in

GIVI TEKHNE YAMAHA AHM MOTORSPORTS: GIVI MENGGEGARKAN CUBPRIX 2023 NOHHHH!

Pengeluar aksesori motosikal terkemuka dunia berasal dari Itali, GIVI secara rasminya telah mengumumkan penajaan buat julung kalinya bersama pasukan GIVI Tekhne Yamaha AHM Motorsports untuk Kejuaraan Petronas Malaysian CubPrix 2023.

Majlis pelancaran secara sederhana telah diadakan bertempat di ibu pejabat AHM Motorsports, Jalan Ipoh KL. Mengumumkan selaku penaja utama buat pasukan ini, pelancaran penajaan tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan GIVI Asia, Encik On Hai Swee dan Pengasas AHM Motorsport, Encik Kenny Chua.

Tahun 2023, merupakan detik sangat bermakna buat kami Tekhne Yamaha AHM Motorsports kerana dapat berkolaborasi bersama jenama antarabangsa GIVI. Selaku penaja utama buat pasukan ini, kami berharap rancangan penjenamaan ini dapat menarik minat dan melatih lebih ramai anak muda dalam bidang sukan permotoran ini”, Kata Kenny.

 

Pengarah Urusan GIVI Asia, Encik On Hai Swee berkata, “Pengasas GIVI, Giuseppe Vicenzi sendiri merupakan seorang pelumba motosikal tahap dunia, justeru selaku penaja utama buat pasukan ini, kami sangat berbesar hati serta yakin dan percaya bahawa penajaan dan kolaborasi ini mampu meningkatkan lagi jenama GIVI itu sendiri khususnya buat peminat dunia sukan permotoran dan penunggang motosikal secara umumnya. Pelbagai usaha dan masa yang banyak dilaburkan untuk menghasilkan jenama yang kukuh dan berbeza, sesuai dengan nilai dan visi kami. Kami percaya ianya mampu menyerlahkan identiti kami dengan berkesan kepada peminat dan pihak berkepentingan”.

Kejohanan 10 pusingan Cub Prix telah pun bermula di Litar Sepang pada 25-26 Februari yang lalu dan akan berakhir di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 25-26 November hadapan.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

CUBPRIX ROUND 3 : AKID KUASAI LITAR JASIN

MALAYSIA INTERNATIONAL CLASSIC BIKE FESTIVAL 2023