Pertama kali dianjorkan adalah pada tahon lepas (2019) bertempat di perkarangan Stadium Utama Kangar. Dan kini ditahon 2020 OSBMX (Old School BMX) datang lagi untok kali ke 2 dan lokasi yang dipileh kali ini adalah perkarangan Hotel Brasmana Kuala Perlis Nohhh!
OSBMX adalah jenama baru untok event yang melibatkan jentera2 roda dua tidak ber enjin, berlokasi di negeri Perlis, dimonopoli oleh jentera BMX dan diikoti oleh jentera2 Tua dan Klasik yang sama waktu dengannya. Selain gerek/basikal BMX dan Basikal Tua, event ini jugak terbuka untok jentera2 motorsikal dan kereta yang lahir dizaman sebelom wujudnya muzik K Pop.
Walaupon event ini dianjorkan didalam kegelisahan, kebimbangan dan kewaspadaan tahap tertinggi terhadap Covid19, ianya tetap mendapat sambutan yang padu daripada peminat2nya. Pihak penganjor sendiri menjadi agak terharu bercampor terkejut dengan sambotan yang diberikan. Mereka menjadi sebak dan shahdu, dan lagu2 seperti Musafir Di Aidilfitri serta Pelangi Petang bermain2 di gegendang telinga mereka ketika itu. (Ini hanya tekaan saja, tapi rasanya macam betol heh!).
Tapak lokasi untok penganjoran kali ke-2 ini lebeh dramatik, lebeh kool dan mempunyai aura yang magis untok jiwa2 Sekolah Lama. Walaupon ianya didalam kawasan hotel, tapi sudot yang dipileh sebagai tapak acara ini amat tepat. Dengan pokok2 Jati yang menedohkan, dengan kawasan parking basikal yang kompak serta dekorasi2 ala perkhemahan di Hutan Amazon, lokasi ini pada pandangan Gua harus dikekalkan untok penganjuran dimasa depan.
Antara aktiviti2 menarik sepanjang satu hari acara tersebot diadakan adalah race Push Bike. Dengan SOP yang ketat, sambotan tetap padu terokkk! Push Bike Racing ini khas untok anak2 berumor seawal 3 tahon sehingga 7 tahon. Selain itu, terdapat beberapa pertandingan lain bagi kategori2 BMX dan Basikal Lama, dan acara paling kemuncak adalah sunset ride/kayohan senja sejauh 7KM secara berjemaah. Bayangkan betapa indahnya berkayoh beramai ramai di tepian pantai sambil menikmati suasana redup cahaya. Oh.. langit kirmizi yang shahdu, ohhh terima kaseh Tuhan.
Disebelah malamnya, ada sedikit persembahan muzik dan nyanyian daripada grup2 tempatan. Hadiah2 juga disampaikan kepada pemenang dimalam itu. Hadiah utama cabotan bertuah sebuah BMX klasik jenama Gomax telah dijulang oleh seorang brader yang hensem, dan kemenangannya itu telah meranapkan impian seorang rakan kami. Rakan kami itu telah membuat beberapa jampi mantera pada nombor cabotannya, diperasapkan dengan setanggi dari Lubnan dan ditanam kertas nombor itu didalam perot bumi selama 5 jam. Ketika keputosan diumomkan, dia hilang dari radar. Mungkin dia kecewa setelah usaha kerasnya berpedih mata tidak membuahkan hasil. Mari kita berikan satu tepokan semangat padanya, agar dia tidak putos asa untok mencuba lagi dimasa akan datang.
Acara ini tamat sekitar jam 12 tengah malam dan aktiviti berkhemah diteroskan hingga ke pagi esoknya. Kami yang turot serta dalam acara ini sedari awal pagi hingga tamat, telah melehat dan merasai sendiri kesunggohan dan dedikasi 11-15 krew2 event ini bertungkus lumus. Event yang memang kecik saja, tapi impaknya amat besar buat komuniti basikal lama. Event ini juga sangat padu sebab makanan sentiasa ada untok dijamah oleh pengunjong secara percuma! Memang ada pendaftaran yang merangkumi T shirt, goodies dan makan malam berharga RM75 @ 85 (kalau tak silap, kalau silap harap diampon), tapi itu cerita lain. Yang nak diceritakan ini adalah penyediaan makanan di sebuah trailer bergerak ditapak acara itu. Di trailer tu, menu sentiasa bertukar, Ada nasik lemak, lepas tu datang goreng pisang, datang apam balek, datang nasik kandaq. Belah malam pulak datang makanan2 ala western. Alhamdulillah kenyang!
Inilah event yang Gua paling suka, selain berkumpol tayang basikal, siap ada kenduri kecil kecilan lagi. Kepada organiser2 yang nak buat event, tiru lah stail ini. Kenduri ni tak perlu grand, bihun goreng mahupon bubor kacang pon dah ok dah. Janji kenduri Nohhh! Teringat event Pesta Raida Padang Keria, kenuri buboq kacang pon lincin! Alhamdulillah!
Tahniah kepada penganjor OSBMX, tahniah kepada peserta dan tahniah kepada tuan tanah Brasmana Hotel Kuala Perlis. Mari doakan agar Covid19 segera pergi jauh, jauh dari masharakat dunia, dan kita semua dapat bersama sama memeriahkan lagi acara ini ditahon depan.
Amin…
Nota: Gambar2 ada yang dari lensa kami sendiri, ada yang dari lensa FB Organiser. Harap Maklong Dan Paklong Pakngah dan Makngah Memahami.
Comments
Loading…