Baru sahaja selesai round 5 di Ipoh tempoh hari, semboyan untuk beraksi semula agak pantas, iaitu kurang dari satu bulan. Pusingan ini dipercepatkan kerana ia akan di adakan serentak dengan Battle of The King Grand Finale 2022 (BOTK2022).
Baru sahaja selesai round 5 di Ipoh tempoh hari, semboyan untuk beraksi semula agak pantas, iaitu kurang dari satu bulan. Pusingan ini dipercepatkan kerana ia akan di adakan serentak dengan Battle of The King Grand Finale 2022 (BOTK2022).
BOTK2022 menyaksikan kehadiran jentera-jentera PaduiThorpedo dari Thailand, Vietnam, Philipina dan Indonesia yang turut bersama-sama bertanding sebagai pasukan jemputan di saingan Kejuaraan ET Kebangsaan Malaysia (Round 6). Manakala pasukan-pasukan Malaysia terpaksa memberi dua komitmen iaitu bersaing untuk carta ET Kebangsaan dan dalam masa yang sama berentap bersama dengan pasukan-pasukan jemputan anatabangsa di pentas BOTK2022.
Pasukan drag terkenal Thailand, yang diketuai Bom Rangsit membawa bersama mereka pro rider terkenal dari Kejuaraan NGO Racing Thailand, Art Meklong. Bom Rangsit sahaja telah mendaftar sebanyak 4 buah jentera untuk bersaing dalam kelas Pro Drag 4T (Super Open).
Team kedua dari Thailand yang tidak kurang hebatnya dalam dunia dua lejang (2T), HBK K-28, yang diketuai oleh Heap Bung Yai dan pro rider Pet Chatchai mendaftar dalam kelas Pro Drag 2T (Super Open) dengan jentera Kawasaki KR150 yang akan menentang jentera-jentara dua lejang Malaysia.
Kelas 4T super open ini juga mendapat penyertaan dari negara Indonesia. Pasukan drag dari Solo, Jawa tengah, Tridharma Abakura Racing Team, telah menerbangkan dua buah jentera MX King (Yamaha Y15) dan dibarisi dua pro rider yang tidak kurang juga hebatnya, Wildan Kecil dan Ivan Bangun.
Team Red Leo dari Vietnam dan satu lagi pasukan gabungan Malaysia dan Filipina iaitu KC Tuned X DRP Pilipinas turut berlumba dalam kelas Real Street 4T 65MM. Masing-masing menurunkan jentera Yamaha Y15.
Litar Terengganu agak berbeza dari Ipoh, walaupun litar ini adalah litar sebenar untuk drag racing tetapi lokasinya hanya 3km dari pantai Laut Cina Selatan. Tiupan arah angin agak tidak menentu dan tinjauan dari weather.com, bacaan kekuatan angin antara 17-19km/h pada hari pertama dan naik lagi 19-20km/h pada hari kedua sedikit sebanyak memberi kesan kepada ET yang akan dibuat. Tetapi pihak penganjur BOTK2022 telah mengambil inisiatif dengan membuat proses prep pada litar ini. Prep Superburn dibawa khas dari Bangkok untuk menyalut litar drag Terengganu ini.
RS1 YAMAHA 125Z REAL STREET (58MM / RON97)
Empat belas buah jentera telah mendaftar dalam kelas RS1 ini. Rekod ET kebangsaan ET 7.977sec oleh Furios Once GMC Suzuka Racing team (Kecik Super) yang dibuat semasa round 5 (Ipoh) masih kekal. Mungkin faktor angin sedikit sebanyak mempengaruhi catatan masa jentera jenis real street kerana tiada pasukan yang mampu membuat catatan bawah 8sec pada hari tersebut.
Walaubagaimanapun kedudukan round 6 masih di dahului oleh Furious Once GMC Motor Suzuka Racing, Kecik Super dengan ET 8.003sec di ikuti Meran Motor WS Dyno Speed SCK Racing ET 8.011sec oleh King Kasha dan ET 8.032sec oleh Am Ulala.
Sebuah lagi jentera yang mencucuk rapat di tempat keeempat dengan ET 8.067sec dari Meor Autowork X SGA Suzuka Racing (Pokcik). Selebihnya 10 lagi jentera dalam kelas RS1 ini hanya mampu membuat ET 8.1sec sahaja.
