Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. sentiasa dan akan terus komited dalam memastikan motosikal yang diedar oleh syarikat ini adalah ekonomi dan ditawarkan pada harga yang berpatutan tanpa mengabaikan spesifikasi yang terkini. Antara motosikal-motosikal ekonomi yang menjadi pilihan adalah seperti SM Sport 110E, WMOTO VE1-110E dan juga WMOTO WM110.
SM Sport 110E ditawarkan pada harga permulaan RM3,859.00 dan mampu menghasilkan hantaran kuasa setinggi 6.03Hp pada 7,500rpm dan tork 7.0Nm pada 5,000rpm yang sangat sesuai untuk kegunaan harian. Untuk memberikan keselesaan yang lebih baik, berat keseluruhan SM Sport 110E ni adalah cuma 100kg untuk pengendalian yang sempurna. Ruang simpanannya juga luas dengan kapasiti yang mencukupi untuk memuatkan pelbagai barangan peribadi serta tangki petrol bersaiz 4.0-liter.
Dari segi rekaan luaran pula, SM Sport 110E ini memiliki corak grafik yang menarik dan menonjol. Model ini dikeluarkan dengan tiga warna pilihan; Merah, Biru dan Kuning.
Manakala untuk WMOTO VE1-110E, harga jualan asas adalah RM3,748.00 dan juga hadir dengan tiga warna pilihan; merah biru dan juga kuning. Dengan sesaran enjin 106.7cc, silinder tunggal dan 2 injap, ia berkemampuan untuk menghasilkan kuasa setinggi 6.6Hp pada 8,000rpm dan tork maksimum 6.9Nm pada 6,000rpm. Suspensi yang digunakan pada tayar hadapan adalah jenis teleskopik dan penyerap dwi-kejutan di bahagian belakang untuk penyerapan hentakan yang lebih sempurna.
Selain kedua-dua model di atas, WMOTO WM110 antara motosikal ekonomi yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan iaitu bermula RM3,788.00. WM110 menggunakan enjin 109cc dengan kemampuan untuk mencapai 7.1Hp pada 8,000rpm dan tork 7.2Nm pada 6,000rpm. Selain itu, WMoto WM110 turut menggunakan suspensi jenama Kayaba (KYB) yang memberikan tahap prestasi pengendalian, kestabilan dan keselamatan perjalanan yang lebih tinggi. Selain itu, WM110 menggunakan brek cakera pada roda hadapan yang dapat meningkatkan keselamatan penunggang
semasa membrek.
WMoto WM110 dilengkapkan dengan lampu hadapan terang sebagai ciri-ciri keselamatan ketika menunggang di waktu malam. Motosikal ini memiliki kapasiti tangki minyak sebanyak 4-liter yang sesuai untuk kegunaan harian dengan kemampuan untuk pergi sejauh 55km per liter pada kelajuan purata 80-90 km/j. Motosikal yang cukup sempurna untuk kegunaan harian ini mempunyai tiga warna pilihan; Biru, Merah dan Hitam.
Kesemua motosikal ekonomi ini boleh didapati di mana-mana pengedar sah MForce di seluruh Malaysia. Para pembeli juga boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.
Comments
Loading…