in

Ni Hsin Group Lancar 2 Motosikal Elektrik Berkuasa Tinggi Bersama Jorge Lorenzo!

Ni Hsin Group Bhd menerusi Ni Hsin EV Tech Sdn Bhd baru2 ini melancarkan 2 buah motosikal elektrik berkuasa tinggi, TC Max dan CPx Pro.

Motosikal yang dikeluarkan Nanjing Vmoto Manufacturing Co Ltd (VMOTO) dipasang oleh EV Tech di Malaysia merupakan pembekal global terkemuka bagi kenderaan dua roda elektrik yang menawarkan reka bentuk Eropah dengan teknologi berkualiti dan berprestasi tinggi.

TC Max yang mampan adalah model kafe moden e-motor yang pantas dan menyeronokkan yang mampu menghiburkan di laluan bandar dengan pengendalian dan pecutannya yang cemerlang. CPX Pro pula didatangkan dengan motor berkuasa 8kw dan mampu mencapai kelajuan 105 km/j.

TC Mac dan CPX Pro boleh diubah suai mengikut keperluan dan cita rasa pembeli, antaranya memasang aksesori seperti pannier, siren, sistem radio, sangat sesuai untuk kegunaan pasukan polis, tentera, pasukan penguatkuasa Majlis Perbandaran Tempatan(PBT) atau pasukan kawalan keselamatan swasta.

Pelancaran TC Mac dan CPX Pro yang dilakukan diperkarangan pusat membeli belah terkemuka, Star Hill, Kuala Lumpur merupakan satu usaha sama yang tepat antara Vmoto yang berpusat Perth, Australia dan Ebixon di Kuala Lumpur.

Penampilan pelumba lagenda dan juara dunia 3 kali Motogp Jorge Lorenzo yang dilantik sebagai duta rasmi Vmoto, dijangka mempu meningkatkan populariti dan jualan motorsikal Vmoto diseluruh dunia. Kehadiran Lorenzo turut mendapat perhatian daripada peminat peminat setia beliau yang datang dari seluruh Malaysia. Ramai peminat mengambil peluang untuk meminta tandatangan, bergambar dan berswafoto bersama Jorge Lorenzo, pelumba yang berasal dari Sepanyol yang telah mengumumkan persaraan daripada perlumbaan Motogp pada penghujung tahun 2019. Lorenzo turut memberi sokongan kuat kepada penggunaan motorsikal elektrik di seluruh dunia.

Pada majlis pelancaran tersebut, Vmoto turut membuat penyerahan motosikal kepada pembeli awal Vmotor melalui Jorge Lorenzo yang kemudiannya telah meraikan pemilik pemilik baharu Vmotor dengan makan tengah hari bersama mereka di restoran Black Bixon di jalan Inai Kuala Lumpur.

Pameran model baharu Vmoto di perkarangan Star Jill diteruskan selama dua hari dengan beberapa acara menarik turut diadakan seperti memutar roda untuk memenangi kopi Blackbixon atau Croissant atau baju T dari VMoto. Pengunjung juga boleh membuat tempahan untuk membeli motorsikal TC Mac dan CPX Pro pada kedua dua hari tersebut

En. Khd Chee Kong, Pengarah Urusan NH EV Tech, berkata: “Kami teruja untuk bekerjasama dengan Vmoto untuk membawa produk elektrik tercanggih mereka ke Malaysia. Komitmen Vmoto terhadap kualiti, prestasi dan teknologi sejajar dengan matlamat dan aspirasi kami, kami berharap untuk merevolusikan penggunaan motorsikal elektrik dan menyumbang kepada masa depan yang lebih hijau dan lestari,”.

“Dalam konteks mobiliti mampan, Ni Hsin akan meneruskan usaha dalam menggalakkan penggunaan besar-besaran pengangkutan sifar pelepasan gas di seluruh dunia. Kami sangat teruja untuk memperkenalkan kenderaan elektrik Vmoto ke pasaran Malaysia dengan kerjasama NH EV Tech.
Misi kami adalah untuk menyediakan penyelesaian mobiliti berprestasi tinggi mesra alam yang meningkatkan kehidupan orang ramai dalam persekitaran bandar dengan sokongan NH EV Tech, kami yakin Vmoto akan mendapat sambutan baik daripada rakyat Malaysia,” kata Charles Chen, Pengarah Urusan Vmoto.

NH EV Tech mempunyai rangkaian jualan dan pemasaran komprehensif di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak. Model perniagaan NH EV Tech termasuk jualan secara langsung, sewaan dan pasaran B2B, B2G dan B2C. NH EV Tech bermatlamat untuk memanfaatkan rangkaian dan kepakarannya yang luas dalam pasaran di Malaysia untuk menyokong penggunaan kenderaan elektrik Vmoto.

Harga asas yang disyorkan untuk kedua dua model tersebut adalah seperti berikut:

Vmoto CPX – RM25,900.00
Diskaun RM1000.00
Percuma helmet, baju hujan dan sehelai t shirt.

Vmoto TC Mac – RM 19,900.00
Diskaun RM 1000.00
Percuma helmet, baju hujan dan sehelai t shirt.

* Rebat daripada kerajaan RM2,400.00 kepada pembeli yang berpendapatan tidak melebihi RM10,000.00 sebulan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Alvin Gan- Tel: +60 11-1096 8938 email: wxo.gc@olbsio.co
atau Raja Shahrul HP: +6012 2115308 e-mail: plashahrul@skixon.com

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

KTM SAMBOT ‘ENIVERSARI’ DENGAN PELANCARAN 4 MODEL SEKALIGUS, HARGA SEHINGGA RM151K Joyyeahhh!

DENGAN PERMULAAN HARGA RM4,988, AVETA MALAYSIA MEMPERKENALKAN RANGER CUB CROSS 115 TERBARU JOYYEAHHH!