in

LEGEND MOTOMANIA BIKERS – LMB

Ride AMBANG Penutup 2020 Yang Sunggoh Muhibbah!

Satu aktiviti khas dan tertutup buat ahli ahli group permotoran (LMB) merangkap aktiviti terakhir/penutup untuk tahun 2020 telah di adakan pada hari Ahad 26-27hb Disember 2020. Group Legend Motomania Bikers (LMB) diketuai penaungnya Tok Choden Din dan group gabungan iaitu group Legend Kawasaki Superkips dan group Pang5 Motor Sport. Selain dari itu juga group jemputan yang turut serta ialah STP, YPVS Malaysia dan juga RTTH turut serta konvoi bermotorsikal ke destinasi di Kuala Slim, Slim River Perak. Konvoi ini merangkumi perjalanan sejauh lebih kurang 110 KM dari Kuala lumpur.

Satu aktiviti khas dan tertutup buat ahli ahli group permotoran (LMB) memerangkap aktiviti terakhir/penutup untuk tahun 2020 telah di adakan pada hari Ahad 26hb-27hb Disember 2020, group Legend Motomania Bikers (LMB) diketuai penaungnya Tok Choden Din dan group gabungan iaitu group Legend Kawasaki Superkips dan group Pang5 motor sport. Selain dari itu juga group jemputan yang turut serta ialah STP, YPVS Malaysia dan juga RTTH turut serta konvoi bermotorsikal ke destinasi di Kuala Slim, Slim River Perak. Konvoi ini merangkumi perjalanan sejauh lebih kurang 110 km dari Kuala lumpur.

Semua ahli group telah berkumpul seawal 7.30 pagi di (RV) Kawasan Rehat R&R Rawang Lebuh Raya Plus arah Utara.
Para peserta konvoi yang sampai awal telah bersarapan pagi dulu sementara menunggu semua rider rider tiba di RV. Setelah semua rider rider dan pilion pilion tiba di RV, telah diadakan acara bergambar beramai ramai untuk dijadikan kenangan sebelom memulakan perjalanan menuju ke CHECKPOINT. Konvoi yang diketuai oleh Tok Choden Din telah bergerak dari R&R Rawang pada jam 10.30 pagi dengan motorsikal lebih kurang 63 buah motorsikal pelbagai-bagai jenama Yamaha seperti 125Z, RXZ, TZM, YPVS 350, termasok Kawasaki Superkips dan sebagainya. Group konvoi kami telah bertolak secara berhati hati dan mengikut segala peraturan dijalan raya yang telah ditetapkan.

Para perserta konvoi sampai di Tol Slim River pada jam 11.30 pagi dan disambut oleh group motor Saudara Muz TZM yang berada disana dan terus bergerak menuju ke rumah saudara Muz TZM dan isteri beliau merupakan seorang Ladies rider Cik puan Ina Kamariah yang berada di transit TZM kuala Slim kerana segala aktiviti yg telah di aturkan diadakan disana.

Tujuan aktiviti penutup tahun 2020 bagi group LMB dan gabungannya ialah untuk memupuk semangat setia kawan, suai kenal, beramah mesra dan Ukhwah dikalangan semua ahli ahli di dalam sosial media WhatsApp group.
Setelah tiba dirumah saudara Muz TZM, kami pun berehat sebentar untuk menghilangkan keletihan kerana cuaca waktu itu agak panas.

Acara permulaan aktiviti tersebut ialah ucapan dari Penaung group LMB Tok Choden Din disusuli pula ucapan dari Admin group Legend Kawasaki Superkips iaitu tuan Syed Azam Taufik dan juga Admin group Pang5 motor sport saudara Kutu Jerung Segala Kutu dimana kedua group ini dibawah naungan LMB.

Wakil wakil dari group jemputan iaitu STP saudara Razip Buang, group RTTH saudara Zam Zamri dan juga wakil group YPVS Malaysia Mr. Kayresh Balan turut memberi ucapan dan (terima kasih) dengan souvenir berupa sticker dari cip Kayresh Balan. Bagi pihak tuan rumah saudara Muz TZM turut juga memberi ucapan selamat datang. Diakhir ucapan Ayahanda kepada saudara Muz TZM telah membaca doa selamat kepada ahli konvoi serta memberi sepatah dua kata. Turut dibentangkan dalam ucapan ialah mengenai Mega ride (utara) group gabungan bagi tahun 2021.

Setelah semua ucapan selesai Penaung LMB iaitu Tok Choden Din telah menyampaikan sijil penghargaan Kepada Saudara Muz TZM dan Isteri beliau Cik puan Ina Kamariah sebagai penghargaan menjayakan program tersebut.

Setelah selesai para peserta dijemput oleh tuan rumah untuk menikmati hidangan kuih muih, Mee, Nasi dengan lauk masakan ala kampung dan steam bot. Semua masakan yang disediakan amat menyelerakan.

“Jangan balik lagi woiii .. relaks dulu ada race nie!”.

Selesai makan para peserta berehat sebentar dan juga Menunaikan solat Zohor. Aktiviti sukaneka telah diadakan untuk menghiburkan hati para peserta. Hadiah juga disediakan bagi yang telah menang dalam sukaneka dan aktiviti sampingan. Para ahli group amat terhibur dengan aktiviti sukaneka yang lucu dan menghiburkan. Selain daripada itu Karaoke turut diadakan dan juga mandi di kolam renang yang ada dirumah tersebut. Pihak tuan rumah telah memberi Cendera hati kenang kenangan kepada semua rider dan pilion konvoi.

Di akhir aktiviti pihak tuan rumah turut mengadakan BBQ panggangan ayam dan ikan sebagai juadah akhir aktiviti. Karaoke. Game Game lumba lumba .. bukan lumba kuda arr ..

Salam muhibah untuk semua .. next year nanti kami berkumpul lagi .. racing racing hahahaha!

Aktiviti berakhir jam 6.30 petang dimana semua peserta pulang menuju ke rumah masing masing dengan kenangan yang julung julung kali diadakan yang tersemat di hati. Jumpa Lagi!

NOTAEDITER : Kepada Raida2 yang nak share story Lu Orang kat website majalahkapcai.com ni, sila send short stori dan gambar2 ke adress email ini :

majalahkapcai@gmail.com

#LMb_Familian
#LMb_Kawa_Version
#Pang5_Motorsports

What do you think?

Avatar

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

YAMAHA 135LC 2021 DENGAN WARNA PALING MERCIK!

Honda Fame Road Runner Pitstop Hunter !