in

PERNIKAHAN TERLARANG KAWASAKI RR 150 DAN YAMAHA TZM 150

Kerana Cinta Trek Berapi Ku Racing Jua…

Kawasaki dan Yamaha adalah jenama yang berasal dari negara yang sama yaitu Jepun. Akira Takasaki, Tetsuo Kurata, Suneo, Maria Ozawa (chef terkenal) serta helmet Arai jugak berasal dari Jepun. Untok ke negara Jepun, kita terpaksa naik kapal terbang, dan akan mengambil masa selama kira2 8 jam penerbangan (Malaysia-Jepun). Tapi sekarang nih border tutop sebab Covid19, so ada duit banyak pon tak guna jugak kan. Tapi kalau takde duit, lagi lah tak guna. Pendek kata, ada duit semua boleh buat, takdak duit ikotlah saja peraturan dan undang2. Taatlah kepada Ulil Amri.
Amin…

Okay, jentera yang berwarna merah kuning hitam nih adalah satu bentok ekspresi modifikasi terulong tahap diploma seni halus fakulti art and design purwokerto. Tak tertahan menanggong perasaan, Azifull (Owner motor nih) telah menyarongkan kaver set Yamaha TZM 150 kat motor nih. Asalnya ni motor Kawasaki Double R 150, tapi disebabkan kreativiti meruap ruap didalam kepala, Azifull bikin satu perkahwinan terlarang lah antara kedua dua model kegemarannya tuh. Enjin dan frame/chasis adalah dari Kawasaki RR 150, bodi ataupon kaverset adalah daripada TZM.

Bahagian bontot pulak, disebabkan nak bagi nampak ala2 mtotGP, Azifull telah sarongkan ekor kastem (fiberglass), maka terserlah dan terhasillah sebuah jentera yang persis MotoGP kategori Moto 3.
Walaupon jentera ini dibikin penampilannya ala2 MotoGP style, tapi bahagian enjinnya maseh stendet tuning. Cuma untok kasi bunyi lebeh garing, dia pasang ekzos preng dari sebuah jenama Indon. Part2 lain buleh kata stendet aja. Tang brek depan dia pasang caliper 4 port dari jenama RCB manakala brek belakang maseh stendet.
Sedikit info tambahan pada jentera ni adalah, tayarnya dari jenama Zeneos Victuro bersaiz 100/70 untok depan, dan 110/70 untok belakang. Rantai dan spoket pulak disetting dengan size depan 14 dan belakang 42 (rantai 415).

Segala proses tune dan pembikinan dibuat di Cilik Motorsport, Rawang Selangor. Jentera nih dibikin sebegini bukanlah untok dibuat pegi ronda2 ataupon pegi konvoi mahupon pegi beli cincau di kedai Lim Tat. Ini adalah jentera untok kegunaan latehan di litar lumba. Menurot owner jentera ni, top speed di litar buleh dapat lah dalam 170km/j. Kos untok bikin jentera ni pulak (daripada mula hingga menjadi sebegini) dianggarkan kira2 RM 12K jugak. Buleh tahan jugak Nohhh!

Okay, untok sebarang pertanyaan lanjot bulehlah menghubongi Azifull ditalian 012 807 2418.

Rock N Ride Nohhh!

What do you think?

Avatar

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

AKIBAT BORDER TUTOP, JENAZAH MUSLIM NYARIS DIBAKAR!

IFTAR BERSAMA VS PROJECT SCOOTZ