in

Pelancaran Pasukan Yamaha Tekhne Racing Team

Hong Leong Yamaha telah melancarkan pasukan perlumbaannya sendiri baru2 ini. Pelancaran dan perasmian pasukan dilangsungkan di Litar Lumba Antarabangsa CHANG yang terletak di Buriram Thailand bersempena dengan berlangsungnya pembukaan perlumbaan Idemitsu FIM Asia Road Racing Championship 2024 pusingan pertama yang berlangsung dari 16 Mac sehingga 18 Mac 2024. Pasukan Yamaha Tekhne Racing Team telah mengambil bahagian dalam dua kategori perlumbaan iaitu SS 600 dan ASB 1000.

Bagi setiap kategori Pasukan Yamaha Tekhne Racing Team akan diwakili oleh dua pelumba. Bagi acara ASB 1000, pelumba dari Malaysia iaitu Kasma Daniel Kasmayudin, 24 tahun dan pelumba dari Jepun Soichiro Minamimot juga berusia 24 tahun diberi tanggung jawab untuk membawa cabaran pasukan Yamaha Tekhne Racing Team. Kedua-dua pelumba ini pernah beraksi dalam kategori SS 600 pada tahun lepas.

Dalam ucapan ringkas perasmian dan pelancaran pasukan baharu ini, Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries (HLI), Prof. Datuk Dr Jim Khor Mun We telah meluahkan keyakinannya, pasukan Yamaha Tekhne Racing Team mampu menguasai perlumbaan Asian Road Racing Championship dalam masa terdekat dan berharap akan menyertai perlumbaan MotoGp satu hari nanti. Keyakinan dan harapan Datuk Dr Jim berdasarkan kepada kehadiran jurutera perlumbaan dan pelumba-pelumba berpengalaman yang mewakili pasukan Yamaha Tekhne Racing Team.

Empat pelumba dari 4 negara berbeza yang akan membawa cabaran pasukan Yamaha Tekhne Racing Team dalam perlumbaan Imeditsu FIM Asia Road Racing Championship 2024 (ARRC) ini ialah Kasma Daniel Kasmayudin dari Malaysia dan Soichiro Minamimot dari Jepun bagi kategori ASB 1000 yang akan menunggang jentera Yamaha YZF-R1M, manakala Apiwat Wongthananon dari negara Thailand dan Mckinley Kyle Paz dari Filipina yang bersaing dalam kategori SS 600 akan menunggang Yamaha YZF-R6.

Turut hadir pada pelancaran pasukan perlumbaan Yamaha Tekhne Racing Team ialah En. Chong Chee Kong (CK) General Manager, Automotive (Tekhne Sdn Bhd) dan Ms Wang Suk Man, Senior Manager, Marketing (Tekhne Sdn Bhd).

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DI ANTARA AVETA MALAYSIA DENGAN ERAGENE ICT.

INDIANOIL, RAKAN BAHAN BAKAR RASMI UNTUK ARRC