RS2 – 4T BELOW 160CC REAL STREET (57MM / RON97)
Kedudukan ESR Motor (Eman Chek) sebagai pemegang rekod ET kebangsaan ET 7.377sec yang dicipta di round 2 (Pekan) masih kekal, dan dua buah jentera hijau ESR Motor masih mendahului catatan ET terbaik dan rekod mereka ternyata jauh meninggalkan ET pasukan lain. Kedua-dua buah jentera ESR Motor yang dikendalikan Eman Chek membuat catatan terbaik ET 7.392sec dan ET 7.399sec ketika di ET4.
Tempat ketiga, pasukan yang tampil buat pertama kali sempena BOTK2022, BRP Machine dari Keningau, Sabah yang menggunakan khidmat pro rider Hattem berjaya memperoleh ET 7.526sec. Agak memberangsangkan kerana Jentera daripada Sabah ini berjaya memintas nama-nama besar seperti Chia Racing Project, Cikgu Racing Project dan Mon Racing Project.
Ketika round 5 di Ipoh lepas, Hattem juga berada di kedudukan ketiga membuat ET 7.542sec, bersama Pasukan Qayyum Motor dari Pulau Pinang dan round 6 ini Hattem bersama BRP Machine.
RS3 – 4T BELOW 160CC REAL STREET (65MM / RON97)
Kelas RS3 mencatat penyertaan paling tinggi sempena BOTK2022 ini, 54 jentera telah mengambil bahagian. Pihak penganjur telah menaikkan hadiah wang tunai menjadi RM5K dan tawaran lagi RM2K bagi yang memecah rekod kebangsaan. Dalam kelas ini juga terdapat penyertaan antarabangsa iaitu dari KC Tuned X IDR Filipinas dan RedLeo Vietnam.
Kami dapati ketika kelas ini berlangsung, walaupun starting area padat dengan perserta tetapi suasananya agak dingin. Tumpuan penonton dan media diberikan kepada pasukan luar negara dan juga dalam masa yang sama jelingan tajam kepda kehadiran dua jentera hijau puaka dari utara iaitu dari ESR Motor yang merupakan pemegang rekod ET kebangsaan yang baru sahaja mereka memperbaharuinya di Ipoh dengan ET 6.809sec.
Dari sisi lain, apabila terdapat penyertaan antarabangsa, harapan tinggi diletakkan hanya kepada ESR Motor untuk mempertahankan rekod ET kebangsaan atau memecah sekali lagi rekod dalam kelas ini atas nama Malaysia.
Terdapat juga sebuah jentera Honda RSX dari AT Motor Perlis dan dua buah Yamaha LC135 dari Wiretech, Kedah dan MA Perfomace dari Terengganu yang memberi cabaran terhadap kesemua lima puluh satu buah jentera Yamaha Y15 dan Y16 dalam round ini.
Berlaku saingan sengit ketika ET3. Sheng Eik Motor dan ESR Motor yang kedua-duanya dari Perlis memperoleh catatan masa yang sama ET 6.890sec di kedudukan tertinggi sementara KC Tuned Taikom Racing Jond DID dengan ET 6.894sec di kedudukan ketiga.
Tetapi di ET4, KC Tuned Taikom Racing Jond DID membuat henjutan terakhir dengan ET 6.885sec, sekaligus menjadi juara round 6 dan ESR Motor dan Sheng Eik Motor kekal dengan rekod ET3. ESR dan Shen Eik bersetuju melakukan rematch untuk penentuan kedudukan dua dan tiga dan telah dimenangi oleh ESR Motor di tempat kedua dan Sheng Eik di tempa ketiga.
Sementara jentera kedua ESR Motor hanya di tempat keeempat ET 6.892sec dan Arm Motor Work dari Perlis juga berjaya dengan ET 6.896sec menempatkannya di kedudukan kelima.
Selain Top 5 yang dinyatakan, jentera-jentera lain hanya berjaya membuat ET dibawah 6.9 sec, termasuklah KC Tuned X IDR Filipinas di tempat keenam. Manakala pasukan dari Ho Chin Minh, RedLeo tidak menunjukkan persembahan yang cemerlang kerana hanya mampu membuat catatan ET 7.000sec di kedudukan ke lima belas.
Tumpuan juga diberikan kepada sebuah jentera tunggal Honda RSX dari AT Motor Perlis yang berjaya mencatat ET 7.224sec di (Rangking 39), sebuah lagi Yamaha LC135 dari MA Pefomance,Terengganu ET 7.485sec (Ranking 48) Yamaha sebuah lagi Yamaha LC135 dari Wiretech, Kedah ET 7.621 (Ranking 49). Kami naikkan tiga jentera underdog ini kerana mereka mampu memperolehi kedudukan yang agak memberangsangkan dalam round 6 ini.
