in

Malaysia International Automotive & Parts Expo 2019 (MIAPEX)

Pada 24 hingga 27Oktober 2019 telah berlangsung Malaysia International Automotive & Parts Expo 2019 (MIAPEX) iaitu ekspo automotif dan alat ganti automotif bertaraf antarabangsa yang dianjurkan oleh Motonation buat kali ke 3. Ekspo yang diadakan di Pusat Pameran & Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC) itu memaparkan pameran alat ganti, aksesori automotif, motorsikal, pameran model kereta, sistem automotif terbaru dan pelbagai lagi sektor automotif yang lain.

MIAPEX disokong oleh Biro Konvensyen & pameran Malaysia (MyCEB), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia. Selain MyCEB, MIAPEX juga disokong oleh Kementerian Luar Bandar, Kementerian Pembangunan Usahawan, Matrade dan MIDA. MIAPEX kali ini telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dengan penglibatan dari beberapa buah negara termasuk Malaysia, India, Taiwan, China, Korea dan Thailand. Pameran yang bermula dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang ini dibuka setiap hari dan percuma untuk pelawat.

Turut diadakan ialah 2nd Bike Building Annual Championship dimana pemenang akan mewakili Malaysia di AMD World Championship of Custom Bike Building (AMD2020) di German. Booth Bangi Bike Week 2019 turut menarik perhatian pengunjung yang juga terletak di tingkat dua pameran.

‘Come Ride With Us’

What do you think?

Avatar

Written by Ghani Arafatz

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

TTS Queen Riders Malaysia Burger Warna Warni

Lekir Highway Patrol Ride Ride Ke Janda Baik & Lemang To’Ki