in

HEADQUARTER BARU CARDINALS RACING KINI DILANCARKAN!

Klik Iklan ini untok info lanjot

 

11 Julai 2020 baru2 nih, adalah hari di mana semua kerja keras selama 7 tahun akhirnya terbayar dan membuahkan hasil. Cardinals Racing Headquarter baru kini Dilancarkan! Walaupon pelancaran Headquarter ini sekadar ‘Soft Launching’ (sebab negara maseh lagi dalam PKPP), ianya tetap meriah dan berjalan dalam suasana penoh bersemangat Nohhh!

Dari sebuah bengkel motorsikal di Dengkil, dan dari situlah bermulanya perjuangan produk Cardinals Racing bermula. Pelan pelan jenama Cardinals Racing melepaskan ‘racun’ kepada Raider2 yang gilakan performance part, dan akhirnya kini, jenama Cardinals Racing telah berjaya menempatkan namanya sebaris dengan jenama2 Racing terkenal yang lain. Dengan warna rasminya yaitu Biru, serta ikon Kepala Helang, jenama Cardinals Racing kini diakui akan kehebatannya.

Selain mengeluarkan part2 Racing berkualiti tinggi, Cardinals Racing juga mempunyai Tim Racing sendiri. Cardinals Racing Team diterajui dua Raider terhebat dan terkenal yaitu Fazrul Sham (11) dan Iqbal (97). Pencapaian kedua dua Raider ni memang tak dapat disangkal lagi lah. Padu Terok! (Dibaca dengan menggunakan mikrofon).

Okay, bangunan operasi terbaru ini adalah bukti bahawa komitmen dan kesunggohan bos serta krew Cardinal Racing amatlah jitu dalam dunia performance dan Racing. Cardinals Racing juga mengucapkan Billion Terima Kaseh kepada semua penyokong2 dan peminat2 jenama Cardinals Racing yang banyak memberikan kepercayaan selama ini.

Teros Saksess buat Cardinals Racing!

CARDINALS RACING
15 , Jalan PP11/3 Alam Perdana Industrial Park, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor (16.65 km)
47130 Puchong,
Selangor.
Tel : 012-751 3087
#cardinalsracing
#cardinalsracingteam
#malaysia

 

 

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

ANTARTICA B42N: Boks Terbaru dari GIVI!

RK-TAKASAGO CHAIN PILIHAN TERBAIK RAIDER MOTO GP