Pada 20hb September 2020, Secara rasminya D’Warong Zuha disenaraikan dalam Pit Stop Malaysia Local Route dengan kod J192 Tangkak. Lokasinya cukup strategik, hanya 2 kilometer dari Laluan keluar Tangkak E235, Lebuhraya Utara Selatan dan kedudukan Pitstop J192 ini berada di tengah-tengah Jalan Persekutuan 23 iaitu jalan utama yang menghubungkan Muar dan Segamat melalui kaki Gunung Ledang. Senang sangat lah nak sampai Pitstop ni Nohhh!
D’Warong Zuha sememangnya terkenal di kalangan penduduk tempatan dengan aneka masakan yang sedap. Menu utamanya sup kambing dan makanan-makanan tradisi johor seperti soto, Laksa Johor, Mee Bandung dan lain-lain lagi cukup membuatkan D’Warong Zuha terkenal dikalangan masyarakat sekitar Tangkak. Geng2 Cubprix kalau ada race di trek Tangkak, mesti mau singgah lah ini Pitstop.
Dalam satu majlis perasmian ringkas, Dato Sri Zuhairi Hj Ab Kadir dan isteri yang merupakan Penaung Daz Bikers Pahang dan Puan Maznah Muhamad dari Gabungan Kelab Bikers Wanita Malaysia telah dijemput bersama-sama merasmikan pelancaran J192 Tangkak.
Dengan tagline “PITSTOP Bikers Ngeteh” bukan sahaja mempertaruhkan makanan yang enak lagi sedap bahkan Puan Zuraiha selaku pengurus D’Warong Zuha sebaik mungkin telah menyediakan fasiliti yang terbaik untuk bikers yang singgah kesini. Terdapat kemudahan asas sperti tandas dan surau, tempat parking yang luas dan persekitaran yang selesa untuk semua yang berkunjung kesini, cuma dalam suasana Covid yang maseh berleluasa, sila jaga jarak dan pakailah penutop muka ok. Disamping itu J192 ini juga terletak betul-betul berhadapan Stesen Minyak Petronas Tangkak, ini menambahkan lagi betapa strategiknya lokasi pitstop ini. Kalau mengalami kesukaran nak baca GPS ataupon Maps, taip aja kat google Petronas Tangkak Johor, kompom jumpa lah Pitstop ni.
Untuk tempahan dan aktiviti berkumpulan D’Warung Zuha mengalu-alukan group-group bikers berkunjung kesini, boleh hubungi Puan Zuraiha jika ingin membuat tempahan dan juga jika terdapat sebarang pertanyaan melibatkan aktiviti di Daerah Tangkak dan sebagainya. Sila ke Fesbuk ini :
FB: https://www.facebook.com/zue.zuraiha.9
Teros Rock N Ride Nohhh!
Comments
Loading…