in

Lekir Highway Patrol Ride Ride Ke Janda Baik & Lemang To’Ki

Pada 19 Oktober 2019, Group Motorsikal Lekir Highway Patrol telah mengadakan konvoi dari Lekir, Perak ke Pahang Darul Makmur. Destinasi utama yang dituju ialah Janda Baik dan Lemang To’Ki. Konvoi ini diketuai oleh lead marshall Raja Aidil Azuar manakala pengurusan dan logistik diuruskan oleh Presiden iaitu Azrol Nizam dan Naib Presiden, Salleh Shuban.

Pada  jam 3 pagi lagi konvoi telah mula berkumpul di Restoran Rasa Sayang Bt 10 Lekir, Perak. Selepas taklimat, pada jam 4 pagi konvoi mula bergerak dan berhenti rehat di R&R Ulu Bernam. Konvoikeluar di Exit Sg Buloh dan berhenti rehat lagi di Shell Gombak.

Pada jam 1 tengahari, konvoi tiba di Janda Baik dan check in di Homestay Teratak Kabung Janda Baik. Setelah penat ride, masing-masing mengambil kesempatan untuk berehat dengan ditemani hujan lebat dan air sungai yang mengalir deras. Namun ada juga yang tidak tahan melihat air sungai yang segar dan terjun untuk mandi-manda. Pada jam 6 petang, masing-masing bersiap sedia untuk program BBQ yang berlangsung hingga tengah malam. Dalam aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan antara sesama sendiri serta dapat bergurau dan mengenali lebih ekat antara satu sama lain.

Keesokan harinya pada jam 8.30 pagi, peserta disediakan dengan sarapan nasi lemak dan tepat jam 10 pagi, konvoi bergerak menuju ke lemang To’Ki yang terletak di Bentong, Pahang. Kehadiran konvoi disambut mesra oleh tuan kedai. Selepas puas menjamu selera, konvoi bergerak menuju ke Genting Sempah. Dari situ, konvoi terus menuju le Lebuhraya Plus Arah Utara dan singgah di Teluk Intan bagi melawat sahabat yang ditimpa kemalangan. Kami juga turut menyampaikan sedikit sumbangan hasil kutipan dari semua.  Pada jam 9 malam konvoi tiba di Restoran Rasa Sayang sebelum bersurai.

 

‘Come Ride With Us’

What do you think?

Avatar

Written by Ghani Arafatz

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Malaysia International Automotive & Parts Expo 2019 (MIAPEX)

Hafizh Buat Kerja Giler di Sepang!