in

PAKMAN TRUE RAIDA DALAM KENANGAN

Seorang Tradisionalis Dan Pemberani!

“Satu hari tu, Pakman ternampak Majalah Kapcai di satu kedai, nampak gambar cover depan macam menarek, Pakman pon beli lah. Bila baca, Pakman rasa macam seronok pulak sebab penulis/editor Majalah Kapcai ni dok guna tulisan stail zaman dulu2”. Itulah lebeh kurang tulisan dari Pakman untok perkenalan kami kira2 dua/tiga tahon nan silam.

Semenjak menerima mesej @ email (Gua dah lupa samada teks dari mesej henfon ataupon dari email), Pakman akan update stori dia pegi ride. Ada secara solo, ada jugak secara berdua dengan isterinya yang tercinta. Stori2 ride dia tu memang disiarkan dalam Majalah Kapcai tapi Gua dah lupa isu atau bilangan yang mana satu. Maklomlah banyak makan semot Gua nih. Tapi memang banyak kali jugaklah Pakman hantar stori kat Majalah Kapcai.

Walaupon perkenalan kami hanya di alam maya, melalui email dan jugak mesej di henfon/wassap, dan kadang2 melalui perbualan di telepon, Pakman bagi Gua seorang yang sangat enthusiast/gila kepada aktiviti ride menjelajah dunia. Mungkin dimasa muda dia terlalu banyak tumpu pada kerjaya, bila dah berumor 60an, baru dia ada masa untok lakukan benda yang dia minat. Dalam umor 60an, dia berjaya Ride solo/berdua dengan Isterinya ke beberapa tempat menarek, dan dia pernah melepasi border menuju Hadyai. Ini pencapaian yang amat hebat bagi seorang tua yang tidak join dengan mana2 geng motor, bergerak sendiri tapi mempunyai keberanian yang luarbiasa.

Dalam banyak2 peristiwa perkenalan Gua dengan Pakman, ada satu peristiwa yang benar2 buatkan Gua jadi terharu dengan Pakman. Satu hari, Gua sedang drive dari Perlis menuju ke Shah Alam. Kalau tak silap masa tu Gua kat area Tapah, dan henpon Gua berbunyi. Mak Gua kol dan dia bagitau kat rumah di kampong (Perlis) kira2 setengah jam tadi ada tetamu datang. Gua tanya sapa? Mak Gua kata nama orang tu Pakman, datang berdua dengan Bini dia naik motor EX5 dari Penang. Ya Allah! Terkejot kambing Gua masa tu. Gua tak terpikir langsong yang Pakman buleh plan nak buat surprise macam tu. Gua dengan dia tak pernah jumpa, cuma dalam perbualan di telepon sebelom2 tu, Gua ada bagitau yang Gua asal Perlis, dan nama kampong Gua adalah Kampong Padang Keria.

Macamana dia boleh cari rumah Gua di kampong (sedangkan Gua tak pernah bagi adress mahupon send location), itu memang Gua salut habes lah kat Pakman. Dia telah membuktikan bahawa dia seorang tradisionalis yang sebenar. Tradisionalis takkan bergantong harap pada peta mahupon GPS, Tradisionalis hanya menggunakan naluri serta semangat kemasharakatan. Semangat kemasharakatan itu adalah, berhenti dan bertanya pada pendudok setempat. Secara lojiknya, kalau dah tau nama kampong, memang mudahlah nak cari rumah seseorang itu. Inilah praktis turon temuron semenjak dari zaman Zeus lagi.

Dalam peristiwa dihari bersejarah itu, Pakman ride ke Perlis dengan bininya untok pekena laksa di Kuala Perlis. Dalam perjalanan, Pakman singgah di rumah Gua. Gua pulak, sebelom hari tu (kira2 dua minggu sebelom tu) ada di kampong, dan hari tu kena balek semula ke Shah Alam untok sambong kerja2 Majalah Kapcai. Memang betol lah orang cakap, kalau takda rezeki tu, buat lah camna pon memang takkan ada. Dan setelah Gua letak telepon dari Mak Gua tu, Gua tersenyom aja lah mengenang surprise dari Pakman tuh. Dalam hati Gua masa tu, Gua berazam untok balas balek surprise kat Pakman disuatu hari nanti. Oh ya, stori Pakman terjah rumah Gua di kampong tu pon ada dalam Majalah Kapcai (sori Gua lupa lagi keluarannya yang keberapa keh keh).

Hari berganti hari, dengan kesibokan kerja2 di Majalah Kapcai dan jugak benda2 lain, Gua jadi lupa dengan azam Gua untok nak bikin surprise (terjah) rumah Pakman. Pada suatu hari tu, entah dah berapa bulan selepas peristiwa terjah tu, Gua dapat satu kol dari seseorang, dia itu adalah isteri Pakman. Katanya Pakman kat Hospital, kena tahan wad sebab sakit pinggang. Doktor saspek ada problem dengan buah pinggang dia. Bini dia kata, Pakman nak cakap2 dengan Ghani sat. Gua pon on aja la sembang dengan dengan Pakman dalam telepon. Dia bagitau dia sakit pinggang, sakit sangat secara tiba2 aja. Gua mampu bagi kata2 semangat aja lah, dan kami sembang2 macam biasa.

Selang beberapa hari lepas tu, Bini Pakman kol Gua lagi. Kali ni suaranya macam sebak menahan tangisan. Dia kata, “Ghani..Pakman dah takdak…”.
Aduhai… Gua terdiam seketika. Sepantas kilat terlintas di pikiran Gua masa tu perihal nak terjah balek Pakman di rumahnya. Innalillah.. Perlahan saja Gua sebot ayat tuh. Letak telepon dan Gua mula terkenang babak2 sebelom nih. Babak Pakman kontek Gua bagitau dia minat ride motor, dia minat stail penulisan Majalah Kapcai dan paling menyentoh rasa adalah babak dia terjah rumah Gua di Kampong. Sesunggohnya dihari itu,(hampir 3 tahon yang lepas) Pakman True Raida sudah pergi menemui Ilahi. Dia pergi dengan jiwa sebagai seorang Tradisionalis sejati, dan dengan jiwa Raida yang sejati. Pakman tiada galang ganti, namanya teros terpahat didalam Majalah Kapcai dan akan menjadi lagenda buat kita semua.

Buat Allahyarham Pakman, dengan genangan ayer mata dan doa, Gua mewakili Majalah Kapcai dan seluroh True Raida didunia ini menguchapkan selamat jalan, semoga Roh Pakman dicucuri rahmat dari yang Maha Esa.
Al Fatihah.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

EGO AVANTIZ KEPALA X1R!

RIDE SANTAI JABIL & WD RIDERS