Konvoi Honda RS dan RSX ke Cub Prix pusingan yang terakhir tahun ini di litar Antarabangsa Sepang. Konvoi hari ini ditaja oleh Boon Siew Honda dan Honda Impian X Ee Tiong Setapak. Lebih 30 pemilik RS dan RSX dari sekitar lembah Klang menyertai konvoi yang julung kali diadakan untuk pemilik Honda RS150 dan Honda RSX.
Walaupun terpaksa berhadapan dengan hujan ketika memulakan perjalanan dari Honda Impian X Ee Tiong di Setapak dan halangan banjir ketika berada dilaluan sekitar Kota Warisan, namun peserta konvoi tidak patah semangat untuk meneruskan perjalanan dengan mencari jalan alternatif untuk sampai ke Litar Sepang.
Dalam perjalanan ke Litar Sepang, peserta konvoi singgah disebuah gerai makan berhampiran Kota Warisan untuk menikmati makan tengahari. Oleh kerana tempahan untuk makanan telah dibuat lebih awal dan semua peserta dihidangkan dengan menu yang sama maka tiada masalah untuk menunggu makanan atau minuman tiba.
Selepas selesai “lunch” digerai makan dalam kebun kelapa sawit itu, peserta konvoi menyambung semula perjalanan menuju ke destinasi utama yaitu Litar Sepang.
Perjalanan tergendala disekitar sini (Kota Warisan) akibat laluan telah ditutup kerana paras air banjir masih tinggi dan semua jenis kenderaan tidak dibenarkan mekalui jalan ini. Terdapat beberapa buah kereta kelihatan tenggelam didalam banjir tersebut. Peserta konvoi terpaksa berpatah balik dan terpaksa menggunakan laluan lain yang lebih jauh untuk sampai ke Litar Sepang. Alhamdulillah, perjalanan kami berjalan lancar dan selamat walaupun pada satu ketika kami terpaksa melalui “wrong way” sejauh hampir satu kilometer untuk sampai ke laluan alternatif menuju ke Litar Sepang.
Sebelum masuk ke kawasan grandstand Litar Sepang untuk menyaksikan perlumbaan, peserta konvoi singgah di beberapa buah booth yang menjual dan mempamerkan barangan permotoran seperti booth yang mempamerkan tayar jenama MAXXIS, booth BSH Honda, booth menjual pakaian jenama Petronas dan lain2.
Peserta konvoi mula memasuki kawasan grandstand sebelum perlumbaan terakhir untuk hari itu iaitu kategori CP150 bermula. CP150 adalah acara kemuncak yang dinantikan oleh peminat2 Cub Prix kerana ia membabit perlumbaan antara dua jenama motorsikal moped 150cc yang terkemuka di Malaysia dan didunia iaitu Honda dan Yamaha. Honda RS150R mewakili Honda manakala Ysuku/Y15ZR mewakili Yamaha.
Perlumbaan yang berlangsung sebanyak 11 lap itu berlangsung dengan sengit dimana beberapa pelumba yang berada dikelompok hadapan disepanjang perlumbaan bersaing dengan hebat dan saling pintas memintas diantara satu sama lain. Walau bagaimana pun lebih kurang 100 meter dari garisan penamat dipusingan terakhir perlumbaan, pelumba yang mewakili pasukan Honda Yuzy Team iaitu Azroy Hakeem yang berada dibelakang pendahulu perlumbaan yang menunggang motorsikal Ysuku berjaya memintas pelumba tersebut untuk muncul menjadi juara Cub Prix hari itu, sekali gus merangkul kejuaraan Cub Prix Petronas 2021.
Kemenangan Azroy Hakeem yang sangat dramatik berjaya memintas pelumba Yamaha dihadapannya pada saat saat akhir perlumbaan disambut dengan penuh kegembiraan dan sorakan daripada penyokong penyokong Honda yang hadir ke litar Sepang hari ini.
Tahniah kepada pelumba Honda Yuzy Idemitsu Team, Azroy Hakeem Anuar yang telah berjaya menjuarai perlumbaan Cub Prix hari itu. Kejayaan anda menjadi kebanggaan kepada peminat Honda yang hadir ke Litar Sepang atau pun yang menonton secara live di TV atau Facebook.
On the way balik ke Kuala Lumpur beberapa peserta konvoi dilihat telah “melencong” menghala ke Seremban untuk singgah minum petang disebuah gerai di Paroi yang terkenal dengan “kopi power” 😁😁. Mungkin mereka ingin meraikan kejayaan pasukan kesayangan mereka merangkul kejuaraan Cub prix digerai tersebut yang turut menjadi antara port pilihan bikers dari Lembah Klang.
Alhamdulillah cuaca yang sangat baik petang itu memudahkan perjalanan dan memberikan keselesaan kepada peserta konvoi ketika menyaksikan pelumba pelumba cub prix yang turut mempamerkan aksi terbaik untok penutop musim 2021 ini.
#SyukurAlhamdulillah
#MalaysianCubprix
#RezekiAllah
#RS150RS_X
#EetiongMotorsports
Teks dan Foto Oleh : Asri M.N
Comments
Loading…