in

HONDA GBO KAMEN RAIDA APIH

Gambar Sebelom dimodifikasi secara intensif. Ketika gambar ini dirakam, Brader Apih sedang kontrol hidong menahan pedih kerana betisnya sedang ditokak sesumpah. Sunggoh tidak bermoral sesumpah itu… 

 

Jentera ni sangat familiar lah kalau Lu Orang selalu turon event2 motor. Pemileknya adalah sorang brader bernama Hafis, tapi lebeh glemer dipanggil Abang Apih. Berasal dari Beseri, Perlis tapi menetap dan bekerja di Seremban Negeri 9. So, geng2 kapcai klasik belah centre (KL, Selangor N9 dan Melaka) memang selalu lah nampak motor ni Nohhh!

Honda GBO C90 keluaran tahon 1983 nih masih banyak part² Ori, antaranya adalah seat, kepok depan (white leg), side battery cover, signal depan dan belakang, lampu depan dan blakang. Masih ori moto Nohhh. Dan bagi menambahkan unsor 80an, Apih menambah aksesori dolu² macam bakul tengah (depa panggil bakui kacang @ bakoi pistol), K-ria (back carrier), serta mudlap ( ekoq tapih air ). Semua aksesori ni adalah permainan Raider2 zaman 80an, tapi alhamdulillah Brader Apih kita ni berjaya mendapatkannya. Memang susah nak dapat, dan kalau ada pon ianya akan dijual dengan harga yang tinggi. Minat punya pasal, alhamdulillah dapat jugak dia memilikinya Nohhh!

Paling menarek dan rare adalah windshield kat kepala motor GBO nih. Windshield ni bukan custom made okay, ini adalah windshield khas yang dibuat di Jepon dan khas untok jentera Super Cub disana. Dengan minat yang mendalam serta windshield ni nampak ala2 Kamen Rider, Apih teros order dan ranaplah RM650 untok windshield rare ni Nohhh! Ini adalah windshield second hand, dan harga 650 ni adalah harga dua tahon lepas okay. Hari ni Gua tak tau lah berapa harganya. Windshield ni Apih beli dari seller barang2 YP kat Malaysia. Kalau ada Raida2 yang berminat nak cari barang2 rare, boleh kontek seller nih :

Seller windshield : FB (MOHD SYAFIQ SYAF YPVS) https://www.facebook.com/mohdsyafiqsyaf.ypvs
Lain² aksesori / sparepart: FB (HONDA CUB RETRO PARTS) saudara Amirul Hafidz. https://www.facebook.com/mohdamirulhafidzmdnoor.nierayantieamier

Semenjak mula pakai motor nih pertengahan tahun 2011, Apih dah pernah Join kelab antaranya
HCN9(Honda Cub negeri 9) dan Honda Cub Kajang.

Antara Event2 yg pernah join/support adalah :

1) Semenyih Bike Carnival 2018 (ke-5 custom open)
2) Jelebu 2 whells (Johan klasik cub)
3) Retromania 2015/2016/2017/2018 (supporter)
4) Bangi Bike Week 2018/2019 (Johan kapchai open)
5) Benteng walk autoshow seremban 2019(johan custom open)
6) Motorshow carnival seni Selat melaka 2019(naib johan klasik open)
7) Roda Rumble autoshow Art Of Speed 2019 (johan terbuka pilihan)
8) Tampin retro day 2019 (johan kapcai open)
9) Motorshow MOTOPICNIC port Dickson 2019(naib johan custom open)
10) INTERNASIONAL BIG SUMO motorshow 2019 Reginamall Port Dickson. (Naib johan klasik cub open)

Jentera ni dimodifikasi secara pelan pelan, dan jika dikira kos semenjak dari awal proses modifikasi hingga kini, RM5K lebeh dah telah dibelanjakan, dan inshaAllah akan ada lagi penambahan dari masa ke semasa.

Kami dari Majalah Kapcai mengucapkan Selamat Maju Jaya buat Brader Apih, dan Selamat Berposa di perantauan dalam suasana Normal Baru. Kami tujukan lagu Dari Jauh Ku Pohon Ampon Maaf dan Ramadhan Sepi. Rock N Ride Nohhh!

Brader Apih boleh dihubongi di Facebook :
https://www.facebook.com/chebrothers.retropart

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Club Antique Motor Kulim Menjelajah Ke Pantai Timur : Terengganu

SATU PENGHARGAAN BUAT ABANG DELIVERY DARI RANTAI RKM !