Salam 2 Roda!
Okay kepada semua pencinta 2 roda kali ni nak cerita sikit pasal pasangan 2 sejoli “Amin dan Eida” dari sebelum kahwin sampai la dah kahwin dan kini memiliki 3 orang cahaya mata. Tapi minat pada motor tak pernah pudar dalam diri mereka berdua ni oyeahhh!
Kali ni kita layan sikit stori dua sejoli nih. Baru2 ni mereka berdua join ride santai dari Penang ke Taiping Perak untuk menikmati keindahan ciptaan Tuhan dan mencuba makanan menarik sekitar bandar Taiping dengan menaiki seorang sebiji skuter jenis Suzuki VS125 yang amat lejen. Satu berwarna biru dan satu warna merah. Kata pasangan ini lagi ride santai ini juga telah menggamit kenangan zaman bercinta zaman main skuter dan autoshow/scoot comp dulu2. (Yang beranak tahon 2005 keatas sila jangan menyampok, ini cerita otai2 aja nih keh keh!).
Mereka juga harap pasangan diluar sana dapat ride dengan pasangan masing-masing untuk mengeratkan lagi kasih sayang sesama sendiri. Siapa kata perempuan tak mampu ride motor seorang? Perempuan pun mampu tau heh! Jom kita layan gambar pasangan ini akhir kata dari kami kepada semua rider-rider diluar sana safe ride kita jaga kita teruskan support majalah KAPCAI versi Online ni demi dunia 2 roda Nohhh!
Sebarang pertanyaan atau nak borak pasai skuter VS125 boleh email kepada amindahlia86@gmail.com
#VsSuzuki
#VsProjectScootz
#AkeyraGarage
Comments
Loading…