in

Family Day Apache Paradise Club to Mersing Johor

‘ MAKE LIFE A RIDE ‘ tema sambutan Family Day 2019 anjuran sepenuhnya Kelab Permotoran APACHE PARADISE CLUB pada 22 -24 November 2019. Program yang telah diadakan di Mersing Beach Resort, Johor Darul Takzim telah menggabungkan seramai lebih kurang 350 orang terdiri dari ahli APC baru dan lama daripada Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang dengan pelbagai sumbangan tajaan dari pelbagai pihak dalam menjayakan program pada tahun ini. Beberapa aktiviti seperti sukaneka, cabutan bertuah dan lain-lain aktiviti dalam merapatkan silaturrahim sesama ahli yang telah dijalinkan sejak zaman bujang hingga yang telah berkeluarga.
Selaku Presiden APC, En. Rosman bin Jantan @ ManCy berkata, ternyata sokongan padu dari semua ahli dalam menjayakan program sebegini telah membuktikan ikatan persahabatan erat yg telah terjalin baik dahulu atau pun baharu diantara mereka tiada batasan dan beliau amat berharap dengan adanya program sebegini akan mampu mengeratkan lagi hubungan yg kebanyakan mereka ada komitmen kerjaya dan keluarga hanya masa ini sahaja dapat berkongsi kenangan lama bertukar -tukar pendapat sesama ahli APC.
Jutaan terima kasih kepada En. Kamel Ansari bin Dziauddin (APC Johor) dan juga En. Kamarul Hasdi Fauzi bin Ghazali (APC Pahang) dalam membantu mempromosikan program ini agar berjalan lebih lancar lagi dengan pengisian aktiviti yang bermanafaat kepada semua ahli yang hadir. Tahniah kepada Saudara Shah Agil Bin Supaat yang telah dinobatkan sebagai Brader APC bagi tahun 2019 atas komitmen dan semangat persaudaraan yang diterapkan dalam kelab sebagai contoh kepada ahli-ahli yang lain.
Menurutnya lagi, terdapat beberapa perancangan dalam pelbagai aktiviti lain akan diadakan pada sepanjang tahun 2020 akan datang. Tunggguuu…….. *_Together Never Surrender, Forever The Yellow King_*

What do you think?

Avatar

Written by Ghani Arafatz

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

JT RACING RIDE MERDEKA

Honda Asia DREAM RACING WITH SHOWA Tekad Cipta Kejutan