in

Kempen Keselamatan Jalan Raya KMSB Kawasaki 2020

“Jangan Menggunakan Telefon Bimbit Ketika Menunggang”.

Kempen Keselamatan Jalan Raya KMSB Kawasaki 2020 ini ditaja oleh syarikat pengimport dan pengedar motorsikal berkuasa tinggi iaitu Kawasaki Motor Sendirian Berhad bersama beberapa syarikat Korporat yang berkaitan dengan dunia permotoran seperti KHI Helmet, Nestle Malaysia, Bridgestone, Idimetsu, Aeon Kredit, Tokio Marine dan lain lain. Beberapa buah Agensi Kerajaan seperti JPJ, LLM, PLUS, JKJR, MIROS dan PDRM turut serta menjayakan kempen kali ini. Timbalan Menteri Pengangkutan Dato Kamaruddin Jaafar turut hadir untuk merasmikan pelancaran kempen ini. Kempen Keselamatan Jalan Raya KMSB Kawasaki sudah menjadi acara tahunan sejak dari tahun 2016 dan ini adalah kali keempat diadakan berhampiran Plaza Tol Sg Besi. Turut hadir pada perasmian kempen hari ini ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Sri Shaharuddin Khalid, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Mohd Nasri Ishak dan Pengerusi Persatuan Pengedar Motosikal & Skuter Malaysia (MMSDA) Wee Hong.

Kempen Keselamatan Jalan Raya KMSB Kawasaki 2020 yang diadakan bersempena dengan sambutan perayaan Tahun Baru Cina pada hujung Januari ini adalah sangat baik kerana ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya terutamanya kepada penunggang motorsikal supaya lebih berhati hati ketika menunggang. Pengerusi Eksekutif KMSB Ahmad Faez Tan Sri Yahaya berkata diantara kesalahan yang sering dilakukan oleh penunggang ialah menggunakan telefon bimbit ketika menunggang, menunggang tanpa lesen, menunggang melebihi had kelajuan, tidak mematuhi lampu isyarat, kenderaan yang tidak sempurna dan lain lain. Penunggang motorsikal mencatatkan jumlah tertinggi dalam kemalangan yang membabitkan kemalangan dan kemalangan maut pada tahun 2018. Mengikut perangkaan tahun 2018 lebih 60 ribu kes kemalangan dilapurkan berlaku diseluruh negara dimana lebih 40 ribu kes membabitkan motorsikal dan seramai 4 ribu penunggang/pembonceng terbabit kehilangan nyawa.

“Sebagai syarikat pengeluar motosikal di negara ini, kami mengambil inisiatif dalam melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam membantu mengurangkan statistik kemalangan dan perlanggaran di jalan raya,” kata Pengerusi Eksekutif KMSB Ahmad Faez Tan Sri Yahaya.

Perasmian Kempen Keselamatan Jalan Raya KMSB Kawasaki 2020 ini telah diadakan di kawasan lapang berhampiran Plaza Tol hala selatan selama sehari bermula dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang dimana Kawasaki Motor turut mengadakan pemeriksaan motorsikal secara percuma keatas 16 bahagian utama motosikal untuk semua jenama motorsikal yang dilakukan oleh mekanik-mekanik terlatih yang dibawa khas oleh Kawasaki Motor Sendirian Berhad. Penaja-penaja lain yang turut serta dalam penganjuran kempen keselamatan ini turut membuka booth untuk memperkenalkan produk masing-masing.
Turut mendapat perhatian dari pengunjung kempen hari ini ialah booth untuk penukaran helmet lama kepada helmet baru dan sebuah booth untuk mengagih jaket keselamatan secara percuma kepada pengunjung.

Kempen Keselamatan Jalan Raya KMSB Kawasaki ini berlangsung selama satu hari bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang bertemakan “Jangan Menggunakan Telefon Bimbit Ketika Menunggang”.

Teks Dan Gambar Oleh : Asri TestRider

What do you think?

Avatar

Written by Ghani Arafatz

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

YAMAHA X-MAX 2020 Kaler Baru Nohhh!

CUB PRIX IMPIKAN LEBIH BANYAK LITAR LUMBA KEKAL