Dunia permotoran negara makin meriah tahon nih dengan kehadiran Superlux Auto Sdn Bhd, sebuah kampeni yang bermula sekitar 2017 dan mengkhususkan E-Bike sebagai kiblat perniagaan mereka.
Sempena Malaysia Autoshow 2023 di MAEPS Serdang baru2 nih, Gua sempat singgah booth Superlux Auto Sdn Bhd, dan sempatlah dapat sikit informasi berkenaan jentera elektrik keluaran Sharekat depa. Menurot Pengarah Urusan Superlux Auto Sdn Bhd, Fahmi Barakbah Bin Mohd Saleh, Superlux Auto Sdn Bhd mempunyai pelbagai jentera E-Bike, dari yang paling ekonomi biforti sehinggalah ke kelas Bangsawan Kayangan Tujoh.
Tak lama lagi, sebuah jentera E-Bike berkasta agak tinggi bakal dilancarkan yaitu Super Soco CPX-A berkuasa 4000kW (sekitar 150cc kalau ianya enjin konvensional), dan ianya akan dijual dengan dua varian yaitu Stendet dan jugak Aksesoris berkonsepkan penguatkuasaan. Varian enforcement nih sesuai untok kegunaan Polis, Bomba atau badan2 beruniform lah Nohhh!
Super Soco CPX-A nih akan dijual dengan siap bateri DUA bijik, buleh caj pakai soket 3 pin aja dan buleh direct charge ke bodi. Baterinya pulak seberat 11kg (1biji). Jentera berwajah skooter nih buleh jalan sejauh 140KM untok satu kali charge penoh, dan buleh Top Speed 90KM/J. Berat jentera nih pulak adalah 146KG, dan mempunyai Tork agak tinggi yaitu 171NM.
Oh ya.. Jentera2 E-Bike keluaran Superlux Auto ini boleh dikatakan dipasang di kilang tempatan, dan inshaAllah bab sparepart tidak akan jadi masalah besar.
Harganya? Okay, ianya akan dijual dengan harga RM19K Ajerrr. Bakal dilancharkan tak lama lagi, tunggu masa dan ketikanya kami akan apdet (update) Oyeahhh!
Comments
Loading…