Motosikal lagenda Leoncino adalah antara produk yang paling diminati oleh para peminat jenama Benelli kini kembali dengan 3 jenis warna terbaharu iaitu Matt Red, Matt Green dan Matt Grey dengan harga pasaran sebanyak RM29,288.00.
Leoncino 500 dibawakan dengan gaya rekabentuk berkonsepkan klasik retro digabungkan dengan teknologi moden menjadikan ia sebuah motosikal yang versatil. Motosikal ini telah direka bentuk semula oleh Centirostile Benelli di Itali, menghasilkan elemen tersendiri keperibadian Leoncino, hasil inspirasi rekaan asalnya lebih dari seabad yang lalu. Kehadiran ikon Singa Pesaro pada bahagian fender hadapannya menyerlahkan lagi keaslian reka bentuknya yang lahir dari hati sekaligus memberikan pengalaman menunggang motosikal yang mengujakan.
Leoncino 500 ditawarkan dengan enjin empat lejang dwi silinder sebaris 499.6cc, penyejukan cecair dipadankan dengan transmisi enam kelajuan yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 35kW pada 8,500 rpm dan 45 Nm tork.
Leoncino 500 adalah motosikal jalanan yang pantas, dilengkapi dengan teknologi moden antaranya lampu utama dan lampu penunjuk arah LED, panel meter digital, fork hadapan terbalik (USD) dan suspensi belakang monoshock boleh laras. Brek hadapan cakera 320 mm berkembar dengan angkup empat piston dan brek belakang cakera 260 mm dengan angkup satu piston padanya juga dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
Leoncino 500 ini dilengkapi dengan tayar Pirelli Angel 120/70 di hadapan dan 160/60 di belakang untuk memberikan prestasi dan keselesaan ketika menunggang. Berat keseluruhan Leoncino adalah 196 kilogram dan ia dilengkapi dengan tangki minyak 12.7 liter.
Menurut Pengurus Besar Operasi MForce Bike Holdings Sdn.Bhd. Encik Asri Ahmad, model Leoncino 500 ini akan mula diedarkan pada pertengahan bulan Julai nanti dan boleh didapati di semua wakil pengedar sah Benelli di seluruh negara khas untuk para pencinta motosikal retro klasik. Leoncino ini didatangkan dengan waranti produk selama 20,000 km atau 2 tahun, yang mana terdahulu.
Spesifikasi:
Jenis Enjin:
2 Silinder Sebaris, 4 Lejang, 8 Injap
Sesaran:
499.6 cc
Kuasa Maksimum:
35kW pada 8,500 r/min
Tork Maksimum:
45Nm pada 5,000 r/min
Gerek & Lejang:
69 x 66.8mm
Nisbah Mampatan:
11.5:1
Transmisi:
6 Kelajuan
Klac:
Plat Basah Berganda
Sistem Bahan Api:
Suntikan Bahan Api Elektronik (EFI)
Sistem Penghidup:
Elektrik
Penyalaan:
TLI
Pacuan Akhir:
Rantai
Sistem Pelincir:
Takungan Daya Basah
Sistem Penyejukkan:
Sejukan Cecair
Cesi:
Kerangka Arch Bar Truck
Suspensi Hadapan:
Fork Terbalik (USD)
Suspensi Belakang:
Monoshock
Brek Hadapan:
Cakera Kembar 320mm
Brek Belakang:
Cakera Tunggal 260mm
Tayar Hadapan:
120/70ZR17M/C
Tayar Belakang:
160/60ZR17M/C
Dimensi:
Panjang Keseluruhan
2160mm
Lebar Keseluruhan
875mm
Ketinggian Keseluruhan
1160mm
Ketinggian Kedudukan
810mm
Jarak Roda
1460mm
Pelepasan Tanah
160mm
Berat Kering:
196kg
Kapasiti Tangki Minyak:
12.7 Liter
Comments
Loading…