MForce Bike Holdings Sdn Bhd, syarikat pengeluar motosikal tempatan telah dilantik menjadi pengedar tunggal motosikal berjenama Moto Morini di Malaysia. Moto Morini ialah pengeluar motosikal Itali yang dibangunkan oleh Alfonso Morini di Bologna, pada tahun 1937.
Pada tahun 1946, Moto Morini mula menghasilkan enjin silinder tunggal, dua-lejang dengan trasmisi tiga kelajuan pada model T125. Tahun demi tahun, Moto Morini sentiasa fokus dari segi pembangunan dan penambahbaikan sehingga mereka berjaya menghasilkan enjin dari dua-lejang kepada empat-lejang iaitu Corsaro Gran Turismo.
Moto Morini juga telah memenangi beberapa kejuaraan Itali dari tahun 1951 sehingga 1967 dan juga Grand Prix. Sehingga kini, Moto Morini masih lagi diiktiraf sebagai salah satu daripada 10 jenama terbaik Eropah. Dengan mempunyai pengedar hampir di seluruh dunia, Moto Morini menjadi jenama yang menjadi pilihan utama peminat motosikal.
Pada masa ini, barisan Moto Morini terdiri daripada kategori berkuasa tinggi, iaitu Corsaro ZT, Corsaro ZZ, Milano, dan Super Scrambler dimana semuanya menggunakan enjin 1,200cc V-twin yang besar. Moto Morini juga telah melancarkan motosikal “middleweight adventure” iaitu X-Cape 650 pada bulan November tahun lepas. Sememangnya ia akan memberikan pelbagai pilihan kepada peminat-peminat motosikal di Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Operasi MForce, Asri Ahmad, pelantikan ini secara tidak langsung meningkatkan kedudukan MForce sebagai antara pengedar motosikal terkemuka di Malaysia. Pada tahun 2021, prestasi jualan syarikat telah meningkat sebanyak 25% berbanding tahun 2020. Dengan perkembangan terbaharu ini, MForce akan terus meningkatkan lagi kualiti produk serta perkhidmatan selepas jualan bagi memastikan kepuasan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan.
Sebelum memasuki pasaran tempatan, model-model dari jenama ini akan melalui ujian ketahanan terlebih dahulu untuk memastikan kualiti keseluruhan berada dalam keadaan yang terbaik. Peminat motosikal akan dapat menyaksikan dan boleh memiliki motosikal X-Cape 650 pada suku kedua tahun ini di pengedar-pengedar sah MForce seluruh negara.
Mesti pakat dok tertanya pasal harganya kan? Walaupon tak dibagitau secara rasmi, Skuad Ekzos Branggg kami nampaknya telah mendapat beberapa klu dan petunjok awal mengenai harganya. Kata ketua Skuad Ekzos Branggg yaitu Detektif Mat Qolid RiverField, harga jentera berkuasa 649cc ni amatlah berpatotan, dan pastinya akan membuatkan Lu Orang menyesal kalau ‘terbeli’ motor lain pada ketika ini keh keh!
Moto Morini Sang Kamen Raida Dari Itali Pasti Meng-innnzalkan !
Comments
Loading…