Hong Leong Yamaha motor (HLYM) telah melancarkan YAMAHA Y1ZRr 2024, moped tercanggih dan berkuasa di pasaran tempatan, direka untuk menarik perhatian seluruh golongan masyarakat dengan penampilan baharu beserta teknologi canggih yang akan memberi satu pengalaman menunggang yang hebat kepada semua peringkat usia.
Yamaha Y16ZR 2024 hadir dengan penambahbaikan dalam rupa baharu yang lebih agresif, sporty, dan anggun. Bahagian fairing hadapan dan visor hadapan baharu. Satu lagi penambahbaikan yang menarik ialah sistem brek anti kunci (ABS) baharu ditambah dengan cakera yang lebih besar di bahagian hadapan untuk kuasa cengkaman lebih baik dan cekap.
Pengarah Urusan Kumpulan HLYM Prof. Datuk Dr Jim Khor Mun We dalam ucapannya berkata, “Ini adalah kali pertama Hong Leong Yamaha Motor melancarkan model baharu secara terbuka dan bersama orang ramai dan kami yakin Yamaha Y16ZR 2024 bukan sahaja memberikan jentera yang paling canggih, gaya dan prestasi untuk melengkapkan keperluan penunggang tetapi juga teknologi penunggangan yang paling canggih pada kategori moped premium untuk meningkatkan pengalaman menunggang motorsikal Yamaha, sama ada untuk kegunaan harian, berulang-alik ke tempat kerja atau menunggang di hujung minggu bersama rakan-rakan”.
Jentera Yamaha Y16ZR 2024 masih mengekalkan enjin 4-lejang, 4-injap, SOHC penyejukan cecair yang canggih dan berkuasa. Enjin berkapasiti 155cc dengan penggerak injap boleh ubah teknologi VVA (Variable Valve Actuation), enjin ini dipautkan dengan kotak gear 6 kelajuan yang menghasilkan pemetaan pencucuhan yang berbeza untuk setiap gear dan mampu melonjakan kuasa sehingga 17.7 hp @ 9,500 rpm dan tork 14.4 nm pada 8,000 rpm.
Yamaha Y16ZR turut dilengkapi dengan sistem ‘Klac Assist & Slipper” yang membantu mengurangkan beban tuil klac, memudah dan melancarkan penukaran gear ketika menunggang. Penunggang boleh mendapatkan info penting yang dipaparkan menerusi skrin digital LCD latar negatif, beserta dengan sistem kunci pintar.
Yamaha Y16ZR 2024 didatangkan dalam tiga (3) warna baharu yang menyerlah dan bergaya:
1. Violet knight
2. Ocean neon
3. Mag grey
Peminat model Y16ZR baharu ini boleh mendapatkannya di semua pengedar Yamaha yang sah di seluruh negara bermula dari akhir Januari 2024. Harga runcit yang disyorkan RM11,398.00 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan perlindungan insuran). Setiap pembelian Y16ZR akan menerima kunci cakera keselamatan bernilai RM100. 00.
Sempena pelancaran model baharu, HLYM turut mengadakan jerayawara selama 3 hari di pusat perniagaan Star Hill(Bukit Bintang), Kuala Lumpur di mana orang ramai boleh menyertai peraduan untuk memenangi sebuah motorsikal Yamaha y16ZR dan membeli barangan eksklusif Yamaha Y16ZR 2024, serta barangan jenama Yamaha lain yang dijual oleh kedai dalam talian Gen Blu.
Comments
Loading…