in

GALERI BASIKAL TUA YANG PERTAMA DI PERLIS!

Harta Karun Tahon 1880an Pon Ada Disini Nohhh!

Tak disangka-sangka Nohhh! Sebuah negeri paling kecik dalam Malaysia tapi mempunyai pelbagai benda menarek bahkan eksotik lagi antik. Salah satu keunikkannya adalah Galeri Basikal Tua yang dimileki oleh seorang pensioner bernama Ku Abd. Aziz atau lebeh dikenali sebagai Pak Ku.

Galeri Trika Antik atau Basikal Tua Pak Ku terletak di sebuah bangunan surau lama di satu kawasan perumahan dalam pekan Simpang Empat Perlis. Pekan Simpang Empat Perlis ni adalah satu pekan yang agak femes buat pendudok Negeri Perlis semenjak zaman berzaman lagi. Kalau Lu Orang ke Negeri Perlis, wajib kena singgah pekan ni untok makan2 atau minom2 sebab banyak jugak port2 menarek dalam pekan ni. Pekan ni tak besar, tapi aktiviti ekonomi disini amatlah padu Nohhh! Okay, nanti Gua akan bikin satu review khas untok Pekan Simpang Empat, la ni kita kembali semola ke cerita asal mengenai Galeri Basikal Tua Pak Ku okay!

Setelah satu surau baru dibina (bersebelahan surau lama ), maka surau lama ni seperti diabaikan. Rumah Pak Ku pulak hanya berhadapan dengan surau tersebot. Bila kawasan rumah Pak Ku dah bersuson dengan koleksi gerek/basikal tua tu, dia mendapat satu idea yaitu untok menyewa surau lama tersebot. Memang menjadi idaman dan impian Pak Ku untok mempunyai sebuah Galeri mini sendiri, dan nampaknya impiannya menjadi kenyataan bilamana pihak pengurusan surau memberikan greenlight pada Pak Ku. Maka, sekitar Julai/Ogos 2020, tersusonlah segala koleksi2 Basikal Tua Pak Ku di Galeri tersebot.

Sekitar 40 lebeh Basikal Tua pelbagai jenama dan model didalam Galeri Pak Ku sekarang ini. Koleksi2 ini adalah yang paling rare dan boleh dikatakan didalam kondisi Original Kilang. Sebenarnya sebelom galeri ini dibukak, koleksi basikal tua Pak Ku mencecah ratosan bijik. Katanya, masa mula2 terjebak dalam arena basikal antik nih, dia akan beli saja apa jua basikal (janji klasik), tanpa mengira samada ianya repro ka, part2nya rojak pasembor ka, janji basikal tua dia akan sambar lah. Akhirnya bila ruangan di rumah makin sesak, Pak Ku mula memperhalusi setiap basikal2 yang ada dalam simpanannya tu. Dia mula kelas dan asingkan antara yang 100 atau 90 persen full ori dan jugak yang rojak pasembor. Akhirnya, dia kini hanya simpan model2 basikal yang betol2 rare dan ori saja, yang rojak pasembor dia let go abeh kat member2.

Galeri Trika Antik di Simpang Empat Perlis nih terbahagi kepada dua bahagian, tingkat atas dan bawah. Tingkat atas semuanya model2 untok orang dewasa, manakala di bahagian bawah untok model2 remaja dan kanak2. Antara model2/jenis rare yang Gua sendiri baru kenal adalah Penny Farthing dari jenama Conventry Machinist keluaran tahon 1880. Penny Farthing menurot lebai gugel adalah model yang femes ditahon 1870 hingga 1880. Bentoknya yang memang klasik terok (tayar depannya besar dan belakangnya kecik) menjadikan ianya sebuah basikal yang paling diimpikan bagi peminat basikal tua. Menurot Pak Ku, Penny Farthing yang ada dalam simpanannya adalah basikal yang paling dia sayang, paling bernilai sebab ianya 100 persen original tanpa sebarang sentohan modifikasi mahupon pindaan. Ianya original kilang, dikeluarkan pada tahon 1880. Memang klasik antik authentik abeh Gua cakap Lu Nohhh!

Selain tu, banyak lagi lah basikal2 berjenama klasik lain yang dipamerkan kat dalam galeri tu, antaranya BSA, Triumph, Royal Enfield, Sunbeam dan macam2 lagi lah. Semuanya diorder dari UK, sebab model2 tersebot tidak ada di Malaysia. Di Malaysia paling banyak adalah model2 dari jenama Raleigh, Norman, Seven Up, Hercules dan dua tiga lagi jenama. Itu pon keluaran tahon2 50an keatas. Di galeri Pak Ku ni, kebanyakkan model2 disini adalah keluaran awal 1900-1940an. Memang teruja lah kalau sesiapa yang gila dengan jentera2 antik ni kalau pi melawat muzium Pak Ku ni heh!

Okay, cerita banyak tak guna, sila layan video Majalah Kapcai TV kat Youtube tu untok lehat sendiri muzium/galeri mini Pak Ku. Semoga Pak Ku teros saksess dalam minatnya dan sebagai pemberitahuan, Pak Ku sedang menantikan TIGA buah lagi basikal antik dari UK. 3 buah model tu pastinya yang rare dan original, tapi penghantaran menjadi tertunda sikit akibat Covid 19. Sama2 kita berdoa agar Covid cepat tamat, dan kita boleh teros hidop secara normal kembali. Amin.

Kepada yang ingin bertanya sesuatu, sila kontek Pak Ku ditalian : 019 578 2211

Rock N Ride Nohhh!

What do you think?

Avatar

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

SYM JET X 150 dan SYM RX4 BAKAL DILANCARKAN AWAL 2021

YAMAHA NMAX GENERASI BARU KINI DILANCARKAN!