Sejak satu dua tahun lepas peminat skuter Honda ADV 350 mula tertanya tanya dan membincangkan status kemasukan dan harga Honda ADV 350 ke pasaran Malaysia.
Akhirnya persoalan yang menjadi buah mulut peminat skuter di Malaysia terjawab apabila Boon Siew Honda secara rasmi melancarkan skuter “Urban Adventure” Honda ADV 350 dalam satu majlis ringkas di hadapan tetamu jemputan dan wakil media tempatan. Majlis pelancaran telah diadakan sempena dengan hari pelancaran dan perasmian Malaysia Autoshow 2024 yang dirasmikan oleh Yb Senator Dato Seri UtamaTengku Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri.
Ciri Ciri Menarik Honda ADV 350:
*Honda ADV 350 dikuasakan oleh enjin 330cc SOHC eSP+ (enhanced Smart Power)
*Honda ADV 350 adalah model CBU yang diimport dari negara Jepun
*Honda ADV 350 disertakan dengan sistem Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan Emergency Stop Signal (ESS),
*Tempat menyimpan barang 48 liter dibawah tempat duduk boleh menyimpan dua buah helmet “full face” sekali gus
*Fungsi tanpa kunci (key less)
*Penghadang angin boleh laras
*Paparan digital LCD boleh disambungkan kepada telefon pintar melalui Bluetooth.
*Penggunaan lampu LED sepenuhnya.
Spefikasi Honda ADV 350:
Kapasiti enjin – 330 cc
SOHC 4 valve satu silinder dengan injeksion PGM-Fi
Kuasa kuda: 28.9 hp pada 7,500 rpm
Suspensi hadapan – Jenis Upside Down (USD) diameter 37 mm
Penyerap hentak belakang- jenis berkembar 130 mm.
Sistem brek hadapan – Cakera tunggal ABS 2 piston diameter 256 mm.
Sistem brek belakang – Cakera ABS 1 piston diameter 240 mm
Rim hadapan – 15 inci
Rim belakang – 14 inci
Tayar hadapan – 120/70-R15
Tayar belakang – 140/70-R14
Berat bersih -1856 kg
Muatan tangki – 11.7L
Minyak enjin – 1.8 liter
Anggaran penggunaan petrol – 29,4 km/liter.
Tinggi tempat duduk – 795 mm
Kelajuan maksima – 140 kmh
Tiga pilihan warna – Mat Gun Powder Black Metallic (hitam), Pearl Smokey Gray (kelabu) and Mat Candy Tulip Red (merah).
Harga dicadangkan – RM33,999.
NotaEditer: Ada peluang nanti kita bikin test ride Nohhh!
Comments
Loading…