suspensi hadapan teleskopik dan suspensi belakang monoshock
*Paparan meter digital LCD berwarna hitam dengan paparan spidometer, takometer, trip perjalanan, tanda aras petrol, penunjuk gear, suhu enjin dan beberapa maklumat lain.
*Lampu Led sepenuhnya
*Sistem brek cakera tunggal di hadapan dan belakang
*Rim aloi 17 inci dengan saiz tayar berukuran 90/80 di hadapan dan 120/70 di belakang
*Lampu nyalaan siang LED(DRL)
*Pemula enjin: Electric
*Soket USB pengecasan pantas.
*Berat bersih 125kg
*Jaminan kilang 2 tahun atau 20,000Km
*Warna: Merah, Biru & Cyan
*Harga: RM9,988.00

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

ROYAL ENFIELD MALAYSIA LANCARKAN SCRAM411

DUA SAHABAT SEKAMPONG MENJELAJAH BUMI THAILAND !