in

PELANCHARAN CFMOTO 450 SR 2022: INI BRAND SUDAH MASOK MOTOGP OYEAHHH!

CFMoto melalui KTNS HOLDINGS Sdn Bhd telah melancarkan jentera terbarunya iaitu CFMoto 450 SR di Putrajaya bersempena dengan kejohanan MotoGp 2022 di Sepang Selangor. CFMoto 450 SR adalah sportbike yang mula diperkenalkan pada bulan April 2022 di negara China dan dikeluarkan oleh syarikat ZHEJIANG CFMOTO POWER CO LTD .

Majlis pelancaran telah dihadiri dan di sempurnakan oleh pelumba Moto 3 yang mewakili pasukan CFMotor Racing iaitu Carlos Tatay dan Xavier Artigas yang berasal dari Sepanyol. Turut hadir dalam majlis pelancaran CFMotor 450 SR ialah Mr Hudson Liu dari ZHEJIANG CFMOTO POWER CO LTD China dan Alan Lee selaku General Manager KTNS HOLDINS SDN BHD, pengedar CFMOTO, CFMOTO Racing Fan Club dan wakil media tempatan.

CFMOTO 450 SR adalah motosikal berkonsepkan sportbike dalam kategori “Lightweight” dengan memiliki berat 168 kilogram. Motorsikal ini amat sesuai bagi peminat permotoran yang baru mula berjinak dengan sportbike dan yang ingin mencari sportbike yang berkuasa tinggi, ranggi, sporty dan mampu milik. CFMOTO 450 SR sesuai digunakan di mana sahaja samada di dalam bandar, jalanraya biasa atau untuk perlumbaan.

Untuk memastikan kualiti dan ketahanan CFMOTO berada di tahap terbaik, lebih 200 ujian simulasi aerodinamik dengan 30 jam di terowong angin telah dilakukan dan CFMOTO 450SR juga sudah menjalani lebih 4,500 jam ujian tahan lasak enjin dan tiada menghadapi sebarang masalah.

Ia adalah model pertama yang menggunakan pam air dalaman serta penapis udara mudah cabut, sekali gus menjadikan CFMOTO mudah untuk di selenggarakan.
Dengan reka bentuk yang menarik, berkuasa tinggi dan harga yang berdaya saing, CFMOTO 450 SR di jangka mampu bersaing dan berada di kalangan kelompok utama dalam kategori sportbike yang seangkatan dengannya.

Penyertaan CFMOTO dalam persaingan perlumbaan moto 3 yang berprestij dan mencabar juga di jangka mampu menyakinkan dan menarik minat peminat permotoran untuk memiliki sebuah CFMOTO 450 SR di masa akan datang. Pada perlumbaan di Moto 3 di Sepang, Xavier Artigas pelumba muda yang baru berusia 19 yang mewakili pasukan CFMOTO Racing Prustel GP telah berjaya menduduki tangga ke 11 daripada 31 pelumba yang mengambil bahagian manakala seorang lagi pelumba yang mewakili pasukan CFMOTO Racing Prustel GP iaitu Carlos Tatay yang juga berusia 19 tahun gagal menamatkan perlumbaan.

Menurut kata General Manager KTNS HOLDINDS SDN BHD Mr Alan Lee, CFMOTO 450 SR akan mula berada di pasaran Malaysia pada bulan Mac 2023 dan harga yang di tawarkan ialah RM29,300.00 (Tanpa insuran dan cukai jalan).

CFMOTO 450 SR di jana enjin 400 cc dua silinder berkembar mampu menyalurkan 50.5hp dengan tork setinggi 39Nm. Dengan kelajuan yang di katakan mampu mencecah sehingga 200km/j dan dengan pecutan sepantas 4.8 saat untuk 0 -100km/j, CFMOTO adalah pilihan yang tepat dan sangat sesuai untuk golongan muda mahu pun golongan pertengahan umur yang aktif dan berjiwa kelajuan. Untuk memastikan kelancaran penukaran gear, CFMOTO 450 SR dilengkapi dengan klac jenis ‘Slipper FCC’ seperti yang digunakan oleh motorsikal untuk perlumbaan. Untuk kepentingan keselamatan penunggang ketika melakukan brek mengejut atau biasa, CFMOTO dilengkapi dengan brek jenama Brembo yang dilengkapi sistem ABS daripada Bosch.

CFMOTO 450SR adalah model pertama yang menggunakan penapis udara mudah cabut, sekali gus memudahkan untuk melakukan kerja penyelenggaraan.

Suspensi hadapan dan belakang berorientasikan sport untuk memberi kestabilan dan untuk kawalan ketika menunggang yang lebih baik. Suspensi belakang disambungkan oleh struktur berbilang pautan, yang biasa digunakan untuk motosikal superbike untuk mengekalkan kestabilan motorsikal ketika dalam penunggangan yang mencabar.

Di samping enjin yang berkuasa, ciri-ciri yang menarik yang ada pada CFMOTO 450 SR seperti rekaan yang sporty, ranggi, kompak, dan harga yang mampu milik, CFMOTO di jangka akan mendapat sambutan di kalangan peminat permotoran tempatan.

Spesifikasi CFMOTO 450SR 2022:

*Enjin: 450cc DOHC, 2 silinder, 4 lejang dengan penyejukan cecair.
*Kuasa: 50Hp @9500rpm dan Tork39Nm @7600rpm
* Paparan meter TFT 5 inci digital
*Brek: Brembo ABS 2 piston
*Suspensi Depan: Up Side Down (USD)
*Suspensi belakang: Monoshock boleh laras
*Panjang: 1990 mm
Lebar: 735 mm
*Tinggi: 1130 mm
*Tinggi tempat duduk 795mm
*Berat: 168kg
*Muatan tangk: 14L
*Top speed 200 km/h
*Harga: RM29300.00
*Warna: Hitam Cahaya Bintang, Hitam Zirkon

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

NATIONAL E.T CHAMPIONSHIP Rd.6 & B.O.T.K 2022: PEPERANGAN MAHADAHSYAT KESATRIA DIJALAN LUROS ASEAN!

EMOS TAWAR KHIDMAT BANTUAN TUNDA UNTUK MODEL KAWASAKI