in

MALAYSIAN MOTOCROSS CHAMPIONSHIP 2022 BERMULA!

MMC 2022 adalah satu kejohanan yang diiktiraf oleh badan permotoran negara kita iaitu Motorsport Association of Malaysia (MAM) di peringkat kebangsaan. Semenjak ketiadaan Malaysian Motocross Series (MMS) yang dijalankan pada tahun 2014 iaitu 7 tahun yang lalu,tiada lagi perlumbaan motocross di peringkat kebangsaan yang diikhtiraf selepas itu. Boleh dilihat komuniti perlumbaan motocross semakin suram dan kini dengan kehadiran MMC akan menaikkan semula martabat sukan motocross di Malaysia.

Hasil kerjasama dengan pelbagai pihak,Kelab Motocross TQMX bersama PGM Tech 23 Racing Sdn Bhd telah menganjurkan perlumbaan peringkat kebangsaan ini kembali.Kejohanan ini akan diadakan sebanyak 4 pusingan kesemuanya untuk tahun 2022 bermula di Litar Medini Johor Bahru,Sendayan Xpark Negeri Sembilan,Kerteh Terengganu dan pusingan akhir di Kota Tinggi Johor.

Seramai 111 orang peserta dari Malaysia dan 10 orang peserta dari Singapura bersaing pada pusingan pertama Malaysian Motocross Championship yang berlangsung di Litar Motocross Medini ,Johor Bahru pada 17-18 September lalu.

Kejohanan ini turut mendapat kerjasama dari Motorsport Association of Malaysia (MAM) dan dimasukkan di dalam kalendar perlumbaan 2 roda negara kita serta mendapat sokongan penuh dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Ada sembilan kategori kesemuanya yang dipertandingkan di pusingan pertama yang lalu antaranya 5 kategori utama untuk pembangunan sukan motocross iaitu MX2 (Expert) ,Mx Novice,Mx 85cc,Mx 65cc dan Mx 50cc. Pelumba bagi 5 kategori utama ini akan mencari mata sebanyak mungkin dan pungutan mata tersebut akan dikumpulkan sehingga ke pusingan akhir dan siapa yang berjaya memungut mata tertinggi akan dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan 2022 sekaligus membawa gelaran Malaysian Motocross Championship 2022 peringkat kebangsaan iaitu satu level yang berprestij.

4 litar berlainan dalam satu kejohanan peringkat kebangsaan pastinya dapat mengumpulkan kembali pelumba pelumba motocross dan menaikkan semula arena sukan motocross tanahair.Ada 4 kategori sokongan di pusingan satu ini antaranya Mx Senior ( 40 tahun keatas ) Mx Women , Kawasaki KLX 150 dan Cubcross Johor ( Tertutup Johor ).Kategori sokongan ini bergantung kepada permintaan kelab2 tempatan dan akan dimaklumkan nanti.

Bagi kategori MX2,Mohammad Khairi Zakaria berjaya menjadi juara di laman sendiri dengan kutipan mata sebanyak 40 mata.Manakala kategori Mx Novice berjaya diungguli oleh Muhammad Hakimi Iroly daripada team AddeenMx, manakala kategori Mx 85cc pula dimenangi oleh adik Muhammad Zharfan Aniq Yusmizan dari team Fattah Motorsport.

Untuk kategori 65cc pula adik Muhammad Aqil Putra Nizam dari JohoMx kids menang bergaya meninggalkan jauh pelumba pelumba yang lain manakala kategori Mx 50cc diungguli oleh Adik Muhammad Aidil Rayyan Hamdan.

Kategori Mx Senior dan Mx Women terus didominasi oleh pelumba kelahiran negeri Kelantan iaitu Nor Amin Faizal dan juga Siti Nor Suhaida Jafri.Dalam kategori Kawasaki KLX150 pula dimenangi oleh Muhammad Fadzli Mahfiz dan kategori Cubcross Johor dimenangi oleh Muhammad Arif Kamaruddin.

Bagi seisi penyampaian hadiah pula telah disempurnakan oleh wakil Adun Kota Iskandar Puteri iaitu YB Datuk Haji Pandak bin Haji Ahmad.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan MMC pusingan satu ini khursusnya buat Majlis Bandaraya Iskandar Puteri,Iskandar Investment Berhad dan Tourism Malaysia.

Untuk dapatkan informasi lebih lanjut boleh terus ke laman pages official Malaysian Motocross Championship di Facebook dan Instagram.

Jumpa anda di pusingan kedua nanti 29-30 Oktober 2022 di Sendayan Xpark okay!
Hennshinn!

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

PEKETUM MC: Ride Samui Musim Endemik

ROCK N RIDE FROM LABUAN TO EX5 MEMBERS 2.0 GONG BADAK TERENGGANU! INI MEMANG GILA TAKDE OBAT NOHHH !