RS4 YAMAHA RXZ REAL STREET(61MM / RON97)
Kejayaan demi kejayaan diraih HS Perfomance bersama pro rider Faiz Popeye, Popeye beraksi cemerlang lagi apabila menjadi peserta pertama yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan pada hari pertama kejohanan round 6 dan BOTK2022. Popeye yang telah mencatatkan ET 7.993sec sebelum ini di Ipoh berjaya memecahkan rekod beliau sendiri dengan ET 7.945sec di Litar Terengganu.
Manakala jentera Danish motor yang dikendalikan oleh pro rider Kecik Super, memintas ke kedudukan kedua semasa ET4 dengan ET 7.959sec dan Meso Achey Project (Faiz Popeye) di tempat ketiga ET 8.000sec.
Berlaku sedikit kekecohan dalam kelas RS4 ini. Ia telah berlaku sejak round 5 lagi di Ipoh, satu protes rasmi dikemukakan keatas jentera Meso Achey ketika di Ipoh menyebabkan kesemua rekod Meso Achey Project telah dilenyapkan dari catatan ET semasa.
Manakala di Round 6 Meso Achey Project telah melancarkan protes terhadap Danish Motor, bantahan dibuat tehadap spesifikasi Real Street Yamaha RXZ Danish Motor dan protokol scruteneering BOTK2022. Namun semuanya berjaya diselesaikan mengikut syarat dan peraturan MUSC Motorsport. Danish Motor kekal di tempat kedua dan keempat dan Meso Achey Project di tempat ketiga. HS Perfomance kekal sebagai juara round 6.
RS5 LAGENDA 115CC FI REAL STREET (65MM / RON97)
Jentera Yamaha lagenda 115 FI dari pasukan gabungan ESR Motor X Edin Kus masih menguasai kelas ini walau tanpa memperbaharui rekod kebangsaan. Kejayaan memecah rekod pada round 5 (ET 7.318sec.) menambah keyakinana mereka dengan menurunkan dua buah jentera berbanding sebuah sahaja sebelum ini. Strategi ESR Motor X Edin Kus mungkin dapat dibaca, untuk memecah monopoli ranking Ajoy KKE Project. Namun, kemunculan pasukan baru iaitu Banang Jaya Motor NK Racing UOS Oil agak mengkerosotkan keadaan kedua-dua pasukan favorite Lagenda FI ini.
Sementara Eman Chek hanya mampu mencatat ET 7.400sec dengan jentera kedua ESR Motor di ikuti Banang Jaya Motor NK Racing UOS Oil dengan menggunakan khidmat Pro Rider Teng berjaya mencatat ET 7.525sec. Ajoy KKE (Pokcik) hanya di tempat ketiga dengan ET 7.565sec.
Jentera utama ESR Motor X Edin Kus hanya di tempat keempat dengan ET 7.565sec dan agak mengejutkan apabila jentera ET Machine (Pijal) mengikut rapat dengan ET 7.566sec (perbezaan 0.001sec.) di tempat kelima memintas jentera kedua Ajoy KKE Project di tempat keenam.
PS1 4T BELOW 110CC PRO STREET (60MM / SHB)
Dengan kelebihan bermain di negeri sendiri, sebanyak 8 pasukan drag Terengganu mengambil bahagian (dari 11 pasukan yang telah mendaftar untuk kelas ini), Aja Motor CVK Drag Team, Abu Aja Motor Pokmin Satey, Aja Motor Pokmin Satey CVK Drag Team, Aja Motor Man Projeck, Yop Motor HSR Fruits, Amzar Motor Maniac, Bobbys Racing Project dan Yop Motor Anh Rizqi. Selebihnya lagi tiga pasukan dari luar Terengganu iaitu ELS Motorsport Suzuka Racing team dari Selangor, Kedaipiah Motocross dari Kelantan dan Ajak Motor dari Johor.
Pasukan dari Terengganu sememangnya menguasai kelas ini sejak round pertama. Mereka bertukar-tukar tangan sebagai pemegang rekod kebangsaan, tetapi semua rekod dibuat oleh pro rider Eman Chek. Rekod ET kebangsaan masih kekal ET 6.787sec. yang dibuat di Ipoh oleh AJA Motor CVK Drag.
Dalam round 6 ini, Eman Chek mengendalikan 4 jentera Aja Motor dan menguasai kedudukan satu hingga empat. Tempat kelima adalah Yop Motor HSR Fruits yang juga dari Terengganu.
PS2 YAMAHA RXZ PRO STREET PIPE-ON
Kali ini Faeez Motor dari Kuantan selaku pemegang rekod kebangsaan (ET 7.000sec) menurunkan dua buah jentera pipe-on, dan masih menggunakan khidmat pro rider Achik Skoda.
