Assalamu’alaikum..
Buat pertama kali selepas PKP selama 6 bulan, maka inilah permulaan pertama untuk ride ke Melaka sambil mencari tempat makanan yang sedap2!
Kami bergerak dari Shah Alam ke Melaka pada pukul 8 pagi untuk berjumpa dengan kawan yang berada di Melaka. Kami mula berkumpul dekat warung Mee Kari Udang Galah Route 9. Lepas makan kami mulakan perjalanan ke Jasin, Melaka.
Kami ride santai2 buat ilekkk buat senmperr jerrr. Kami ride bercampur jenis motor, ada Yamaha Y15, Honda RS150R, ada jugak Super Bike dan jugak Skuter Yamaha NVX 155. Kami mulakan perjalanan ke Jasin dan sedar tak sedar tak sampai 2 jam kami tiba di Jasin. Lama tak ride memang akan tak berasa sangat, tup2 sampai dan tup2 ehhh dah nak balek dah ewahhh!
Kat Jasin Kami rehat dan isikan perut, lepask2 kejap dan kami teruskan pejalanan pulang ke kediaman masing2. Kami tak memilih jenis motor atau cc berapa. Kami tak kira dari mana asal usul walau alien planet Zuhal sekalipon. Kami berkawan dengan semua. Inilah jiwa motor yang ada dalam diri kami. Walau pun kami ladies dan wangi serta beriman, tapi minat kami tetap sama dengan lelaki yang berjiwa dua roda.
Walaupun ada ahli kami yang sudah berkeluarga, tapi itu semua tidak menghalang minat kami. Tapi semenjak penyakit berjangkit mula melanda dunia nih, kami terpaksa stop dulu minat kami untok ride ke merata tempat.
Alhamdulillah..sekarang ni kita dah mula bebas sikit, tapi kena tetap beringat. walau macamana sekali pun kita tetap kena jaga SOP, pakai pelitup muka dan jaga jarak. Sesunggohnya kita masih belum menang lagi!
InshaAllah Kami akan ride lagi lepas nih oyeahhh!
Teks Dan Gambar Oleh :
Arbaayah Binti Kasa
arbaayah7370@gmail.com
Comments
Loading…