Walaupun baru ditubuh dan dilancarkan, pasukan Yamaha Tekhne Racing Team telah berjaya membuktikan kemampuan mereka dengan menampilkan persembahan yang mantap dan menakjubkan sehingga mampu meraih kemenangan yang membanggakan dalam kategori SS600.
Pelumba utama pasukan pasukan Yamaha Tekhne Racing Team SS600, Apiwath Wongthananon yang juga merupakan pelumba tempatan (Thailand) berjaya muncul sebagai juara bagi kategori SS600 bagi pusingan pertama Idemitsu FIM Asia Road Racing Championship di Litar Chang Buriram. Manakala rakan sepasukan Apiwath Wongthananon iaitu Mckinley Kyle dar Filipina juga berjaya menaiki podium dengan kejayaan meraih tempat ketiga di belakang pelumba pasukan ASTRA HONDA RACING TEAM, Mohammad Adenanta Putra.
Apiwath Wongthananon mendahului pelumba lain dari permulaan pelumbaan sehingga ke akhir perlumbaan dan berjaya melepasi garisan penamat sebagai juara dengan catatan masa 8’21:918s diikuti oleh Mohammad Adenanta Putra di tempat kedua dengan 8’22:053s.
Saingan Supersports 600cc dalam Perlumbaan 2 menyaksikan persaingan sengit antara beberapa pelumba seperti pelumba dari pasukan YAMAHA TEKHNE Racing Team Apiwath Wongthananon dan Mckinley Kyle, Azroy Hakeem dari pasukan Boon Siew Honda Racing Team dan Mohammad Adenanta Putra dari pasukan ASTRA HONDA RACING TEAM.
Dalam perlumbaan akhir kategori ASB 1000, kedua-dua pelumba pasukan Yamaha Tekhne Racing Team berjaya menamatkan perlumbaan dan berada dalam 10 kelompok teratas perlumbaan. Soichiro Minamimoto berada pada kedudukan ketujuh dengan catatan masa 21’00:198s dan Kasma Daniel Kasmayudin berada di kedudukan kesepuluh dengan mencatatkan masa 21’10:974s.
Perlumbaan ASB 1000 dimenangi oleh pelumba dari pasukan Honda Asia-Dream Racing iaitu Andi Farid Izdihar, tempat kedua Hafizh Syahrin Abdullah dari pasukan JDT Racing, dan tempat ketiga dimenangi oleh Nakarin Atiratphuvapat dari pasukan Honda Asia-Dream Racing.
Comments
Loading…