Suasana kelas ini agak tegang apabila kedudukan Faeez Motor yang meguasai kedudukan pertama dan kedua dari ET1 hingga ET3 diambilalih seketika oleh Jajja Project by EMT (Kecik Sonic) di ET4, ET 7.068sec.
Acik Skoda berusaha keras dengan jentera Faeez Motor dan berjaya memintas kembali lapan minit kemudian dengan ET 7.036sec. Manakala jentera baru pipe-on Faeez Motor tidak begitu konsisten. Achik Skoda hanya berjaya membuat ET 7.115sec (ET 3) dan menempatkannya di kedudukan tempat ketiga, dan rekod ET yang dibuat jentera ini adalah ET 7.164sec (ET1), ET 8.029sec (ET2) dan ET 7.337sec (ET4).
PS3 2T BELOW 150CC PRO STREET
Round ini Matyen Motor Taikom Racing Mirul Project menguasai kedudukan dua teratas dengan bantuan Eman Chek. Meran Motor yang menggunakan khidmat Acik Skoda hanya mampu di kedudukan ketiga diikuti Furious One GMC Motor Suzuka Racing (Kecik Super) di kedudukan keempat.
Tiga pasukan ini seringkali bertembung untuk merebut kedudukan tiga teratas kelas 125Z Pro Street ini, dan barisan pro rider juga sama antara Eman Chek, Kecik Super dan Achik Skoda. Kadangkala pro rider seperti King Kasha (Meran Motor) dan Am Ulala (Furios One) seringkali memberi sedikit tentangan sengit dalam perebutan kedudukan malah tutut berpotensi untuk memecah rekod ET kebangsaan.
PD1 – RXZ / PANTHER / KIPS / RR PRO DRAG
Hanya dua buah jentera Kawasaki Superkips Meran Motor WS Dyno Speed SCK Racing dari Kelantan didaftarkan untuk kelas ini. Pro rider King Kasha hanya membuat catatan terbaiknya di round 6 iaitu ET 6.452 sec. Rekod ET kebangsaan masih kekal milik Meran Motor bersama King Kasha iaitu ET 6.423sec.
PD2 – 4T BELOW 125CC PRO DRAG (HB BELOW 125)
Suasana agak tegang bagi kelas ini kerana dua kali rekod ET kebangsaan telah dipecahkan. Rekod kebangsaan yang dibuat oleh ESR Motor (Hattem) ET 6.360sec di Ipoh telah dipecahkan oleh AS Motor Timsun Racing (Kecik Super) di ET3 dengan ET 6.298sec pada jam 11.45 malam.
Kegembiraan AS Motor hanya seketika kerana di ET 4, jam 3.00 pagi, ESR Motor telah mengambil semula rekod kebangsaan mereka dengan ET 6.329sec.
Kedudukan round 6, ESR Motor dan AS Motor Timsun Racing menempatkan mereka di kedudukan pertama dan kedua di ikuti Wan Pink Melor RMC ET 6.426 di tempat ketiga manakala Wai Motor Suzuka Racing di tempat keempat.
Bom Rangsit, Thailand juga menghantar sebuah jentera Honda Wave untuk bersaing dalam kelas ini, tetapi hanya mampu membuat ET 6.580 di kedudukan kelima.
PD3 – MATIC BELOW 200CC PRO DRAG
Kelas ini tidak dipertandingan di round 5 kerana tiada penyertaan. Rekod ET kebangsaan masih kekal di tangan ESR Motor. Akan tetapi di Terengganu ini empat jentera matic telah mendaftar untuk bertanding di BOTK2022 bagi cubaan memecahkan rekod ET kebangsaan NVX155 kuning ESR Motor ET 6.509sec.
Kedudukan round 6 masih didahului ESR Motor yang dikendalikan oleh Hattem ET 6.529sec, Di ikuti 44 Motor WRNASTY ET 6.569, Cikgu Matic ET 6.674sec dan MHA Motorsport ET 7.137sec.
PD4 – 2T BELOW 150CC PRO DRAG
125Z Malaysia lawan KR150 Thailand. Sebanyak dua belas buah jentera dua lejang yang padu-padu telah mengambil bahagian dalam kelas ini. Nama-nama besar seperti Matyen Motor dari Kedah, Meran Motor dari Kelantan dan Jeffrey Motor dari Perlis akan bersaing menentang HBK K-28 Heap Bung Yai dari Bangkok, Thailand.
