in

KTM SAMBOT ‘ENIVERSARI’ DENGAN PELANCARAN 4 MODEL SEKALIGUS, HARGA SEHINGGA RM151K Joyyeahhh!

Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke 30, pengeluar motorsikal “NAKED” terkemuka dunia iaitu KTM telah melancarkan empat model baharu mereka di Skypark RAC Subang.

KTM DUKE adalah sebuah motorsikal dalam kategori naked/bogel keluaran dari negara Austria yang terkenal di seluruh dunia. Untuk memperingati ulang tahun ke-30 siri ini, KTM telah menganjurkan satu majlis sambutan yang meriah dan gemilang yang turut dihadiri oleh pemilik-pemilik motorsikal KTM DUKE dari seluruh Malaysia dan tetamu jemputan.

Kemunculan model baharu ini turut diiringan dengan slogan baharunya, “No Bullshit” @ Tarak Sembang Karot Punya Lah. KTM DUKE 2024 adalah motorsikal baharu sepenuhnya termasuk enjin yang lebih berkuasa, reka bentuk yang lebih menarik dan agresif, tahan lasak dan penambahan ciri-ciri baharu yang bersesuaian dengan kemajuan teknologi permotoran masa kini dibina khusus untuk menyambut ulang tahun ke 30 KTM DUKE.

Sejak tiga dekad yang lalu, motosikal KTM DUKE telah mendapat sambutan yang sangat baik di seluruh duniawi kerana memiliki ciri-cirinya yang menarik, reka bentuk yang menawan dan menepati piawaian keselamatan antarabangsa yang ketat.

Siri motosikal ini memberi kuasa kepada penunggang untuk mengharungi jalan raya dan mengatasi halangan dengan yakin dan memberikan penunggang menikmati pengalaman yang menakjubkan ketika menunggang di kawasan berliku liku. KTM DUKE secara konsisten menampilkan inovasi berani dan agresif untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin berkembang dan mengekalkan kelebihan berdaya saing.

Sambutan ulang tahun ke-30 KTM DUKE adalah pencapaian terbaik syarikat, kata Encik Goi, Pengurus Strategi Pemasaran KTM Malaysia. Ia adalah mengenai perkongsian pengalaman dan mencipta kenangan menunggang motorsikal yang tidak dapat di lupakan.

Tema ‘No Bullshit’ KTM DUKE menekankan motif keaslian siri ini, dan berfungsi sebagai lambang prestasi hebat rangkaian motosikal naked KTM DUKE yang sudah terkenal dan masyhur di seluruh dunia

Dalam majlis ini KTM DUKE memperkenalkan empat model baharu DUKE, iaitu DUKE 250, DUKE 390, DUKE 990, dan Super DUKE 1390. Model ini bakal memukau di jalanan dengan warna oren metalik (ed) yang mempesonakan secara elektronik, yang direka khas sempena sambutan ulang tahun ke 30 tahun KTM DUKE.

Untuk KTM DUKE 250 dan KTM DUKE 390, model ini disertakan dengan sistem “quickshifter”. Dibina atas legasi siri terdahulu, KTM DUKE baharu ini menampilkan keupayaan berprestasi tinggi dan pergerakan jalan yang lincah dan lancar dengan komponen enjinnya yang tiada tandingan. Berdasarkan kepada kejayaan model terdahulu, Mr. Goi memberi jaminan bahawa motosikal ini akan memberikan tahap kepuasan maksima untuk peminat motosikal berkuasa tinggi.

Berikut adalah harga asas yang ditawarkan untuk KTM DUKE baharu 2024:

KTM DUKE 250 RM22,500
KTM DUKE 390 RM33,800
KTM DUKE 990 RM99,800
KTM DUKE 1390 RM151,300

Satu lagi tambahan kepada barisan baharu model 2024 yang dilancarkan hari itu ialah KTM DUKE 790 yang akan dibawa masuk pada suku ketiga 2024. Pusat pengeluaran KTM DUKE kini telah berada di negara China bagi memenuhi permintaan pasaran Asia. Model ini akan didatangkan dengan ciri-ciri improvisasi dan harga yang lebih menarik.

Selain daripada majlis pelancaran empat model KTM DUKE baharu, penganjur turut menampilkan acara “Dukehana”, di mana jemputan yang hadir berpeluang menunggang uji KTM DUKE baharu di atas trek yang mencabar yang disediakan khas di kawasan berhampiran tapak pelancaran KTM DUKE 2024

Kepada peminat motorsikal KTM DUKE bolehlah berkunjung ke pengedar sah KTM yang berada di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan juga Sarawak. Setiap pengedar telah menghadiri kursus khas yang dianjurkan oleh KTM dan memperoleh sijil dari KTM Austria.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Koay Lay di hp: 012-4333545 e-mel: aydi@boldinspiration.com

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

RIDER OTAK SEMINIT: Endurance To Phuket Bikeweek 2024 – Part 1.

Ni Hsin Group Lancar 2 Motosikal Elektrik Berkuasa Tinggi Bersama Jorge Lorenzo!