HBK K-28 tampil ke Malaysia bersama kombinasi pro rider 2T terbaik Thailand, Pet Chatchai dengan rekod ET terbaik mereka 9.2sec@410m di Kejuaraan NGO Racing Thailand. Sementara rekod ET kebangsaan bagi Malaysia adalah ET 6.237sec@201m yang dipegang oleh Jeffrey Motor Suzuka Racing Team yang dibuat sejak round 1lagi.
Pada round lepas, Matyen Motor Motor terpaksa akur dimana mereka jatuh teruk di kedudukan lima dan lapan, malah catatan masa juga tidak memberansangkan iaitu ET 6.3sec.
Dalam saingan kedudukan BOTK2022, di ET3 sekitar jam 12.00 tengah malam, dua buah jentera Matyen Motor telah meletakkan kedudukan mereka di ranking selesa dengan ET 6.276sec dan ET 6.288sec sementara Pet Chatchai dari HBY K-28 agak tertekan kerena terdapat sedikit masalah pada jentera.
Di ET 4 jam 2.00 pagi, Peluang terakhir untuk HBK K-28 untuk menunjukkan aksi terbaik mereka di Malaysia, tetapi Pet Chatchai hanya mampu membuat ET 6.303sec dan masih jauh ditinggalkan Matyen Motor Taikom Racing Mirul Project.
Lebih mengejutkan lagi jam 3.45 pagi, Matyen Motor Taikom Racing Mirul Project (Eman Chek) membuat catatan terbaik kedudukan iaitu ET 6.285sec dan menempatkan mereka sebagai juara round 6.
Kelas PD4 berakhir dengan Matyen Motor Taikom Racing Mirul Project (Eman Chek) di tempat pertama dan kedua manakala HBK K-28 HBY di tempat ketiga. Meran Motor (King Kasha) di tempat keempat dan Jeffry Motor Suzuka Racing Team selaku pemegang rekod ET kebangsaan hanya di tempat kelima dan keenam.
PD5 – 4T BELOW 200CC PRO DRAG
Kelas ini adalah kemuncak BOTK2022, Malaysia akan dicabar oleh pasukan Thailand dan Indonesia. Tridharma Abakura Racing dari Solo, Jawa Tengah dengan rekod terbaik ET 6.4sec@201m dan Bom Rangsit dari Bangkok dengan rekod terbaik ET 8.9sec@401m. Sementara rekod ET kebangsaan dipegang oleh AS Motor Timsun Racing ET 5.980sec@201m.
Di round 6 ini, Kecik Super memainkan peranan penting. Kecik yang mengendalikan jentera Honda Sonic AS Motor terpaksa bekerja keras menghadapi pasukan luar iaitu empat jentera Honda Sonic super open Bom Rangsit dan dua lagi jentera drag Yamaha MX King, Abakura Racing dari Indonesia.
Kelas super open ini mula meriah ketika di ET2 apabila AS Motor berjaya membuat ET 5.980sec jam 9.05 malam. Rekod ET ini adalah sama dengan rekod ET kebangsaan yang dibuat mereka semasa di round 1. Namun apakan daya lima minit kemudian Art Meklong dan jentera Bom Rangsit ternyata padu dan hebat, kecekapan Art Meklong sebagai pelumba nombor satu Kejuaraan NGO Racing Thailand telah berjaya memintas AS Motor dengan ET 5.859sec sekaligus menandingi rekod ET kebangsaan Malaysia. Bom Rangsit membawa pulang hadiah khas RM2K sebagai pemecah rekod dan RM1.5K sebagai juara BOTK2022.
Tiga lagi jentera Bom Rangsit hanya di kedudukan ketiga, kelapan dan sebuah lagi mengalami masalah teknikal. Sementara itu Abakura Racing hanya memperbaiki rekod terbaik mereka ET 6.263sec di kedudukan sembilan dan sepuluh.
Harus diberi perhatian dalam round 6 ini, SGA KS Performance Suzuka Racing Team yang dikendalikan oleh Kecik Super membuat ET 6.070sec di kedudukan keempat dan jentera Meran Motor WS Dyno Speed SCK Racing yang dikendalikan oleh King Kasha membuat ET 6.096sec di kedudukan kelima. Manakala dua buah jentera ESR Motor yang dibawa oleh Hattem berada di posisi keenam dan ketujuh yang mana turut memintas Abakura Racing dan Jentera ketiga Bom Rangsit.
Sekian, jumpa di Final Round National ET Record Championship – Round 7.
www.majalahkapcai.com
Kapcai MEDSOS attack:
Facebook : Majalah Kapcai Malaysia
YouTube : MAJALAH KAPCAI TV
TikTok : @majalahkapcaimalaysia
TikTok : @kapcai_media
Comments
Loading…